PUTERI SARAH LIYANA

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat selebriti cantik, Puteri Sarah Liyana yang menyambut hari lahir ke-35 pada 1 Disember lalu. Berkongsi foto terkini dirinya di samping dua cahaya mata comel di media sosial baru-baru ini, jelas terpancar wajah ceria ibu muda tersebut ketika menerima majlis kejutan hari lahir. Sejak mendirikan rumah tangga bersama pengarah berbakat besar, Syamsul Yusof sekitar enam tahun lalu… jarang nampak kelibat Puteri Sarah menghiasi kaca televisyen memandangkan tumpuan utamanya adalah mengurus anak-anak dan keluarga.

IKLAN

Meniti usia 35 tahun, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berharap dengan pertambahan usia tahun ini dia dapat menjadi insan lebih baik berbanding semalam. Kongsi Puteri Sarah, “Selamat ulang tahun buat diri ini yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku. Aamiin..

Sarah tak minta banyak, cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni. Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, keluarga bahagia dunia akhirat Sarah dan rumah tangga Sarah berkekalan hingga ke Jannah. Semoga 2021 Sarah dan family bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok. Mohon dijauhkan dari gangguan jin & syaitan.”

IKLAN

Ingat lagi dalam temu bual bersama Nona kira-kira setahun yang lalu, Puteri Sarah menjelaskan kerjaya pertama yang dilakukan ialah sebagai seorang model ketika baru berusia 20an. Waktu itu dia masih bergelar pelajar dan melanjutkan pengajian dalam bidang diploma. Disifatksan seorang yang kelakar dan menyenangkan, wanita bermata bundar ini juga mengakui cukup obses dengan mekap.

Disebabkan minat mendalam terhadap mekap, Puteri Sarah kini bergelar usahawan dan pengasas produk kecantikan miliknya sendiri. Antara bisnes yang diusahakan ialah Shara Cosmetics, Shara Skincare dan Shara Basics iaitu perniagaan tudung.

Tatkala ditanya apa kekuatan yang ada dalam dirinya, tanpa berselindung Puteri Sarah memberitahu dia dikurniakan pendengaran yang sangat peka. Sambil tertawa dia berkata, “I boleh dengar benda yang dari jauh yang orang tak dengar lagi. Tapi I dah dengar dah. I tak tahu kenapa tapi bab itu memang terror.”

IKLAN

Katanya lagi, sejak menimang cahaya mata kedua dia lebih memberi tumpuan kepada anak sulung kerana sedar putera kesayangannya itu semakin meningkat dewasa dan mula rasa sedih dan sebagainya. “Biasanya bila dapat ada anak, ibu lebih fokus kepada baby berbanding anak pertama. Tapi sebenarnya fokus anak pertama dulu sebab anak pertama tengah membesar dan dia mula tahu rasa jealous, tak disayangi … yang anak first tu kena sentiasa jaga.”

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam berusia tiga tahun dan Sumayyah yang dilahirkan pada 16 Mac 2019.

 

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana