Kegembiraan berganda! Setiap ibu bapa pasti bangga dan gembira melihat anak mereka berjaya menamatkan pengajian di menara gading dan menggenggam ijazah. Begitu jugalah yang dirasai Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong apabila kedua-dua putera dan puteri Baginda diraikan di majlis graduasi baru-baru ini.
Ads
Memetik kenyataan di laman Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia (YAM) anakanda-anakanda Baginda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom pada 18 Julai lepas.
Pada majlis yang berlangsung jam 11 pagi waktu tempatan itu, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Afzan cukup bertuah kerana seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik turut meraikan momen indah berkenaan.
Ads
Turut berangkat menghadiri majlis graduasi itu ialah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda iaitu YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Ads
Kesempatan berada di sana, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut. Royal Holloway, University of London dibuka secara rasmi Ratu Victoria pada 30 Jun 1886 dan kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom.
Nak terang hati belajar dan menimba ilmu, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk Perjilid Exclusive dengan harga promo kod NONGSP5. Klik DI SINI untuk beli.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tujuh bulan menyemai benih cinta dan bergelar tunangan orang, esok Syida Melvin bakal menjadi isteri kepada jejaka tampan, Mohamad Shafiq Azim Shaheen. Mengikat tali pertunangan pada Jun 2018… kedua-duanya akan disatukan dalam majlis ijab kabul di kediaman keluarga Syida di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Sabtu malam.
Ketika dihubungi, Syida yang merupakan adik kepada Syatilla Melvin dalam nada teruja melahirkan rasa syukur. “Alhamdulillah persiapan semua berjalan lancar setakat ini seperti yang dirancang. Saya harap majlis pernikahan esok dan majlis resepsi pada hari Ahad ini dipermudahkan segalanya. Doakan!
Tak ada lain yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan melainkan kebahagiaan dan keberkatan oleh Allah. Semoga jodoh kami kekal sehingga hujung nyawa. Ameen,” tutur wanita berusia 22 tahun ini.
Ditanya apa istimewanya Shafiq di mata Syida, pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin ini berkata anak lelaki kepada Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan bekas ‘iron lady’ Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Hajah Maznah Hamid tersebut seorang yang romantik.
“Kita kenal dah almost 3 years. Detik perkenalan mulanya terjumpa dengan arwah ibu Shafiq dekat wedding Tilla. Kenal ibu dulu baru kenal anak. Then kita start follow each other on social media. Shafiq made a first step, dia ajak saya keluar lunch after 3 months kenal. Saya tertarik pada Shafiq sebab dia seorang yang romantik. Selalu tambat hati saya dengan hadiah bunga. Lagi-lagi bila part memujuk. Dia juga seorang yang sangat bertolak ansur,” ujarnya sambil ketawa.
Mengakui perjalanan cinta mereka penuh dengan warna-warni… Syida dalam pada itu turut memberitahu, “Saya dan Shafiq boleh dikatakan setiap dua minggu ada fitting baju dengan designer berbeza dan saya anggap ia satu kenangan manis sebelum majlis kami berlangsung.
Setiap hari saya cuba untuk menguruskan persiapan perkahwinan ini sebaik mungkin dan sudah tentu saya akan merindui pengalaman indah ini walaupun sudah bergelar isteri kelak.”
https://www.instagram.com/p/BsrP2BTFmWW/
Pada majlis pernikahan itu nanti, Syida akan memberi sembilan dulang hantaran kepada bakal suami sementara Shafiq pula akan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Difahamkan, Syida akan mengenakan persalinan nikah dress dari pereka fesyen ternama, Fuzana Mokhtaza.
Tak sabar menanti foto majlis persandingan kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini. Mesti Syida dan Shafiq kelihatan memukau tatkala berada di atas pelaminan yang tersergam indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin ini direstui dan diberkati Allah SWT seterusnya berkekalan hingga ke Jannah!
Foto: Instagram Syida Melvin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
13 Jun lalu, isteri pelakon Saharul Ridzwan yang juga usahawan muslimah Deena Emir selamat melahirkan cahaya mata kedua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, meskipun
pasangan romantis ini sejak awal kehamilan enggan mengetahui jantina anak yang dikandung… namun jauh di sudut hati mereka mengharapkan kehadiran zuriat perempuan
sebagai pelengkap rumah tangga. Apatah lagi, anak sulung mereka ialah anak lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali berusia tiga tahun. Nampaknya dah sepasang anak
Saharul Ridzwan dan Deena!
Menceritakan kembali pengalaman melahirkan cahaya mata kedua, pengasas Qaabila ini mengakui berdepan detik cemas namun segala kesakitan itu hilang setelah melihat
anak yang dikandung sembilan bulan tersebut lahir ke dunia dalam keadaan sempurna. “Antara doa yang paling saya dan suami harap dimakbulkan sepanjang Ramadan haritu
adalah hadirnya zuriat perempuan sebagai pelengkap hidup. Paling diminta, dan bila dah dapat rasa dia macam… Ya Allah Maha Baiknya Kamu, kabulkan hajat hambaMu yang
hina ni pada waktu yang sangat diminta.
