Warna biru firus sering dikaitkan dengan aura menyegarkan, menenangkan, sofistikated dan kreatif.
Baru-baru ini, Kate Middleton menghadiri acara Trooping the Color 2025 bersama Putera William dan tiga anak mereka iaitu Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis. Penampilannya tentu sekali lagi mencuri perhatian.
Kate turut memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II dengan memakai sepasang anting-anting mutiara ikonik.
Ads
Kate memakai coat dress berwarna biru firus seperti yang pernah dipakai oleh ibu mertuanya, Puteri Diana pada 12 Februari 1992 ketika lawatannya ke New Delhi, India.
Ads
Anting-Anting Ikonik
Puteri Wales ini turut melengkapkan busananya dengan topi rekaan Juliette Botterill Millinery, dan sepasang anting-anting mutiara Ratu Elizabeth.
Gaun biru firus mempunyai aksen putih digabungkan dengan kasut tumit stiletto coklat.
Manakala anak perempuannya, Puteri Charlotte melengkapkan penampilannya dengan gaun biru pucat yang dipadankan dengan flatshoes sementara rambutnya diikat tocang ke belakang menyerlahkan lagi kecomelannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Persis Rapunzel, setiap wanita pasti idamkan rambut yang cantik, lebat dan kuat. Rambut sihat ibarat trofi kecantikan seseorang walaupun wanita itu berusia atau mengenakan hijab. Maka tak hairanlah jika banyak petua perawatan rambut berasaskan ramuan dapur yang dikongsi sejak turun-temurun dan masih menjadi rujukan kerana keberkesanannya.
Selain santan dan daun bunga raya, 5 ramuan semula jadi di bawah ini turut terbukti secara saintifik dapat menyihatkan rambut, merawat masalah keguguran dan menghilangkan kelemumur. Nak amalkan pun senang, paling penting hasilnya terjamin untuk mengekalkan keindahan mahkota wanita. Ia juga mampu menjadikan rambut berwarna lebih cantik dan berkilau serinya!
Beras
Kandungan antioksidan, vitamin B dan E di dalam beras dipercayai bagus untuk kesihatan rambut. Air cucian beras dikatakan mampu mencegah dan melawan kerosakan sel rambut.
Kelapa
Minyak semula jadi yang terkandung di dalam kelapa memberi kelembapan alami dari akar hingga ke hujung rambut. Ia boleh dijadikan pelembap rambut yang menghalang kelemumur dan meningkatkan kesihatan folikel rambut.
Minyak zaitun
Kandungan nutrisi penting seperti vitamin E, K, minyak omega dan zat besi menjadikan minyak zaitun antara ramuan penting untuk industri kosmetik. Minyak zaitun dikatakan mencegah rambut rosak, mengelakkan rambut kelihatan kusam, meningkatkan pertumbuhan rambut dan memelihara warna rambut secara semula jadi.
Minyak badam
Rambut yang mengalami masalah kelemumur perlu dirawat dengan minyak badam. Ia mengandungi khasiat yang banyak untuk rambut dan kesihatan, minyak badam membuatkan pertumbuhan rambut jadi lebih kuat dan melebatkan pertumbuhan rambut.
Minyak avokado
Teksturnya lebih ringan berbanding minyak lain, kaya dengan antioksidan, vitamin A, B, D dan E yang berfungsi menjaga kelembapan rambut, membersihkan kulit kepala dan memperbaiki folikel rambut.
Keistimewaan Pewarna Rambut Garnier Color Naturals
Kini anda boleh memelihara kesihatan dan kecantikan rambut dengan Pewarna Rambut Garnier Color Naturals. Tiga daripada lima ramuan hebat yang dinyatakan di atas terkandung di dalam produk ini iaitu Minyak Badam, Minyak Zaitun dan Minyak Avokado. Sekaligus menjadikan rambut lima kali lebih berkilau!
Terdapat pelbagai keistimewaan Garnier Color Natural yang hadir dalam pilihan pek kit (RM19.90) dan sachet (RM8.40). Pek kit diperkaya dengan 3 minyak semula jadi di atas untuk menjaga ketahanan warna dan memastikan rambut anda terawat selama 8 minggu.
Sementara pek sachet lebih praktikal untuk lelaki berambut pendek atau perawatan akar rambut di rumah. Kedua-duanya diformulasi tanpa ammonia, telus air serta diperkaya dengan fruit serum dan vitamins. Paling penting, ia juga halal (sila rujuk pek untuk logo halal) menggunakan bahan semula jadi yang selamat serta berbaloi untuk wang anda.
Hadir dengan enam pilihan warna yang menawan, Garnier Color Naturals merupakan cara mudah dan cepat untuk mewarna rambut. Bagi anda yang ingin tampil bergaya dan versatil, variasi warna Merah Burgundy, Coklat Caramel dan Merah Berry adalah pilihan yang tepat.
