Tahniah buat Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dan Datin Seri Nurheliza Helmi yang menerima anugerah The Most Memorable Wedding Celebrities! Pengiktirafan tersebut diberikan bersempena Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding Kuala Lumpur yang berlangsung di Shangri-La Hotel.
Hadir sedondon dengan busana rona biru rekaan Eja Shahril, kedua-duanya yang masih dalam mood bulan madu kelihatan cukup mesra dan romantis. Selesa disapa Kak Ja dan Abang Dee, suami isteri ini tak menang tangan melayan peminat dan tenang menjawab soalan daripada rakan-rakan media.
Saat ditanya reaksi kedua-duanya apabila diiktiraf sebagai majlis perkahwinan selebriti yang paling dikenang ramai, Datuk Seri Mahadi lantas melahirkan rasa syukur. “Kami tak sangka dan ikutkan macam kami tak layak untuk menerima anugerah ini.
Tapi setelah diberitahu, kami menerima dengan tanggungjawab dan amanat yang sangat besar diberikan Pesona Pengantin. Semoga award ini menjadi asbab untuk orang jadikan perkahwinan ini satu asbab syurga. Satu ikatan suci di antara kaum Adam dan Hawa untuk sama-sama ke Jannah.”
Sementara itu Datin Seri Heliza pula memberitahu, “Mula-mula kita rasa, tak apalah. Tak pernah terlintas pun benda-benda macam ni dan kita fikir macam nilah, bila dianugerahkan The Most Memorable dengan harapan bila orang ingat, orang akan mendoakan.
Ads
Ya Allah mudah-mudahan sampai syurga. Orang doa macam tu. Itu yang kita nak sebenarnya doa-doa daripada anda semua. Terima kasih kepada Pesona Pengantin.”
Terkenal dengan sikap happy go lucky dan suka bergurau, pasangan suami isteri ini sangat sporting turut serta dalam game ‘Awak Kenal Saya Ke Tak?’ Pesona Pengantin. Paling menarik perhatian adalah apabila kedua-duanya sangat ‘privacy’ untuk tidak mendedahkan tarikh perkenalan mereka dengan memberi jawapan ‘rahsia’ walaupun tanpa melihat dan berbincang jawapan masing-masing.
Ads
Hmmm… walau dah 47 hari berkahwin, mereka masih menyimpan memori tersebut tanpa pengetahuan umum.
Ketika diminta berkongsi pesanan buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, ini jawapan Datuk Seri Mahadi.
Ads
“Pertama kalinya saya rasa kami tak layak. Baru sangat pun baru 47 hari. So 47 hari tu saya rasa kami tak layak nak beri apa-apa nasihat tapi sedikit perkongsian, more to give and take. Nak kebahagiaan ni kena give and take. Ustaz-ustaz pernah kata suami ni kena bertanggungjawab, isteri kena taat. So bila ada dua benda tu, akan mix dan sempurna. InshaAllah.”
Ini pula pandangan Datin Seri Heliza mengenai alam perkahwinan. “Dan sebenarnya memang kena minta dengan Allah sebab Allah yang jaga hati-hati manusia, Allah yang jaga satu-satu perhubungan. Jadi kita minta Allah ilhamkan, lindungi perhubungan ini agar Allah menurunkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah till Jannah dan juga kena berkomunikasi. Kalau ada apa-apa kena beritahu.”
Moga rumah tangga pasangan ini terus diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada suami serta isteri di luar sana.
Kredit foto: Instagram Heliza Helmi & Datuk Mahadi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pekahwinan yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat pasangan hangat Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh akhirnya terjawab. Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan perkahwinan Khamis lalu dalam majlis tertutup di Lake Como, Itali.
Kedua-dua pasangan kelihatan cukup anggun dengan mengenakan persalinan tradisional India yang menonjolkan budaya dan tradisi tempat kelahiran mereka. Nuansa rona merah hati, emas dan putih menjadi pilihan Deepika dan Ranveer untuk merealisasikan busana impia perkahwinan mereka.
Tiada kapsyen yang diletak hanya emoticon jantung mudah untuk merungkaikan perasaan pasangan merpati dua sejoli ini. Ternyata perkongsian gambar menjadi viral dan dihujani pelbagai komen dan ucapan tahniah dari peminat dan selebriti serata dunia.
Majlis penuh adat ini juga dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru baru ini, tanggal 24 Disember 2022 menjadi tarikh keramat buat pelakon Reen Rahim yang selamat diijabkabul dan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, pada majlis yang berlangsung di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Aktres jelita yang berumur 34 tahun itu dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya iaitu Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.
Dan semalam berlangsungnya majlis persandingan belah pihak pengantin perempuan, di mana Reen Rahim berkongsikan momen persandingannya di mana dia kelihatan sangat anggun dan jelita mengenakan persalinan songket berona coklat hasil ciptaan pereka fesyen duo ternama, Rizman Ruzaini.
Penampilan Reen turut memukau ramai apabila dipadankan dengan barangan kemas mewah tajaan Cerew Jewels, dan hasil solekan jurusolek artis terkenal Syed Faisal Syed Noh.
Untuk rekap, pasangan sama cantik sama padan ini telah berkenalan sejak 2 tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk bertunang pada 12 Ogos lalu.
Meninjau di ruangan komen Instagram pelakon Daddyku Gangster ini, rata-rata ramai termasuk rakan-rakan artis yang terpesona dengan penampilan dan busana disarung Reen Rahim dan mendoakan agar perkahwinan dibina dirahmati dan kekal sehingga ke Jannah.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Gohtong di sini, hari ini. Seri Paduka tiba di lokasi pada jam 4.30 petang, dengan diiringi anakanda Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.
Ketibaan Baginda disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Al-Sultan Abdullah. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Hamdan Wahid.
Baginda kemudian diberikan taklimat berkenaan operasi SAR yang berlangsung kira-kira 30 minit di khemah pusat operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi.
Sebaik selesai, Baginda bertitah kepada petugas media bahawa pasukan petugas mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang berusaha sebaiknya untuk mencari baki mangsa yang belum ditemui. “Diharap semua bersabar. Mereka sedang melakukan yang terbaik,” titahnya.
Baginda kemudian dibawa meninjau khemah pusat operasipasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.
Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan saripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih hilang.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.