4 Resipi Buka Puasa Berasaskan Gula Melaka, Gerenti Jadi Kesukaan Keluarga!

Duduk di rumah, kalau ada gula Melaka atau gula kabung di dapur pasti ramai terbayang nak buat kuih onde-onde buah Melaka. Rasanya itu antara juadah pilihan rakyat Malaysia, mudah dibuat dan sangat enak.

Gula Melaka ini amat sinonim dengan pembuatan kuih tradisional Melayu. Tahukah kita gula Melaka sebenarnya banyak khasiat? Teksturnya yang kasar dan tak mudah larut membuatkan ia menjadi pilihan tepat bagi anda yang ingin tetap sihat.

Antara khasiatnya, baik untuk diet, mempunyai kandungan zat besi, airnya boleh membuatkan anda lebih tenang dan dikatakan boleh membantu jika berlakunya kekejangan atau kesakitan haid.

Menurut Dr. Suri Roowi di halaman FB, “Gula Melaka asli dikatakan sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai indeks GI yang lebih rendah berbanding gula pasir. GI gula Melaka = 34, GI gula pasir = 60-75. Kandungan fruktosa dalam gula Melaka pula 45%. Kandungan kalsium, zat besi dalam gula Melaka asli juga lebih tinggi berbanding gula pasir.”

Jadi apa kata di bulan Ramadan ini, selain daripada buat kuih onde-onde, cuba 4 resipi ini menggunakan gula Melaka sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa.

PUDING ROTI PANDAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:

12 keping roti/dipotong

100g mentega/dicairkan

4 biji telur

1 kiub gula Melaka/disagat halus

2 cawan santan pekat

1/1 cawan susu cair

1 sudu teh garam

1 sudu besar pes pandan

Cara membuat:

Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius. Pukul telur, gula melaka, garam, santan, susu cair dan pes pandan sehingga adunan kembang. Susun roti di dalam acuan mengikut kreativiti anda. Lalu tuangkan adunan dan pastikan adunan rata di dalam acuan. Seterusnya bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 1 jam atau hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos santan pekat yang dicampur dengan sedikit gula Melaka.

 

SAGU ROSE GULA MELAKA

Bahan-bahan:

3 cawan sagu/direndam

3 sudu sirap ros

3 sudu gula

½ cawan gula Melaka/parut

1 kotak kecil santan

Sedikit longan

Sedikit cincau/dicencang

Sedikit jagung

Air mencukupi untuk merebus sagu

Cara Membuat:

Panaskan air sehingga mendidih lalu masukkan sagu, sirap rose, gula dan rebus sehingga masak. Toskan. Kemudian, isikan sagu ke dalam bekas atau botol. Kemudian masukkan cincau, jagung dan longan. Seterusnya masukkan santan dan taburkan gula Melaka. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

 

CUCUR LEMAK JAGUNG GULA MELAKA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum/diayak

1 pekat serbuk santan

1 biji telur

11/2 cawan air

½ cawan gula halus

½ cawan gula Melaka parut

1 tin isi jagung manis

Secubit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

Campurkan tepung, serbuk santan, telur, air gula, gula Melaka dan garam sehingga sebati. Tambahkan jagung dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng cucur shingga masak. Hidang dengan gula Melaka cair jika inginkan ekstra manis.

 

LEMPENG SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan santan pekat

¼ cawan air

½ ketul gula Melaka/parut

Sedikit kelapa yang sudah disangai

1 cawan santan pekat untuk sos

½ cawan air

Secubit garam

Sedikit minyak

Cara Membuat:

Campurkan tepung, santan, garam dan air sehingga sebati. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng lempeng sehingga masak. Ketepikan. Campurkan sebahagian gula Melaka parut ke dalam santan pekat beserta air dan panaskan hingga pekat. Kemudian hidangkan lempeng dengan sos santan, taburan gula Melaka parut dan sedikit kelapa sangai.

IKLAN
Share