Garnier Color Naturals kini boleh didapati di rangkaian farmasi, pasar raya dan pasar raya besar termasuk pembelian secara dalam talian menerusi Lazada, Shopee dan Hermo.
Pastinya ramai yang merindui kelibat dan kepetahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen bukan? Mula menceburi dalam bidang pengacaraan selepas bakatnya dicungkil dari program bakat realiti, Malaysian Top Host pada 2005, kini Nurul Syuhada dilihat sudah memperlahankan aktiviti seninya.
Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini khabarnya sedang menikmati momen-momen indah seorang ibu. Walaupun sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan fokusnya kepada keluarga malah turut aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak dan keluarganya.
Baru-baru ini, Nurul Syuhada ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama anak-anak telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya. Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik yang tertentu lantaran rupa paras mereka yang menawan.
Kalau diikutkan, padanlah anak-anak Nurul Syuhadah ini semuanya comel dan manis belaka kerana Nurul Syuhadah sendiri berdarah kacukan. Bekas pengacara Malaysia Hari Ini dan Majalah 3 itu mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka. Manakala suami Nurul Syuhada pula, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun. Lantas, nenjengah pada ruangan komen hantaran gambar Nurul Syuhada bersama anak-anak di Instagramnya, ramai dilihat memuji kecomelan anak-anak Nurul Syuhadah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Apabila usia meningkat, kita dinasihatkan pakai serum. Serum dikatakan bertindak lagi hebat daripada krim pelembap. Tapi tahukah apa sebenarnya fungsi serum kepada kecantikan kulit?
Serum biasanya hadir dalam bentuk cecair jernih, bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia juga sering dipanggil sebagai eliksir. Walaupun sering dibotolkan dalam sebuah botol yang kecil tetapi serum mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Serum biasanya memiliki konsentrasi tinggi bahan aktif seperti asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi, atau eksfoliasi.
Semua keperluan untuk mengekalkan kecantikan terdapat di dalam serum termasuk vitamin dan antioksida yang berfungsi menembus masuk ke dasar kulit lebih jauh, pantas, mudah berbanding dengan cecair pelembap biasa. Kuasa serum meresap jauh ke dasar kulit melalui molekul zatnya yang merupakan partikel kecil dan bekerja jauh lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding krim wajah biasa.
JENIS-JENIS SERUM
(a) Serum Vitamin C
Serum vitamin C memainkan peranan sebagai antioksida pada kulit dan berfungsi untuk mencegah dan melambatkan proses penuaan kulit lebih awal daripada usia. Seleksi serum yang terdiri daripada vitamin C adalah terbaik untuk mengatasi masalah kulit kusam dan bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Malah serum yang mempunyai manfaat vitamin C ini mempunyai sifat antiradang.
Ini bermaksud serum ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif. Kebiasaannya serum yang berupaya mencerahkan kulit ini mempunyai kadar vitamin C yang agak rendah sekitar 15 peratus sahaja. Kadar ini boleh meningkat menjadi 20 peratus untuk mengatasi masalah kulit yang bermasalah.
(b) Serum Vitamin E
Nutrisi yang terdapat dalam serum vitamin E lebih mudah larut dalam minyak sehingga memiliki konsistensi yang lebih berat daripada vitamin yang larut di dalam air. Serum vitamin E ini adalah pilihan terbaik buat mereka yang mahu merawat kulit rosak. Serum vitamin E juga membantu kulit agar lebih lembap dan mengunci kadar kelembapan semula jadi di bawah kulit.
Malah serum ini juga boleh membantu melindungi kulit daripada pencemaran akibat asap rokok dan kenderaan. Selain itu, serum vitamin E ini dapat memulihkan kulit terbakar akibat sinar UV dengan lebih cepat. Antioksida yang terdapat di dalamnya dapat meneutralkan efek radikal bebas sehingga kesan pedih boleh hilang dengan cepat.
(c) Serum Kolagen
Kolagen merupakan struktur asas kulit. Ia terdiri daripada asid amino dan vitamin untuk menentukan ketegangan kulit. Kandungan kolagen semula jadi di dalam badan bergantung kepada faktor usia, cara pemakanan dan gaya hidup. Kolagen adalah 30 peratus daripada protein di badan kita. Ia perlu untuk menentukan kekuatan otot, tendon, tulang rawan, salur darah dan organ-organ lain dalam badan seseorang.
Tubuh manusia akan kehilangan kolagen di antara 15 hingga 20 peratus akibat peningkatan usia. Pada saat kolagen di dalam tubuh berkurangan, fungsi dan keanjalan kulit berkurang secara relatif. Serum kolagen bermanfaat untuk membentuk jaringan parut dan ligamen untuk mempercepatkan proses penyembuhan jerawat dan bekasnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.