
Panjang jodoh Dida Sinclair dan suami tercinta, Mohamed Sinclair! Tanggal 7 Oktober lalu genap 49 tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini yang juga ibu kepada selebriti popular Allahyarham Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair.
Menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini, Dida atau nama penuhnya Khadijah Abdul Rahman ini memuat naik gambar di samping suami tercinta berserta kapsyen ’49 tahun terindah’ sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Tak dinafikan, keakraban dan kemesraan pasangan yang hampir separuh abad melayari alam perkahwinan ini menjadi inspirasi buat suami isteri lain.
49 tahun hidup bersama nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pasti mereka juga tidak terlepas lalui suka duka namun kedua-duanya masih romantik dan saling menghargai.
Dida Sinclair bukan hanya dikurniakan seorang suami setia dan penyayang. Bahkan turut mempunyai anak-anak yang cukup menyayangi dirinya, menantu yang baik serta cucu-cucu comel.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini sah bergelar isteri kepada jejaka kacak kelahiran Inggeris, Mohamed Anthony John Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.
Putera sulungnya iaitu Allahyarham Ashraf berkahwin dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair.
18 September lalu merupakan hari lahir Allahyarham Ashraf Sinclair dan sebagai ibu, Dida tidak pernah melupakan kenangan di samping anak kesayangan.
“Allahyarham Ashraf was a wonderful son, amazing brother to Aishah and Adam, wonderful husband to Bunga, a great Daddy to Noah and a fun uncle to Soraya and Aina.
But Allah only gave us 40 years of his life with us. It was a wonderful 40 years with so much love, care, giving, and no time was wasted at all.
And we are asking Allah SWT to send our message to Allahyarham that we love him very much and we are all well and to let him know that we always have him in our hearts.”
Selain Allahyarham Ashraf, satu-satunya anak perempuan iaitu Aishah Sinclair pula ialah isteri kepada Sheikh Abdul Shahnaz. Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
Manakala Adam Sinclair ialah suami kepada Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.
Menariknya, ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Barangkali kerana darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani.
This website uses cookies.