Cef Anis Nabilah bukan lagi nama asing dalam industri kulinari negara. Semakin mencipta nama di persada dunia, orangnya kecil molek tapi cukup bersemangat tinggi. Apatah lagi kepetahannya berkata-kata dan berpengetahuan luas dalam dunia masakan membuatkan Anis Nabilah Umaruddin dipilih sebagai jurucakap jenama makanan dan hos televisyen untuk program masakan.
Selain mempunyai pakej lengkap yang cantik dan berilmu, kepakaran Anis menyediakan juadah pencuci mulut, sajian tradisional Melayu dan Barat juga mendapat pengiktirafan ramai.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia kulinari, pelbagai anugerah diterima Anis. Misalnya pada Jun tahun lalu, dia dianugerahkan Best in Asia for Food Televisyen bagi Gourmand Award dan ASEAN’s Most Influential Chef oleh ASEAN Food Travel.
Bakat Anis mula bersinar ketika mengacarakan program masakan Icip-Icip pada tahun 2007 dan makin bertapak kukuh dalam industri kulinari tanah air.
Selama 16 tahun mewarnai arena ini, wanita berusia 37 tahun ini mengakui berdepan pelbagai cabaran dan persepsi masyarakat terutamanya melibatkan status Anis yang masih belum berkahwin, usia muda dan sebagainya.
“These are just some of the things I get told all the time, and I used to wonder what were they trying to imply? What was the point of saying these things to me? I used to get offended, but as time passed, I’ve become immune to these remarks, I’ll smile or laugh and let it go.
Ads
When I just started my career as a TV chef, I was told by some people in the industry that “it’s hard to sell a female chef” “you’re too young, not even married, you don’t have the maternal instinct to teach viewers to cook” and the list goes on.
Being told I don’t fit in is something I grew up hearing, but I never take these comments to heart, to me all that matters is what I do, if I set my mind on something, I’ll do whatever it takes to achieve it.”
Ujar Anis, dia enggan ambil peduli dengan tohmahan dan sindiran yang dilemparkan. Sebaliknya menjadikan kekuatan ibu tersayang sebagai pencetus semangat untuk cekal berjuang dalam kerjaya yang diminati.
Ads
“I was also very fortunate to be surrounded by my 6 sisters, female bosses over the years, colleagues, friends who went through the same things but have risen above it all and succeed in their own line.
I am lucky to be surrounded by strong men in my family and my circle of friends who are supportive and not threatened by the strong women in their lives.
I’m blessed to be able to work hard and strive in a male-dominated industry, but I know it’s not the same for all women.
Ads
Some have to choose between motherhood and their career, some have to let go of their dreams so they can help their partners achieve theirs, some were not given the opportunity they deserve simply because they’re women.”
Menelusuri portfolio kerjaya Anis, dia juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi individu termuda tampil dalam Asian Food Channel (AFC) yang menyiarkan program masakan pertama Malaysia dalam saluran berkenaan.
“Sewaktu mula-mula ingin membina kerjaya sebagai seorang cef selebriti, ramai yang mempertikaikan kebolehan saya. Status saya yang masih bujang, belum mempunyai anak dan umur yang muda menjadikan mereka meragui kebolehan saya memasak.
Tapi saya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut kerana saya memang melakukan perkara yang saya minat dan tujuannya adalah untuk menambah dan berkongsi ilmu. Bahkan ia tidak ada kaitan langsung untuk mengejar populariti,” jelas Anis.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah buat pelakon dan pelawak terkenal, Abon atas kejayaan anak perempuan kesayangan yang menamatkan pengajian di menara gading baru-baru ini.
Berkongsi khabar gembira tersebut di Instagram, Abon atau nama sebenarnya Shahrizan Ahmad memanjat kesyukuran dapat menyaksikan momen indah anak bongsunya iaitu Nuratul Shakirah Shahrizan menggenggam ijazah.
Lebih istimewa, majlis konvokesyen berkenaan berlangsung ketika ulang tahun kelahiran ke-60 Abon pada 8 Mei lepas. Nuratul Shakirah atau mesra disapa Shakirah merupakan salah seorang graduan di Istiadat Konvokesyen UiTM ke-101.
Pelakon Abon Bangga Anak Bongsu Genggam Ijazah
Difahamkan gadis berusia 26 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.
Sebagai bapa, pastinya ia detik paling bernilai buat Abon dan isteri tersayang.
Luah selebriti ini, “Alhamdulillah. Hadiah yang cukup berharga di hari jadi bagi seorang ayah, 8 Mei. Tarikh keramat. Anak yang bongsu dari empat orang adik-beradik menjadi kesemuanya lepasan ijazah UiTM.
