Kelibat wanita Inggeris ini sering kali mencuri perhatian setiap mata memandang. Kecantikan milik wanita yang mempunyai nama Susan Lankester ini pasti membuat ramai wanita cemburu. Kini di usia 61 tahun, Susan Lankester bukan sahaja kekal menawan namun masih menjadi pilihan pereka fesyen terkenal tempatan untuk menggayakan koleksi fesyen mereka.

IKLAN
Foto: Instagram @melindalooirtw
Foto: Instagram @melindalooirtw

Terbaharu, pereka fesyen terkenal, Melinda Looi telah memilih Susan Lankester untuk menggayakan rekaan terbaharunya, Cruise 2021. Susan Lankester nampak menonjol walaupun digandingkan dengan wanita lain yang jauh lebih muda darinya. Agaknya apa lah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang arif dalam hiasan dalaman dan lanskap ini.

Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Dialog “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan? menerusi filem pertamanya, Mekanik begitu benar-benar melekat dengan wanita berdarah kacukan Inggeris-Cina ini. Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1983 ini telah mempopularkannya.

Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Terbukti bakat yang dimiliki oleh wanita ini bukan bersandarkan rupa paras semata-mata apabila telah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 (1994) menerusi filem Femina. Sehingga kini, Susan Lankaster masih aktif meneruskan kegiatan seninya. Bagi peminat yang merindui lakonan mantap wanita yang popular dengan drama siri komedi 2+1 ini boleh menyaksikan hasil karyanya menerusi drama rantaian Keluarga Bahadon.

IKLAN
Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Selain aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater wanita yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Takdir dan popular dengan lagu Antara Dua Zaman. Susan Lankester juga pernah berduet Allahyarham Tan Sri SM Salim menerusi lagu Dilema.

IKLAN
Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Dah sedia ke nak jumpa 12.12