
Pejam celik usia perkahwinan selebriti cantik, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menginjak 10 tahun pada November nanti. Sedekad layari alam perkahwinan nyata bukan satu tempoh yang singkat.
Pastinya sepanjang perkahwinan kedua-duanya sudah pun berdepan dengan pelbagai suka dan duka. Namun tetap setia dan saling menyayangi hingga sekarang.
Niat Murni Amyra Rosli

Populariti Amyra dan Amar sebagai pelakon tidak menjadikan pasangan ini alpa terhadap tanggungjawab masing-masing. Bahkan kedua-duanya sentiasa berusaha membahagiakan keluarga.
Amyra Rosli misalnya pernah merealisasikan impian menghias kediaman ibu bapa tersayang kira-kira tiga tahun lepas.
Bagaimana pun niat murni aktres Khianat Yang Terpilih ini diuji selepas dia ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman hingga menyebabkan dia kerugian ratusan ribu ringgit.
Kesal dengan insiden itu, dia akhirnya dapat menunaikan hajat berkenaan dan mahligai ibu bapa Amyra Rosli siap diubah suai serta dihias indah sepenuhnya dengan bantuan Lantera Creative Home pada 2023 sebelum menjelang lebaran.
Berkat kasih sayang terhadap insan sekeliling, tidak hairanlah Amyra Rosli dipilih sebagai Most Trusted TV Host/Presenter for News & Current Affairs, Reader’s Digest Trusted Brands Awards 2025 selama empat tahun berturut-turut.
Rumah Tangga Bahagia Amyra Rosli

Menyentuh rumah tangga bahagia di samping pelakon, Amar Baharin, pasangan romantis ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada 11 November nanti.
Mengimbas sambutan ulang tahun perkahwinan tahun lalu, Amyra menitipkan kata-kata istimewa khas buat suami tercinta.
“Happy anniversary, my love Amar Baharin. Alhamdulillah for another year of love, patience, and blessings together. May Allah keep our marriage filled with sakinah, mawaddah, and rahmah always.”

View this post on Instagram
Kecantikan aktres Amyra Rosli tidak perlu disangkal. Memiliki pesona dan aura tersendiri, bintang drama popular Nur ini terkenal dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan.
Dari seorang pelakon, bakat Amyra turut bersinar sebagai pengacara televisyen.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 34 tahun dan merupakan seorang anak seni berjaya.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





