
Kate Middleton ketika menyambut Donald Trump di Istana Britain, mengenakan mahkota mutiara kegemaran Puteri Diana yang digayakan bersama gaun renda.
Putera William dan isterinya, Kate hadir pada jamuan makan yang diadakan untuk Presiden Donald Trump semasa lawatan kenegaraannya ke Britain.
William dan Kate berjalan beriringan memasuki dewan jamuan. Keluarga Trump dan para kerabat diraja kemudian dibawa menaiki kereta kuda ke Istana Windsor, di mana mereka menghadiri resepsi penuh adat istiadat.
Selepas makan tengah hari bersama, Charles dan Camilla turut serta bersama presiden dan wanita pertama dalam lawatan Koleksi Diraja di dalam Istana Windsor. Selepas itu, Kate dan William memimpin Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam lawatan serupa.
Terdahulu, Trump pernah berkunjung ke Kerajaan Britain atas jemputan nenda William, Ratu Elizabeth pada 2019. Semasa menyambut ketibaan Trump dan isteri, Kate Middleton tampil memukau.
Puteri Wales ini mengenakan busana serba gold
ketika tiba di Istana Windsor bersama suami, Putera William. Beliau turut serta bersama keluarga diraja dalam jamuan makan malam bersama Trump pada 17 September.Diilhamkan oleh pereka Phillippa Lepley, gaun sutera ini menampilkan perincian renda emas dan sulaman tangan, serta bunga-bungaan berhias satin.
Melengkapkan penampilan, Kate mengenakan tiara Lover’s Knot yang ikonik kegemaran mendiang ibu mentuanya, Puteri Diana.
Hiasan kepala yang memukau menampilkan 19 lengkungan dan 28 mutiara berbentuk titisan air mata. Ia diibuat pada 1914 untuk Ratu Mary dan akhirnya diwariskan kepada Ratu Elizabeth II.
Terdahulu, William dan Kate menyambut ketibaan presiden serta isterinya di Istana Windsor. Kate mengenakan gaun maroon bersama topi.
This website uses cookies.