Ramadan al Mubarak bakal menjelma. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu dengan bulan penuh keberkatan ini. Namun, kali ini suasananya sangat berbeza kerana buat pertama kali tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid ekoran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermakna, tiada juga jamuan moreh.
Selalunya bazar Ramadan umpama pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman manis yang disediakan untuk berbuka. Ketika ini apa saja yang teringin pasti akan dibeli hanya kerana seharian berpuasa sekaligus mengabaikan amalan makan secara sihat.
Kenapa perlu makan secara sihat sepanjang bulan Ramadan? Ini adalah penting untuk mengelakkan beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Jika masalah ini berlaku boleh mengganggu tumpuan kita yang sedang berpuasa.
MAKAN SECARA SIHAT
Ads
Makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang walaupun di bulan puasa. Semua kumpulan makanan perlu diambil mengikut Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, ambil air secukupnya sama ada dalam bentuk minuman atau sup.
HIDANGAN SIHAT BERBUKA PUASA
Ads
Rata-rata gemar berbuka puasa dengan minuman dan kuih-muih manis. Bagi mengelakkan makan secara berlebihan, ambil makanan ringkas terlebih dulu ketika berbuka puasa. Ini juga mengelakkan ketidakselesaan sistem penghadaman. Mengikut sunnah, lebih afdal mengambil kurma sebagai makanan pertama ketika berbuka. Kurma kaya dengan tenaga dan serat.
Pengambilan makanan pedas dan berempah juga tidak digalakkan ketika berbuka puasa. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari. Berikut contoh cadangan menu yang bagus diambil sepanjang Ramadan:
BERBUKA
3 biji kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.
MAKAN MALAM
1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.
MAKAN LEWAT MALAM (MOREH)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.
SAHUR
Ads
Amalan bersahur penting semasa berpuasa bagi membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur tidak digalakkan.
Semasa bersahur digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.
Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil seperti berikut:
SAHUR
1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak Atau 1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong
Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki musim cuti persekolahan ramai ibu bapa yang merencana pelbagai aktiviti untuk anak-anak. Ada yang merancang percutian dalam dan luar negara dan tidak kurang juga mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak teruna menjalani proses berkhatan. Memandangkan cuti akhir tahun ini agak lama tempohnya, dapatlah si anak berehat dan menikmati momen ‘fasa dewasa’ dengan tenang.
Jika dulu tok mudim dan pisau yang tajam menghantui imaginasi anak-anak apabila berkhatan, kini segala-galanya lebih mudah dan pantas. Bukan hanya dari segi masa prosedur yang singkat malah kesan pembedahan juga mampu sembuh sepenuhnya dengan cepat.
Sebagai pegawai perubatan yang telah terlibat dengan operasi berkhatan, Dr Abdul Rahim sudi berkongsi tip berguna buat anak-anak dan ibu bapa terutama sebelum, semasa dan selepas prosedur berkhatan. Semak panduan Dr Abdul Rahim ini seperti yang dikongsikan beliau dalam laman media sosial miliknya.
Sebelum hari bersunat
Pastikan anak anda sihat walafiat. Tak demam batuk
Makan minum secukupnya sebelum ke klinik. Elok mandikan seluruh tubuh badan sebelum jumpa doktor
Boleh bawa kain pelikat/kain batik kalau nak elak tersentuh pakaian lepas khatan. Hendak pakai seluar pun boleh saja tanpa pakai seluar dalam
Bagi semangat dan motivasi kepada anak-anak
Jika berkemampuan, hadiahkan keberanian anak-anak. Jangan janji yang bukan-bukan atau cakap kosong. Cakap tujuan kita orang Islam bersunat kepada mereka
Yang penting anak relax & ready menjalankan proses khatan yang sebenarnya mudah dengan teknologi canggih. Hanya ambil masa 10 – 15 minit saja
Semasa hari berkhatan
Selain anak, ibu bapa juga perlu tenang
Sebelum prosedur berkhatan doktor baca doa beri semangat kepada anak itu dan terus segerakan proses berkhatan menggunakan Laser Cautery
Anak-anak yang telah bersedia tidak akan menangis langsung waktu prosedur tapi kalau mind set tidak sedia, ada yang menangis, meraung, lompat turun daripada katil dan sebagainya
Pastikan ibu bapa sentiasa ada di klinik sepanjang anak dikhatankan supaya doktor mudah berkomunikasi jika berlaku sesuatu
Selepas berkhatan
Doktor sarankan kanak-kanak lepas sunat dipakaikan kain untuk memudahkan berjalan dan jaga kesan pembedahan
Makan ubat tahan sakit bila perlu
Elakkan kena air pada bahagian operation selama 3 – 4 hari sebelum datang ke klinik untuk dressing. Takut infeksi seperti bernanah, jika terjadi kena makan antibiotik
Hindar sebarang ubat-ubatan atau benda asing di kawasan berkhatan tanpa pengetahuan doktor kerana boleh memudaratkan bahagian tersebut
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim, Bayan Lepas, Penang
Sumber: Facebook DrRich DrRahim – DAR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barangkali Meghan Markle terlupa status dirinya hari ini sebagai Duchess of Sussex yang perlu melalui bermacam-macam protokol diraja. Mungkin sudah terbiasa menutup pintu kereta sendiri ketika menjadi orang kebanyakan sebelum berkahwin dengan Putera Harry, menjadi salah satu faktor mengapa puteri diraja ini sering mengulangi kesilapan tersebut.
Sering menjadi perhatian paparazi di United Kingdom termasuk rakyat di sana dek kerana dirinya dilihat banyak melanggar protokol diraja… ada yang beranggapan beliau tidak serius dengan status diraja dan tidak kurang juga yang menyifatkan isteri Putera Harry ini seorang yang merendah diri dan selesa melakukan semua perkara tanpa bantuan sesiapa.
Meskipun belum setahun bergelar puteri diraja namun Meghan tetap berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan menghormati setiap protokol. Selepas isu kuku yang diwarnakan…. terbaru Meghan diberi amaran oleh petugas perlindungan diraja yang bimbang tentang keselamatan beliau selepas melihat tindakannya menutup sendiri pintu kereta yang dinaiki.
Semuanya ekoran langkah-langkah keselamatan terbaru yang dipertingkatkan apabila kemalangan kereta membabitkan Duke of Edinburgh terbalik berhampiran Sandringham. Rentetan daripada insiden itu membuatkan petugas perlindungan bimbang Meghan mungkin tidak dapat masuk semula ke dalam keretanya dengan segera jika berlaku kecemasan kerana kereta yang dinaiki dilengkapi sistem kunci automatik.
Bagaimana pun, baru-baru ini ketika mengadakan lawatan ke New Zealand… Meghan sudah mula meninggalkan kereta dengan pintu terbuka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keseronokan menyambut musim perayaan, majlis keraian dan sebagainya barangkali tidak wujud dalam kamus penghidap gout. Sakitnya tidak terperi, menyucuk dan menikam sehingga seluruh jiwa tertekan. Bermula dengan kesakitan teruk di bahagian ibu jari kaki, serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba diikuti rasa panas dan membengkak. Kata mereka yang menderitainya, bukan saja sukar berjalan, malah geseran dengan selimut pun sudah amat menyeksakan!
Tercatat sebagai salah satu di antara penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, gout tercetus akibat asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik ini merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Jika lazimnya tubuh kita menyingkirkan bahan kumuhan ini melalui air kencing, tetapi bagi penghidap gout, asid itu tidak dibuang tetapi berkumpul di dalam sendi.
Laporan kes gout mendapati ia jarang sekali dialami oleh kaum wanita sebelum menopaus. Sebaliknya, gout sering menyerang kaum lelaki dalam lingkungan usia 30 ke 60 tahun. Antara tanda-tandanya:
Sakit menyerang ibu jari kaki.
Sendi yang diserang menjadi bisa.
Sakit berlarutan sehingga 1-2 minggu jika tanpa rawatan.
Boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
PUNCA
Timbunan sisa asid urik berlebihan dalam darah (hyperuricemia) atau jika buah pinggang gagal menghapuskannya dalam kuantiti yang besar boleh membentuk kristal yang berkumpul di dalam sendi, buah pinggang, kulit dan tisu lembut yang lain. Sesetengah makanan berprotein tinggi dan minuman seperti teh, kopi dan koko juga boleh menghasilkan asid urik berlebihan, selain perubahan mendadak dalam diet atau penurunan berat badan secara drastik akan meningkatkan risiko gout.
Penghidap gout juga sering menghidapi masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes. Selain modifikasi diet, rawatan di bawah boleh dilakukan untuk menyembuhkan gout.
Rehatkan sendi semasa serangan gout.
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
Colchicine (boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit).
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
RAWATAN JANGKA PANJANG
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
Elakkan minuman keras.
Elakkan pengambilan makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan (hati, paru-paru, ginjal), ikan bilis, ikan kembung atau sardin, daging cincang, ekstrak daging (Marmite atau kiub rebusan daging) serta makanan laut seperti ketam, udang dan kerang.
Kurangkan pengambilan makanan seperti asparagus, bunga kubis, cendawan dan bayam, kekacang, ayam serta bijirin.
PENCEGAHAN
Amalkan gaya hidup sihat untuk memastikan paras asid urik yang normal dan mengelak dari penyakit yang berhubungkait dengan gout.
Ambil allopurinol secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
Minum banyak air.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!