Gaya Hidup

2 Tahun Kahwin Dikurnia Rezeki 2 Anak, Fazeera Bahagia Rai Anniversary & Jadi Isteri Fizo!

21 Oktober lepas genap dua tahun usia perkahwinan Fazeera Nazri Azrai dan Fizo Omar. Kian bahagia melayari alam rumah tangga, kehidupan pasangan romantis ini lebih bermakna dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan.

Rezeki Fazeera dan Fizo dikurniakan zuriat dengan mudah dan dalam tempoh singkat.

Faz yang merupakan bekas pramugari ini bergelar ibu buat pertama kali pada 25 Jun 2022. Dia kemudian dikhabarkan hamil anak kedua ketika anak sulung iaitu Wan Khaleeda menginjak usia enam bulan.

Menerima baik anugerah terindah itu, Faz selamat melahirkan cahaya mata perempuan kedua pada 19 Mei lepas dan menamakan bayi berkenaan Wan Umaira.

Kredit Instagram fizoomar
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram ffezyranesry

Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua baru-baru ini, wanita cantik kelahiran Kuching, Sarawak berkenaan menitipkan ucapan bahagia buat suami tercinta.

“Happy second anniversary, my lovely husband. I am so blessed for the precious time we have spent together as husband and wife.

Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry

Thanks for accommodating happiness, joy, and love. It has never crossed my mind to give birth to two beautiful princesses in our first two years of marriage.

I wish to always be your supporter, cheerleader, and lover through thick and thin. I am better when I’m with you.”

Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry
Kredit Instagram @ffezyranesry

Meraikan hari bahagia, Faz dan Fizo menikmati aktiviti jet ski di Johor Bahru. Memang pasangan suami isteri ini berkongsi hobi yang sama dan gemar melakukan aktiviti sukan lasak.

Mereka berkahwin pada 21 Oktober 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/aura-mas-idayu-sejak-kahwin-dipuji-makin-cantik-berseri-terserlah-sisi-manja/

IKLAN
Share