Cenderawasih berlegar di udara, menjadi belaan sang halimunan, terima kasih warga Universiti Teknologi Mara, mendidik anak bangsa di puncak ilmuan.”
Shakirah yang anggun dalam persalinan merah jambu kelihatan ceria menerima skrol pengajian di samping ibu dan bapa tersayang yang sedondon dalam busana merah bata.
Sementara itu, Shakirah menerusi platform TikTok menzahirkan rasa syukur kerana segala penat lelahnya selama ini membuahkan hasil dan membanggakan kedua-dua ibu bapa.
“Hari konvokesyen bukan sekadar tentang jubah dan skrol. Ia tentang segala pengorbanan, tangisan di malam hari, dan doa yang tidak pernah putus.
Setiap langkah menuju ke pentas utama membawa seribu satu cerita yang hanya aku dan tuhan tahu. Alhamdulillah, aku berjaya juga sampai ke garisan penamat ini. Ini bukan penamat, tapi permulaan untuk perjalanan yang lebih besar.”
Semoga Nuratul Shakirah terus sukses dalam bidang yang diceburi dan membahagiakan kedua-dua ibu bapa tersayang yang banyak berkorban demi keselesaan hidup anak-anak selama ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut saja nama Khir Khalid pasti terdetik di hati, anak kelahiran Johor ini ‘meninggi diri’ kerana sentuhan emasnya bukan sahaja menjadi buruan selebriti malah menjadi pilihan wanita VVIP termasuk kerabat diraja. Namun pemegang ijazah fesyen ini bukan begitu. Walau sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri lelaki yang bangga dengan gelaran Jurusolek ini sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat di mana permulaan langkah kariernya.
20 tahun berkecimpung dalam bidang solekan bukan jangka masa yang pendek. Khir juga begitu berani menongkah arus ketika mula melangkah dalam industri kecantikan dengan menukar trend solekan tebal kepada ‘No Makeup Makeup Look’. Perjuangan Khir menukar trend solekan ketika itu tidak diterima sepenuhnya sehingga pernah diusir!
“Memang saya pernah diusir keluar bilik di awal penglibatan saya dahulu. Ada seorang penyanyi pernah suruh saya balik sebab dia merasakan solekan saya tak cantik. Masa tu saya nak ubah solekan tebal kepada yang lebih kepada less is more.
Kini setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang ini alhamdulillah hasil karya saya diterima. Di antara kenangan manis saya apabila saya diberi kepercayaan untuk menatarias Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar di Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini,” kongsi Khir Khalid yang tak malu dipanggil Jurusolek malah berbangga dengan gelaran tersebut.
Sentuhan magis Khir Khalid terlalu istimewa sehingga terdapat selebriti, golongan atasan atau pengantin sanggup menunggu tarikhnya semata-mata mahukan hasil sentuhan Khir Khalid di hari bahagia mereka. “Betapa pentingnya peranan jurusolek sehingga mereka sanggup berbuat begitu,” tutur Khir Khalid.
Keperibadian Khir Khalid yang pendiam ini juga sedikit sebanyak menjadi faktor yang melonjakkan kariernya. “Kalau menyolek saya hanya fokus kepada kerja dan kurang bercakap. Saya juga tak pernah memilih sama ada wanita ternama atau wanita biasa saya tetap akan membuat rujukan sebelum bekerja.
Sebagai contoh sebelum menatarias seseorang personaliti saya study terlebih dahulu wajah mereka. Saya akan melihat keperibadian personaliti tersebut agar solekan nanti berseri di wajahnya,” kata Khir Khalid yang setuju setiap jurusolek perlu mengikut perkembangan semasa. Menurutnya peredaran masa membuatkan konsep solekan dahulu agak berbeza dengan sekarang.
Bercakap tentang cabaran, “Mula-mula mencebur diri dalam bidang ini saya menemui pelbagai kerenah klien. Ditambah pula ketika mula-mula dulu saya mahu menukar trend solekan tebal kepada hasil solekan yang tak begitu tebal dalam masa yang sama mengekalkan kecantikan wajah yang sebenar. Saya tak suka nak ubah wajah seseorang dan sukar juga untuk mendidik masyarakat ketika itu. Tetapi akhirnya DNA Khir Khalid telah diterima. Perjuangan saya membuahkan hasil,” ujar Khir Khalid.
Sentuhan Khir Khalid di wajah Neelofa sebagai penghias muka depan majalah Nona isu Februari 2019.