Ramai tak tahu yang sebenarnya from the early stage of pregnancy sampai la dalam labour room, kami suami isteri langsung tak tahu apa gender baby kali ni. Memang dari awal scan dah informed awal-awal dekat doktor jangan mention apa jantina baby. Saja nak rasa surprise (walaupun dalam hati memang nak sangat baby girl).
Pregnancy kali ni memang totally different dengan Ali dulu. Deena 2,3x admitted dalam hospital, demam panas almost 40c, alahan teruk ya amat, tak boleh bau masak-masak ni, muntah sampai lembik nangis-nangis tak larat, emosi tak stabil (kesian Ali awal-awal dulu selalu mummy marah-marah dia. I’m sorry baby) Lepas tu suka makan manis-manis sampai dapat GDM. Nasib baik just control my diet, tak perlu insulin. So baby kali ni agak besar sikit compared to abangnya.”
Tambah pemilik nama Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir ini lagi, “10th June Deena ada final check up. Ambil CTG, doctor found out that contraction Deena agak strong and
bukaan 1.5cm. Terus admitted. 11th June next day, suddenly contraction slow down, but baby still healthy jantung okay. Bukaan pulak maintain je 1.5cm. Actually due asal is 16th June 2020. So doctor kata it’s okay la boleh balik dulu, datang balik a day before due nanti.
Esoknya pula ada bleeding sikit, tapi tak sakit. Tanya doctor, she said if tak sakit then tak apa, air ketuban pun tak pecah lagi. Banyakkan exercise, berjalan pusing taman. Kita pun pusing la taman 2 rounds, makan durian, minum air kelapa, makan nenas sikit. Sekali on the next day morning 13th June, pecah air ketuban kat rumah pukul 9 pagi! Panic sangat eventhough pernah lalui experience yang sama. Sampai hospital pukul 10 pagi, masuk labour room. Bukaan masih 1.5cm. Contraction rasa tapi on & off. But CTG shown that graph for baby tak cantik. Baby tak respond dengan baik bila contraction datang.
By 12.50 noon terpaksa induced. Pukul 3pm, contraction dah maximum. Bukaan dah 5cm. Tapi kepala baby tak nak turun ke pintu rahim. Doktor risau takut tali pusat terbelit dekat leher atau kaki baby. Pukul 4pm terpaksa emergency czer, for the first time Deena ambil epidural. Kena inject dekat belakang badan time contraction tengah paling maximum, Allahuakbar sakitnya. 4.21pm lahirlah puteri mummy, weight 3.3kg, length 51cm. Dan takde terbelit apa pun, everything just fine. Alhamdulillah.”
Di sebalik kesakitan yang tidak tertanggung dialami Deena tersebut, Allah hadirkan ‘kemanisan’ yang membuatkan dia menangis syukur. Lebih menyentuh perasaan apabila suami tercinta turut merasai nikmat bergelar bapa sekali lagi. Kali ini lebih istimewa kerana dikurniakan seorang anak perempuan.
“The moment nurse bagitahu “baby girl”. Allahuakbar! Berderai laju air mata. One of the greatest feelings ever. Macam mimpi. Dalam operation room @saharulridzwan tak boleh masuk. Tunggu dekat luar je. Dalam hati Deena masa dah tahu gender baby, takde fikir apa dah. For sure baba dia insan paling happy sekali dan tak sabar nak tengok reaction @saharulridzwan. Rupanya Baba dia terus sujud syukur.
Happynya rasa, hilang semua sakit penat tadi. Tak apa la mummy sakit macam mana pun, asalkan anak mummy selamat dan sihat. Moga jadi hambaNya yang soleh dan solehah anak anak mummy. Aamiin ya Rabb.”
21 Jun 2020, selesai majlis tahniq dan cukur jambul anak kedua mereka pada hari ketujuh yang dibimbing Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Sempena majlis tersebut, Saharul dan Deena sepakat menamakan anak perempuan mereka Fateema Azzahra binti Mohd Saharul Ridzwan. Sedap nama! Moga Fateema Azzahra membesar dengan sihat dan jadi anak solehah.
“The little boots is gone..” Demikian kepsyen yang ditulis bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang berkongsi berita duka yang beliau keguguran anak keempat. Nurul Izzah, 43 terbuka berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
Menerusi hantaran berkenaan, Izzah turut memuat naik sekeping foto memaparkan dia dipeluk oleh kedua ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penuh hiba.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,” tulisnya lagi
“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya. Dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” kongsinya lagi.
“Syukur Alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza. Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Walaupun sedih dengan ketentuan dan takdir tuhan, Nurul Izzah reda dengan apa yang berlaku.
Pada 5 Ogos lalu Izzah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, pada 5 Ogos tahun lalu.
Izzah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, hasil perkahwinan pertamanya, sementara Shao Loong pula mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang...