
Setiap wanita bergelar isteri pasti rasa bahagia apabila dihargai suami tercinta. Apatah lagi, ingin sentiasa berada di samping ratu hati kesayangan dalam suka mahupun duka. Pengakuan Ajak Shiro yang memuliakan isteri tersayang, Afifah Amin menerusi perkongsian di media sosial miliknya baru-baru ini nyata menyentuh hati warga maya. Khususnya mereka yang berstatus isteri dan ibu.
Ajak Shiro yang merupakan penyampai radio Suria FM memberitahu panggilan seorang wanita yang berkongsi mengenai kisah duka rumah tangga meninggalkan kesan dan memberi iktibar kepada dirinya.
Ajak Shiro Pesan Hargai Isteri

“Semalam ada pemanggil Suria cerita suaminya berubah lepas dapat naik gaji 5 ribu. Dia mula menghina isterinya, pukul dia dan ditinggalkan pula lagi selepas ayah kepada isterinya meninggal dunia.”
Sebagai seorang suami, Ajak tidak ketinggalan meninggalkan pesanan kepada golongan lelaki yang sudah berumah tangga dan menjadi ketua keluarga.
“Kepada para suami, kadang kejayaan yang kita ada ini bukan sebab kita pun. Boleh jadi sebab doa isteri tu yang mendoakan kita. Dan bila kamu dah berjaya jangan sombong dengan pasangan kita. Jaga dia sebaiknya.”
View this post on Instagram



Dalam masa sama, Ajak atau nama penuhnya Mohd Hanaffi Razak turut mengingatkan dirinya agar tidak hanyut dengan kesenangan yang dinikmati hari ini. Selain menghargai pengorbanan isterinya, Afifah yang sanggup berada di sisinya ketika senang mahupun susah.
“Afifah, sejauh mana pun saya pergi, kamulah tempat paling tenang untuk saya pulang. Semoga saya dijauhkan dari mengkhianati dia. Doakan kami insyaAllah. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada anda semua.”
Kehidupan Ajak Shiro
Ajak yang mula dikenali sejak menyertai program Raja Lawak musim keenam menerusi kumpulan Shiro ini mendirikan rumah tangga dengan seorang guru bernama Nur Afifah Amin pada 6 Jun 2009.
Mereka berkenalan sejak di bangku sekolah dan berkahwin sewaktu Ajak Shiro masih bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Walau diuji hidup susah namun Afifah setia bersama Ajak yang kini dikurniakan rezeki meruah dan usahawan Nasi Padang Bumbu Babah.


Sempena ulang tahun perkahwinan pada 6 Jun lalu, Afifah menitipkan rasa syukur kerana ikatan suci yang dibina bersama Ajak Shiro kekal bahagia hingga ke hari ini.
“6.6.2026 ni genap usia perkahwinan 17 tahun. Sebenar dan sejujurnya syukur Allah pertemukan kita. Segala yang kurang kita sempurnakan bersama, segala yang salah kita betulkan bersama.
Entah berapa lama lagi Allah bagi kita rasa peluang sebahagia ini. Semoga kita sama-sama dapat tengok anak-anak membesar berkeluarga dan berjaya.”

Pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea. Menariknya, ketiga-tiga anak Ajak Shiro ini dilahirkan pada tarikh yang sama iaitu 25 Mac.
Semoga rumah tangga Ajak dan Afifah sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

sekarang!

