MashaAllah, comelnya Bunga Elhaq! Cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini cukup bertuah kerana dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan saja daripada kedua-dua ibu bapanya malah datuk dan nenek serta orang sekeliling. Alhamdulillah, rezeki Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy!
Selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 jam 8.40 pagi dengan berat 3.25 kilogram, proses kelahiran bayi comel ini berjalan lancar dan sangat dinanti-nantikan keluarga tersayang.
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Bersempena ketibaan Hari Raya Aidiladha, Elisya dan keluarga mengambil kesempatan hari penuh keberkatan tersebut untuk meraikan Bunga dengan mengadakan majlis aqiqah, tahnik dan cukur jambul. Majlis penuh bermakna dan meriah berkenaan diadakan di Kampung Kuala Pari Hilir, Ipoh.
Bertemakan rona putih bersih, Elisya tampil anggun dalam persalinan busana putih gading sedondon dengan suami tercinta dan anakanda tersayang. Mini pelamin khas buat Bunga Elhaq juga dihias indah dengan bunga-bungaan rona senada. Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak Tahfiz.
Paling mencuri tumpuan pastinya Bunga Elhaq yang begitu comel mengenakan gaun dan reben putih. Rata-rata peminat memuji kecomelan anak Elisya dan Haq di samping mendoakan kesejahteraan Bunga.
Elisya menerusi posting terbaharu meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata dan nikmat bergelar seorang ibu.
“Tahun 2022 melahirkan you adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy Bunga Elhaq. Pengorbanan daddy you, bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.
Ads
MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, I want you to read this message dan ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayangkan you, hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya.
Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.”
Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah buat kedua-dua ibu bapa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, khabarnya penyanyi Jeslina Hashim sedang menghitung hari menuju majlis perkahwinan! Meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pelantun lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu mahupun kerabat diraja yang diperkatakan namun peminat seakan mula menghidu berita gembira pasangan berkenaan.
Ini selepas Tunku Eddy Nasruan Adil yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan dan pengarah syarikat pemasaran terkenal itu memuat naik gambar dirinya di samping Jeslina sambil menunjukkan cincin berlian di jari manis jelitawan tersebut pada November lepas.
Apatah lagi kapsyen yang dimuat naik Tunku Eddy menguatkan lagi desas-desus percintaan di antara mereka menuju ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.
Kongsi jejaka kacak tersebut, “It’s been eight extraordinary, ecstatic and exciting years with this one Jeslina Hashim! Love you my love. Here’s to our new adventure! We’ll have to change our anniversary date next year.”
Sambil disertakan simbol cincin dan hashtag #jedyengaged.
Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim kini merupakan pereka aksesori Bhatoo by Jeslina Hashim.
Walau tidak lagi aktif dalam bidang seni, dia dilaporkan aktif dalam bidang perundingan imej dan bergelar Pengarah Imej dan Penggaya Selebriti di Metamorfosa, iaitu sebuah butik perundingan di bawah kelolaan Rozina Aziz dan Kudsia Kahar.
Terdahulu Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama. Jelitawan ini turut mempunyai dua orang anak iaitu Micah dan Keira.
Beauty with brain! Seorang arkitek wanita bernama Shrinkhala Khatiwada telah dinobatkan sebagai Miss Nepal 2018 sekaligus merangkul gelaran Miss Best Hair. Shrinkhala yang berasal dari Hetauda seorang graduan Akademi Hetauda dan berpindah ke Kathmandu untuk melanjutkan pelajaran.
Wanita berusia 22 ini juga merupakan penduduk asli Hetauda, Khatiwada. Shrinkhala menewaskan 24 peserta lain untuk memenangi gelaran Miss Nepal 2018 pada edisi ke 23 Treasure Hidden Miss Nepal 2018.
Dari kecil lagi, Shrinkhala amat berminat dalam mereka bentuk dan merupakan seorang yang sangat kreatif. Beliau menyertai IOE, kolej kejuruteraan Pulchowk untuk Kejuruteraan Senibina.
Selain hobi rekabentuk dan menulis, beliau sangat bersemangat untuk menjadi salah seorang peserta Miss Universe 2018. Kini beliau mewakili Hetauda, Nepal dan bertanding dalam pertandingan ratu cantik yang sedang berlangsung di China.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy anniversary buat Neelofa dan Haris! Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular ini menginjak usia dua tahun. Kian bahagia melayari alam rumah tangga bersama-sama, Neelofa dan Haris juga semakin rancak merencana empayar perniagaan mereka iaitu Nunha.
Selamat bergelar suami isteri pada tanggal 27 Mac 2021, tidak dinafikan rezeki pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ini semakin melimpah ruah.
Buktinya pada Februari lalu, mereka dilantik sebagai duta bagi syarikat Omrah Travel dan selamat mengerjakan ibadah umrah di samping anak tersayang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua, Neelofa menerusi Instagram miliknya berkongsi momen indah majlis pernikahannya dan Haris yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dua tahun lepas.
Hanya berkongsi kapsyen ringkas 27.3.2021, perkongsian usahawan ini meraih ribuan tanda suka dan dibanjiri dengan ucapan tahniah serta syukur daripada peminat tersayang.
Mengimbas kembali hari bahagia Neelofa dan Haris, pasangan ini tampil memukau dalam persalinan indah serba putih bertemakan dekorasi indah RekaTeemor yang menggunakan himpunan bunga-bungaan segar berwarna putih.
Neelofa menerima mas kahwin daripada suaminya dalam bentuk sebentuk cincin dan dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa mereka iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Dua tahun melayari hidup berumah tangga, kehidupan Neelofa dan Haris lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal yang genap mencecah usia setahun pada 29 Januari lepas.
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...