Datuk Latif Romly dan Datin Nabila kini bergelar ibu bapa! Tiga tahun melayari alam perkahwinan dan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata akhirnya impian pasangan romantis ini tertunai dengan kelahiran bayi perempuan pasangan berkenaan pada pertengahan Januari lalu.
Datuk Latif Romly & Datin Nabila Timang Anak Sulung
Datin Nabila atau nama penuhnya Nurul Nabila Farhana Musaidi memberi ‘hint’ sedang berbadan dua sekitar Oktober 2025 apabila dia memuat naik gambar ketika bercuti bersama Datuk Latif di sebuah pantai peranginan yang jelas menampakkan baby bump!
Lebih menguatkan lagi khabar tersebut apabila dia turut menulis kapsyen ‘Mommy & Daddy’.
Ads
Terbaharu, Datuk Abdul Latif Romly berkongsi berita gembira mengenai isteri tercinta yang selamat melahirkan zuriat sulung mereka di media sosial miliknya.
Kongsi atlet paralimpik ini, “Syukur alhamdulillah my wife selamat melahirkan baby girl pada 16/1/2026 jam 11.45 pm di Hospital KPJ Perlis.”
Ads
Daripada foto yang dikongsikan tersebut, kelihatan Datin Nabila tersenyum sambil memangku bayi mereka ditemani Datuk Latif Romly di sisi.
Ads
Datuk Latif Romly Teruja Jadi Bapa
Dalam pada itu, atlet kelahiran Perlis berkenaan cukup teruja menggalas tanggungjawab seorang bapa dan tidak kekok melayan permata hati kesayangan.
Datuk Latif Romly dan Datin Nabila mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2022. Mereka dikatakan mula berkenalan sejak di bangku sekolah dan berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menjadi pelengkap dan penyeri rumah tangga Datuk Latif dan Datin Nabila.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Kehilangan’ adik tersayang sejak kehilangan ibu tersayang dalam kemalangan jalan raya sememangnya sesuatu yang pahit untuk ditelan. Namun itulah yang dilalui oleh anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare, Irdiena Hakim Jasman dan keluarganya sejak pemergian ibu tersayang, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad tiga tahun yang lalu.
Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare ini telah memfailkan tuntutan hadhanah ke atas adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan minggu lalu.
Tuntutan tersebut dibuat oleh, Irdiena Hakim Jasman, 20, neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudaranya, Faradilla Rohban Ahmad, 36, sebagai plaintif yang diwakili peguam, Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed, manakala Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.
Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk
menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh
perkahwinan atau selepas perceraian.
Mereka memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, yang juga adik bongsu kepada Irdiena Hakim.
Memetik Sinar Harian, Irdiena Hakim mendakwa kali terakhir berjumpa adik bongsu daripada empat beradik itu adalah pada Aidilfitri yang lalu iaitu di kubur Allahyarhamah ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 43.
Katanya, perjumpaan itu hanya beberapa jam sahaja dan selepas ibunya meninggal dunia, adiknya itu terus tinggal dengan bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal.
“Sejak ibu tiada, adik tidak dapat bermalam dengan kami. Begitu juga ketika abang sulung, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 23, berkahwin tahun lalu tetapi adik tidak dapat datang.
“Saya tahu adik rindukan kami, namun dia tidak dapat datang kerana disyaki dihalang daripada berjumpa. Saya membuat tuntutan ini (hadhanah) kerana mahu berjumpa dengan adik, di samping nenek juga selalu sakit dan teringin berjumpa dengan cucunya.
“Dengan permohonan ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh adik melalui mahkamah sama ada mahu tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain atau bapa tiri,” katanya.
Irdiena Hakim berkata, dia amat terkesan apabila tidak dibenarkan berjumpa dengan adik bongsunya itu, sedangkan ketika ibunya masih hidup mereka tinggal bersama dan amat rapat.
Beliau berkata, akibat perkara itu dia juga perlu berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Naimah berkata, pihaknya memfailkan permohonan mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 iaitu anak itu diberikan peluang untuk memilih sama ada tinggal bersama plaintif atau defendan berdasarkan hukum syarak dan Seksyen 85(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.
Katanya, prosiding ‘sulh‘ pada hari ini yang membabitkan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai ekoran defendan tidak hadir.
Al-Sulh di dalam bahasa Arab bererti `putus pertengkaran’ yang membawa maksud kompromi manakala pengertian syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam. Di dalam amalan perundangan sivil ianya disebut mediation.
Dengan kata lain, para ulama fiqh mentakrifkan al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kompromi perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham / bertikai.
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand pada Mei 2019. Ahli keluarga terdekat pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada Mei 2019 lalu, mengesyaki terdapat terdapat unsur meragukan berhubung kematian usahawan produk kecantikan itu.
SUMBER: SINAR HARIAN.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepelbagaian agama dan budaya dalam negara kita yang tercinta sudah semestinya sesuatu yang wajar dibanggakan. Atas dasar menghormati dan menyanjungi adat dan susila sesuatu kaum, setiap dari kita harus meneladani sikap seperti apa yang ditonjolkan oleh Merrywati Manuil.
Merrywati Manuil, pesilat dari Keningau Sabah baru-baru ini tular di media sosial dek aksinya bertudung ketika Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.
Menjelaskan tiada paksaan dalam tindakannya itu, Merrwati mengakui cukup menghormati dan mengagumi seni silat yang merupakan warisan orang Melayu.
“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat,” jelasnya.
Merrywati memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia dan turut penyumbang tujuh pingat emas skuad silat negara di kejohanan tersebut sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Merrywati memberitahu, walaupun tidak diwajibkan untuk menutup bahagian kepala tetapi dia selesa memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu, tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” ujarnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang punya nama besar dalam bidang peragaan.. dan seorang lagi cukup dikenali sebagai pelakon handalan Hollywood. Meskipun masing-masing tidak lagi begitu aktif dalam bidang yang diceburi namun kelibat anak gadis Cindy Crawford mahupun Reese Witherspoon dilihat seolah-olah satu ‘legasi’ yang ditinggalkan oleh mereka berdua.
Apatah lagi kedua-dua anak gadis selebriti ini mempunyai wajah yang sangat mirip dengan ibu mereka. Bentuk wajah yang sama, ketinggian, senyuman … juga warna rambut. Bak kata orang, macam ‘photostat’ lah!
Cindy Crawford & Kaia Gerber
Bila bergelar anak kepada supermodel terkenal, Cindy Crawford pastinya setiap penampilan dan gerak-geri Kaia Gerber menjadi buruan lensa paparazi. Peragawati yang pernah popular sekitar tahun 1980an dan 1990an tersebut kini mampu berbangga apabila anak gadisnya yang berusia 16 tahun mengikut jejak langkah beliau dalam bidang peragaan.
Khabarnya, Kaia juga telah menandatangani kontrak dengan IMG Models. Apa yang pasti, Kaia mewarisi kecantikan dari ibunya!
Reese Witherspoon & Ava Phillippe
Wajah anak dan ibu ini memang seiras! Pendek kata, Ava adalah bayangan Reese ketika zaman mudanya. Mengimbas kembali permulaan karier, Reese mula dikenali sejak membintangi filem Legally Blonde sebagai Elle Woods. Meskipun belum lagi menceburi bidang lakonan dan seni seperti ibunya, kemunculan Ava di majlis red carpet di samping Reese ternyata mencuri tumpuan ramai.
Mungkin satu hari nanti gadis berusia 18 tahun ini akan ikut jejak langkah ibunya. Siapa tahu, kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.