Seronok membaca pengalaman pempengaruh media sosial terkenal, Auntie Purple, yang berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa baru-baru ini. Perkongsiannya benar-benar menyentuh hati dan secara tidak langsung membuatkan ramai yang belum berkesempatan menziarahi masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini rasa teruja untuk datang ke bumi para anbia suatu hari nanti.

Artikel https://www.nona.my/kavita-sidhu-sokong-palestin/

Pengalaman Auntie Purple di Masjid Al-Aqsa

Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim! Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim! Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim!

Menerusi perkongsian di laman Instagram, figura berusia 47 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa dan mengajak lebih ramai umat Islam mengimarahkan masjid berkenaan.

Katanya, peluang itu bukan sekadar satu perjalanan biasa tetapi satu pengalaman rohani yang mendalam. Ujar Auntie Purple, pelancong perlu mendapatkan permit khas untuk ke sana dan akan berdepan banyak ujian daripada pihak rejim Zionis yang sengaja menyukarkan pelancong Islam menziarahi tempat suci ini.

Dedahnya lagi, pelbagai sekatan dan kawalan ketat dilakukan bagi menghalang umat Islam daripada menziarahi Masjid Al-Aqsa.

Ads

Menurut Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, “Pendapat peribadi Auntie, siapa yang suka travel tu atau sesiapa saja, masukkanlah Palestine Al-Aqsa dalam list korang. Selain haji dan umrah, ikhtiar dan usahakanlah ke tanah ini.”

Tambahnya lagi, “Tour guide, driver, hotel, restoran, peniaga buah, sayur, driver buggy, cleaner masjid, semua orang Palestine. Secara tak langsung, dengan kita datang ke Masjid Al-Aqsa, kita bantu ekonomi mereka yang sedang bergelut di tanah air sendiri.”

Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim! Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim! Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim!

Ads

Auntie Purple turut berkongsi realiti kehidupan rakyat Palestin di Old Town Jerusalem yang menurutnya kini didiami lebih 91 peratus penduduk Palestine. “Dorang dah tak ada tempat nak pergi. Kena kepung dengan Zionis, kena pakai mata wang Zionis, kena ikut arahan Zionis. Nak keluar ke Gaza lagilah tak boleh!” jelasnya.

Dia juga menceritakan pengalaman perbualannya dengan seorang penduduk Palestin bernama Hassan yang berkata, “Zionis ketuk pintu rumah kami tengah malam dua kali tu benda biasa dah. Kalau dorang tak kacau tu luar biasa.

Kalau Zionis nak lumpuhkan bandar Jericho ni senang je. Dia pasang pagar dan letak enam orang askar lengkap senjata. Nah, habislah kami. Nak keluar tak boleh, nak masuk pun tak boleh.”

Ads

Masjid Al-Aqsa

Pesan Auntie Purple lagi, “Lebih ramai orang Muslim datang ke Masjid Al-Aqsa lebih ‘hidup’ masjid ni. Datanglah. Ambil pahala solat 500 kali ganda di Al-Aqsa.”

Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim! Peluang Masuk Masjid Al-Aqsa, Auntie Purple Kongsi Pengalaman Berada Di Bumi Anbia Dikawal Tentera Rejim!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Nama Auntie Purple mula dikenali di platform media sosial selepas dia menceburi bidang penghasilan kandungan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2021. Beliau menggunakan gelaran ‘Auntie Purple’ kerana sering menghasilkan video dengan pelbagai koleksi barangan berwarna ungu.

Perjalanan Auntie Purple ke Masjid Al-Aqsa bukan sekadar catatan perjalanan, tetapi satu bentuk dakwah dan kesedaran kepada umat Islam agar terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan mengimarahkan masjid yang mulia ini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI