Kemunculan band popular, Indonesia, Padi Reborn dalam sebuah konsert khas sempena meraikan ulang tahun ke-25 kelmarin sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat kumpulan ini.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

IKLAN

 

Kehadiran mereka  bagi meraikan ulang tahun jubli perak bersama peminat, Sobatpadi dan penggemar muzik di Malaysia direalisasikan dengan persembahan bertenaga  Piyu, Fadly, Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram).

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima pemuzik ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan menggunakan nama Padi pada 1997. Album Lain Dunia dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di Indonesia.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

Para peminat dihiburkan dengan lagu-lagu hit kumpulan ini antaranya termasuklah Bayangkanlah, Sang Penghibur, Sesuatu Yang Indah, Menanti Sebuah Jawaban dan beberapa lagi lagu yang menjadi lagu hit sepanjang zaman kumpulan popular Indonesia ini.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

Kemunculan Ratu Jazz, Dato’ Sheila Majid berkongsi pentas bersama Padi Reborn sememangnya ditunggu-tunggu oleh para peminat apatah lagi untuk menyaksikan paduan vokal penyanyi yang membawakan elemen Jazz serta vokal Fadly yang lebih kepada rock.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

IKLAN

Ternyata  pemilihan lagu Kasih Tak Sampai yang dinyanyikan secara duet memberi nafas baharu buat lagu yang dicipta pada tahun 2001. Tidak keterlaluan jika penulis katakan lagu “berhantu” itu nampak ‘hidup’ apabila kekuatan vokal Dato Sheila Majid bergandingan dengan Fadly.

Tidak lengkap persembahan Ratu Jazz jika tidak meminta Padi Reborn mempersembahkan lagu popular Antara Anyer dan Jakarta.  Lagu popular Dato’ Sheila Majid yang diterbitkan pada tahun 1986 ini sememangnya amat popular baik di Indonesia dan Malaysia. Segenap ruang Zepp Kuala Lumpur menyanyikan lagi tersebut yang diberi sentuhan rock.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

IKLAN

Persembahan diteruskan dengan lagu Warna dari album pertama Dato’ Sheila Majid.  Penampilan Dato’ Sheila Majid yang santai dengan gabungan blouse  hitam dan skirt jeans turut mencuri tumpuan kerana ia sekaligus menampakkan dirinya lebih muda dan ranggi, sesuai dengan persembahan yang diadakan pada malam ini! Lontaran vokal penyanyi yang berusia 57 tahun ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi!

Sebanyak 23 buah lagu didendangkan oleh Padi Reborn termasuklah enam lagu yang dipersembahkan secara akustik yang padu dan membuai emosi! Menutup tirai persembahan dengan lagu Hitam dan Begitu Indah, sudah semestinya perjalanan pulan SobatPadi usai konsert pada malam tersebut disulami perasaan indah dan dibuai pelbagai emosi puas dapat menyaksikan kumpulan ini kembali beraksi di Kuala Lumpur setelah membuat konsert skala kecil sekitar 2018 yang lalu.

Lebih istimewa, pihak penganjur, Qew Communications Sdn. Bhd. berhasrat menderma sebahagian daripada hasil penjualan tiket kepada persatuan bukan kerajaan kanak-kanak asnaf.

“Auto Nampak Muda!” Penampilan Santai DATO’ SHEILA MAJID Bergandingan PADI REBORN Dapat Pujian Peminat!

Menurut Pengarahnya, Datin Rahizahwati Yahya, niat murni tersebut mula tercetus selepas melihat sambutan hangat daripada peminat setia Padi di sini. Katanya lagi, setiap RM1 daripada penjualan tiket tersebut akan kami salurkan kepada rumah kebajikan terbabit.

Foto Kredit: Razak Latif

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI