
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwah khususnya di media sosial, Ustazah Sharifah Khasif baru-baru ini memuat naik hantaran di mana pada 5 Ogos 2025 yang lalu genaplah usianya yang ke-43 tahun.
Dalam hantaran tersebut, Ustazah Sharifah Khasif berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya bergambar bersama hadiah dan kek yang diterima daripada insan-insan yang mengenalinya.
Terserlah kegembiraan pada wajah ibu kepada seorang cahaya mata ini tatkala menerima pemberian istimewa itu. Penampilan Uztazah Sharifah Khasif cukup sederhana dengan wajah yang polos menyerlahkan kecantikan semula jadi.
“What a surprise ! Unexpected and delightful. Thank you so much.”
Lebih istimewa, beliau turut menerima kek pemberian daripada ‘orang jauh’ iaitu Brunei. Nampak sedap sangat kek tu.
“Baru nak solat sampai another cake from orang Brunei. Memang lain macam semua jenis cake ada ! Tq so much.”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikut termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan dan doa tulus buat pendakwah yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang psikologi ini.
zielajalil “Happy Birthday Ustazah. Kakak doakan semoga Ustazah sentiasa dalam Rahmat Allah di dunia dan akhirat, Aamiin Yaa Rabb.”
rosenaylufar “Sanah helwah ustazah yang disayangi. Moga sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik untuk terus berdakwah dan dilimpah kurniaan rezeki, amin Allahumma amin.”
Ustazah Sharifah Khasif turut berterima kasih kepada pelajar-pelajar akademinya yang telah memberikan ucapan dan doa buat dirinya.
“Alhamdulillah terima kasih atas ucapan dan ingatan dari pelajar-pelajar ustazah yang dah masuk 7 tahun bersama Academy. Syukur tak terhingga buat semua yang mengenali. Another year another adventure ! Another year older and bolder.”
Untuk info, Ustazah Sharifah Khasif merupakan pengasas Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan.
Dari segi penjagaan kesihatan dan kecantikan pula, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
NONA mendoakan semoga Ustazah Sharifah Khasif sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya seterusnya dapat mengajak lebih ramai orang untuk mendampingi kalam suci Al-Quran.
This website uses cookies.