Kulit kepala yang gatal-gatal sebenarnya adalah gejala yang berpunca daripada keadaan yang bukan saja disebabkan oleh kelemumur. Beberapa hal berikut juga boleh menjadi punca kepada kegatalan kulit kepala.

REAKSI ALERGI

IKLAN

Kebiasaan mewarna rambut boleh menjadi punca gatal kulit kepala. Bahan kimia daripada produk pewarna rambut yang menyebabkan alergi pada kulit kepala. Bukan saja pewarna bahkan produk-produk rambut lain pun boleh menjadi punca alergi seperti syampu, perapi dan minyak rambut.

Elak menggunakan banyak produk sekaligus, cuba satu produk dulu selama seminggu. Minggu berikutnya barulah boleh mencuba produk lain dan lihat hasilnya. Adakah ia mengakibatkan alergi pada kulit kepala anda.

KULIT KEPALA Gatal-Gatal Bukan Sebab Kelemumur, Ini Sebabnya!

JARANG CUCI RAMBUT

Sebaiknya lakukan 2-3 hari seminggu. Jika tidak, semua minyak semula jadi dan kotoran akan terkumpul di akar dan kulit kepala seterusnya menyebabkan kegatalan. Pastikan anda mencuci rambut mengikut rutin.

Air dan buih yang terhasil semasa mengurut kulit kepala mampu melarutkan minyak berlebihan dan kotoran yang terkumpul pada rambut dan kulit kepala.

KULIT KEPALA KERING

Bagi anda yang mempunyai rambut kering mungkin anda merasakan mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala semakin kering. Anda silap kerana ia membantu melembapkan rambut kering. Gunakan rawatan khusus rambut kering dengan tambahan perapi bagi melembapkannya hingga ke akar rambut dan kulit kepala.

KULIT KEPALA Gatal-Gatal Bukan Sebab Kelemumur, Ini Sebabnya!

PSORIASIS

IKLAN

Kulit kepala yang gatal juga berpunca daripada keradangan akibat psoriasis yang sering muncul di kalangan orang dewasa. Ia ditandai dengan kulit kepala yang berkerak dan kemerahan. Keadaan ini muncul ketika sistem kekebalan badan sedang lemah. Namun stres, jangkitan dan cuaca kering serta kering boleh menjadi punca.

KUTU

Kutu kepala boleh muncul dalam bentuk haiwan atau telur. Kedua-duanya menyebabkan rasa gatal di kulit kepala. Jika anda mengalaminya gunakan syampu penghilang kutu atau potong pendek saja rambut.

JANGKITAN KULAT

IKLAN

Biasanya terjadi ketika produk perawatan penjagaan rambut seperti syampu dan perapi tidak dibilas dengan bersih ketika mencuci rambut. Sisa produk akan tertinggal di kulit kepala. Jika anda mengalami masalah ini segeralah bertemu doktor.

IKAT RAMBUT TERLALU KUAT

Selain menyebabkan keguguran rambut, mengikat rambut terlalu kuat apatah lagi dalam tempoh yang lama boleh mengakibatkan rasa gatal di kulit kepala. Membuat pelbagai gaya ikatan rambut dan memakai estension rambut akan menarik folikel rambut. Saraf dan otot di sekitar rambut akan tertarik sehingga membuatkan kulit kepala gatal dan sakit.

LIMFOMA

Rasa gatal kerana limfoma cenderung untuk menjadi lebih serius yang akan diiringi dengan pembengkakan kelenjar. Baik lelaki mahupun wanita berisiko mengalaminya terutama menginjak usia 50 tahun ke atas.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI