20 Tahun Jadi Isteri Dato’ Adi Putra, Datin Aida Rajin Turun Padang Bantu Bisnes Suami!

Sejuk mata memandang suri hati Dato’ Adi Putra. Raut wajah anggun dan senyuman yang lekang di bibir membuatkan Datin Aida Yusof sering menjadi perhatian khalayak khususnya peminat suami tercinta.

Pejam celik, pasangan romantis ini sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga. Tanggal 18 Januari lalu genap dua dekad usia perkahwinan Dato’ Adi Putra dan Datin Aida. Ternyata ia bukan satu tempoh yang singkat dan pastinya bermacam-macam dugaan telah dilalui mereka.

Artikel https://www.nona.my/ratu-hati-sasha-saidin-sambut-hari-lahir-ke-80-wajah-gembira-ibu-selebriti-ini-dikelilingi-anak-serta-cucu-tersayang/

Datin Aida Yusof Isteri Tercinta Dato’ Adi Putra

Berkat kesabaran dan saling menghargai, mereka kian bahagia melayari alam rumah tangga. Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk timang anak sendiri. Enggan meratap hiba, Datin Aida dan Dato’ Adi bagaimana pun reda menerima apa jua ketentuan ilahi.

Tidak menjadikan ‘anak’ sebagai penghalang kebahagiaan, kedua-duanya mengecap bahagia dengan cara tersendiri. Ke mana saja pergi pasti kelibat isteri atau suami ada di sisi.

Terbaharu, Datin Aida Yusof dilihat teruja dan ceria turun padang membantu bisnes Dato’ Adi Putra sempena penganjuran Absolut Singapura. Selama tiga hari pasangan ini ‘berkampung’ di sana dan menjual produk keluaran Dato’ Adi Putra seperti Kurta dan sebagainya.

Suri Hati Dato’ Adi Putra

Walau Datin Aida sendiri seorang usahawan wanita berjaya dan berkarisma namun personaliti ini tidak kisah bersusah-payah membantu perniagaan suami.

Bahkan sepanjang berkahwin, Datin Aida bijak menjaga privasi rumah tangga dan enggan menjaja kisah peribadi kepada umum.

Rumah tangga pasangan ini lebih bermakna dnegan kehadiran dua anak angkat perempuan iaitu Az Zahra dan Zara Adelia.

Moga rumah tangga yang dibina bahagia Dato’ Adi dan Datin Aida bahagia sampai syurga serta diberkati Allah SWT.

Share
Published by
Suzi