
Biarpun memilih kehidupan yang sederhana dan tenang di Langkawi, perkembangan terkini pelakon jelita Natasha Hudson masih menjadi perhatian dan sorotan media.
Apatah lagi, Natasha sentiasa aktif di media sosial berkongsi rutin kehidupannya seperti bercucuk tanam termasuk membela ayam, itik dan lembu.
Selain itu, selebriti berketurunan Melayu-Australia ini turut mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dengan bersenam, memanah dan surfing.
Natasha tidak nampak kekok langsung dengan rutin-rutin yang dilakukannya itu biarpun pernah bergelar model dan pelakon terkenal.
Setelah mendirikan rumahtangga kali ke-5, Natasha dilihat benar-benar berdamai dengan takdir sehinggalah dia kini kembali bertudung demi menjadi hamba-Nya yang lebih baik.
Segala dugaan yang dilaluinya sebelum ini dijadikan pengajaran dan lebih mematangkan dirinya sebagai seorang Muslimah.
BACA JUGA: Puji Hospital Assunta, Natasha Hudson Selamat Bersalin Anak Keempat!
Pemilik nama penuh Natasha Liana Hudson ini baru sahaja genap usianya yang ke-43 tahun pada 9 September 2025.
Di Instagram, Natasha memuat naik satu hantaran di mana dia menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat diri sendiri diiringi doa dan harapan.
Dalam hantaran yang sama, Natasha turut berkongsi beberapa foto kenangannya semasa kecil. Masha-Allah comel sangat!
Selain bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas pada usia 43 tahun, Natasha turut berterima kasih kepada mereka yang pernah hadir dalam hidupnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran dan mendoakan yang terbaik buat Natasha.
“Assalamualaikum wbt Happy Birthday darling sister. Semoga sentiasa dalam rahmat, keberkatan dan keampunan Allah. Semoga menjadi kesayangan Allah setiap saat. Aamiin Allahumma Aamiin. Much love.”
“Happy birthday to a truly humble and beautiful soul. Your kindness inspire everyone around youuuu. Wishing you and your family good health, happiness & endless harmony always! Hope to see you soon.”
“Happy Birthday kakak!!! May Allah always bless you, protect your beautiful soul and shower you with endless happiness and barakah. So glad our paths crossed in Langkawi! You are such an inspiration.”
Semoga Natasha kekal bahagia dan tenang menjalani kehidupan bersama keluarga tersayang.
This website uses cookies.