Bila diajukan persoalan tentang jurusolek sekarang lebih mudah naik disebabkan media sosial, komen Khir Khalid, “Saya gembira melihat perkembangan ini apabila ramai anak muda yang berminat untuk menjadi jurusolek.
Saya juga tidak cemburu apabila ‘langkah’ mereka mudah tidak seperti penglibatan awal saya dahulu sekitar tahun 2000 yang tidak ada kemudahan media sosial. Agak sukar untuk mencipta nama dan menembusi dalam industri ini. Namun begitu, pada pandangan saya kebanyakan jurusolek sekarang ada segelintir di antara mereka tidak boleh digelar jurusolek tetapi mereka adalah pengusaha kosmetik,” ucap Khir Khalid mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya bukan sahaja cantik tetapi juga bergaya, bijak dan suka berdikari. Meskipun lahir dalam keluarga berada yang memiliki perniagaan berasaskan berlian dan emas permata namun Marissa Dato’ Seri Meer Sadik Habib tetap merendah diri.
Melihat personaliti Marissa yang cukup menyenangkan jelas terbukti dia mendapat asas didikan yang sempurna daripada kedua-dua ibu bapanya.
Bergelar anak dan juga pewaris legasi Habib nyata bukan satu tiket mudah untuk Marissa hidup mewah. Sebaliknya wanita yang gemar tersenyum ini mengakui dia perlu bekerja keras demi mengejar sebuah kejayaan peribadi.
Meniti usia 28 tahun, Marissa sudah tahu hala tuju hidup dan memutuskan untuk mengikut jejak langkah bapanya yang berkecimpung dalam perniagaan barangan kemas.
Empayar Habib mula diasaskan oleh datuk Marissa iaitu Datuk Haji Habib sejak lebih 60 tahun yang lalu. Bersandarkan kualiti dan harga yang ditawarkan Habib, jenama barang kemas ini sudah sinonim dan dikenali dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Mengintai latar belakang Marissa, figura berwajah manis ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda bidang perniagaan dan ekonomi dari University of Edinburgh, Scotland. Kira-kira tiga tahun lalu, Marissa telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Gemologi.
Mengulas lanjut mengenai bidang yang dipelajari, Marissa berkata, “Saya melanjutkan pelajaran di Gemological Institute of America (GIA), California selama setahun yang memerlukan saya untuk mengkaji dan klasifikasikan kualiti terhadap berlian. Bidang ini juga sebenarnya memerlukan saya untuk mengenal pasti batu Ruby yang asli mahupun tiruan dan daripada mana ia wujud.”
Minat yang mendalam dalam bidang Gemologi ini membuatkan Marissa terus bersemangat meneruskan pengajian dalam lapangan yang sama seperti ayahnya, Dato’ Seri Meer Sadik Habib yang juga Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd.
Ujarnya lagi, “Tiada paksaan daripada ayah sebab memang saya sendiri yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini. Tak sangka, saya dan ayah sama-sama belajar bidang yang sama di pusat pengajian yang sama.
Bidang ini memang susah dan saya perlu fokus sepenuhnya dalam pelajaran. Tapi syukur sebab saya di kelilingi rakan-rakan kuliah dan keluarga yang memberi sokongan dan membuatkan proses pembelajaran jadi seronok!”
Ditanya sama ada dia menerima layanan istimewa kerana bergelar anak kepada pemilik Habib Jewels dan lahir dari keluarga yang kaya, sambil menggelengkan kepala dia berkata, “Tidak!
Sebenarnya perkara ini saya tak kongsikan dengan ramai orang. Saya berpindah ke Hong Kong selama setahun untuk bekerja di salah sebuah syarikat di sana untuk mencari pengalaman. Di samping itu juga saya tak mahu hanya terikat dengan syarikat milik keluarga.
Dalam masa sama, saya mahu belajar berdikari dan mencabar diri berada di tempat orang supaya saya boleh membawa pembaharuan kepada syarikat milik keluarga dan juga industri barangan kemas di Malaysia pada masa akan datang.
Tidak dinafikan apabila bekerja dengan keluarga, saya boleh ‘lari’ daripada sebarang masalah kerana ayah saya ialah boss.Tapi saya tidak mahu jadi seperti itu. Bekerja dengan keluarga juga merupakan satu cabaran kerana saya perlu beri contoh yang terbaik.
Apa yang paling penting dalam kehidupan ialah kena cari apa yang anda minat, yang boleh buatkan kita teruja untuk bekerja dan lakukan sesuatu pekerjaan bukan kerana paksaan. Asah bakat anda dalam apa jua bidang dan terus belajar perkara-perkara baru,” pesan Marissa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang ...