Hari ini, 9 November genap 14 tahun usia perkahwinan penyanyi terkenal Bunga Citra Lestari dan arwah suaminya, Ashraf Sinclair. Menerusi perkongsian terkini Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagram, dia dilihat hadir ke pusara Ashraf dengan membawa bunga untuk ditabur di permukaan pusara bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka dengan kapsyen yang menyentuh hati.
IKLAN
“14 tahun yang lalu, kita berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain.. Hari ini, walaupun kita berada di dunia yang berbeza, dan kehidupan jauh berbeza buat saya di sini.. Tetapi kamu akan selamanya di hati saya.. Happy Anniversary”, tulis Bunga Citra Lestari di hantaran Instagramnya.
Selain itu, ibu bapa Ashraf turut turun ke Indonesia untuk turut sama menemani BCL pada hari ulang tahun perkahwinan allahyarham anak mereka dan sempat bergambar bersama-sama, di mana turut dikongsikan BCL dan ibu mertuanya di Instagram.
Untuk makluman, pelantun lagu Wanita Terbahagia ini telah melangsungkan pernikahannya dengan Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 2008. Mereka berdua disatukan di Senayan, Jakarta, Indonesia dan selamat diijabkabulkan di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta dengan sekali lafaz.
IKLAN
Namun pada Februari 2020, Ashraf Sinclair, yang juga abang kepada DJ Mix FM, Aishah Sinclair meninggal secara mengejut dipercayai sakin jantung ketika dalam tidur dan seterusnya mengejutkan industri seni Malaysia dan Indonesia.
Mana tidaknya, Ashraf Sinclair tidak dilaporkan menghidap sebarang penyakit serius ketika hayatnya, dan pemergian secara tiba-tiba nyata sangat pedih untuk diterima oleh BCL serta anak mereka Noah.
IKLAN
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Kapal persiaran mewah ‘Equanimity’ milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low yang selamat berlabuh di perairan Malaysia hari ini menjadi topik hangat di Internet dan media sosial. Selain terpaku melihat struktur kapal mewah berkenaan, kemunculan Equanimity yang membawa maksud ketenangan turut menarik perhatian ramai dek kerana nilainya yang dianggarkan mencecah RM1, 000,000,000!
Tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sekitar pukul 12.25 tengah hari tadi, Equanimity akhirnya belayar pulang ke Malaysia selepas berlepas dari Pelabuhan Batam pada petang semalam bagi melancarkan penyiasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai menjadi sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB.
Jho Low
Kapal ini disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) namun pada April Mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tak boleh bertindak demikian dan perlu mengembalikannya kepada pemilik kapal. Bagaimana pun, Julai lalu kerajaan Indonesia sekali lagi merampasnya sebelum dikembalikan kepada kerajaan Malaysia hari ini.
INFO MENARIK MENGENAI EQUANIMITY
Nilai: RM1, 000, 000, 000 (RM1bilion)
Pemilik : Low Taek Jho – Jho Low
Syarikat Pengeluar : Oceano / 2014
Jumlah kabin : 9 (1 Master, 4 VIP Suite & 4 Kabin Berkembar)
Panjang : 91.50 m (300.2 kaki)
Berat : 2, 999 tan
Kelajuan : 19.5 knots (anggaran 36km/jam)
Bilangan anak kapal : 28
Bilangan tetamu : 26
Reka bentuk dalaman: Andrew Winch
Kedudukan: Ke-54 terbesar di dunia
Kemudahan: Jakuzi, sauna, landasan helikopter, kolam renang, bilik kecantikan, ruang spa, gimnasium, pawagam, lif, penghawa dingin, dan bilik mandi gaya Turki berserta tab panas.
Turut dilaporkan hiasan dalaman kapal ini bertemakan kayu, buluh dan saduran emas di bahagian tertentu atas kapal.
Sementara itu, ada cadangan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan Persekutuan agar kapal ini dibuka untuk tontonan dan lawatan orang ramai. Kalau cadangan ini diterima, mesti ramai yang tak sabar untuk meneroka dan melihat sendiri Equanimity dengan lebih dekat.
Cantiknya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 23 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Menurut pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui dia agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri seni.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney kira-kira dua tahun lalu. Mia Sara merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Bergelar anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi pelakon berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki.
Apatah lagi, dengan usia masih muda dan statusnya sebagai anak selebriti… ia menjadi ‘bonus’ buat Mia Sara untuk mempelajari selok-belok dunia seni daripada bapa tersayang.
Untung Sasha Saidin dikurniakan anak prihatin macam Adam Arya. Walaupun baru nak menginjak usia 9 tahun beberapa hari saja lagi, tapi kelakuan kanak-kanak comel ini sangat mengharukan. Dah macam orang dewasa! Mungkin sebab terlalu risau dengan kesihatan ibu tersayang kebelakangan ini. Sampai dia sanggup jadi ‘doktor peribadi’ Sasha terutamanya dalam bab berkaitan pemakanan.
Menerusi posting yang dikongsikan Sasha, Adam menyenaraikan menu diet sihat khusus buat dirinya. Lengkap dengan minuman dan hidangan pencuci mulut atau snek lagi. Macam admitted di hospital pula, kan? Jelas Sasha, semua ini disebabkan insiden yang dialaminya tidak lama dulu.
“Beberapa hari lepas saya pengsan. Tapi nasib baik waktu tu ada di rumah. Perkara terakhir yang saya ingat masa tu bila saya beritahu my mum tentang kek hari jadi Adam Arya. Sedar-sedar je saya dah ada atas lantai. Dengan kepala yang masih sakit.. saya tanya my mum apa yang berlaku.
Kali terakhir saya pengsan kira-kira empat tahun lepas dan beberapa kali ketika masih bersama ELITE. Sebenarnya saya menghidap anemia yang juga penyakit keturunan keluarga sebelah my mum. Sebab itu saya mudah mengalami pening kepala dan kebiasaannya saya akan bawa makanan yang manis untuk kawal daripada pengsan. Tapi kejadian yang berlaku kali ini disebabkan sikap sambil lewa saya walaupun dah nampak simptom ‘amaran’ terutamanya bila banyak sangat benda nak fikir.
Alhamdulillah, saya dah beransur baik cuma terpaksa membatalkan beberapa undangan pertunjukan fesyen di luar negara atas nasihat doktor. Apa-apa pun jangan risau sebab Adam Arya sentiasa ada di sisi dan rajin menyediakan menu diet harian saya seperti yang dikongsikan ini.”
Buat Sasha, jaga diri baik-baik dan amalkan pemakanan sihat lebih-lebih lagi yang mampu menaikkan hemoglobin dengan mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kerang, hati ayam, daging merah dan kekacang. Elakkan juga daripada terlalu kuat bekerja dan memikirkan hal-hal yang dirasakan tidak perlu.