6 Idea Menu Sahur Ringkas Tapi Mengenyangkan! Mesti Cuba!

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur merupakan satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Ada yang memilih nasi sebagai menu bersahur, tetapi ada juga yang lebih gemar memilih menu ringkas untuk mengalas perut. Jom cuba beberapa menu sahur yang enak dan mengenyangkan ini!

 HEALTHY SANDWICH

BAHAN-BAHAN:

1 buku roti bijan (dipotong nipis)

3 helai salad segar

Hirisan tomato dan bawang

Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)

1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)

2 keping keju ceddar

1 sudu sos tomato

½ sudu mayones (jika suka)

CARA MEMBUAT:

Bakar roti sehingga sedikit berwarna. Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju. Kemudian letakkan sos tomato dan mayonis.

OMELETTE BAWANG DAN KEJU

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur ayam

50ml susu segar

Garam dan lada hitam secukup rasa

Sedikit mentega

½ biji bawang merah (dipotong dadu)

2 sudu besar keju mozarella

BAHAN HIASAN

Kentang goreng

Salad

CARA MEMBUAT:

Pecahkan telur ayam dan campurkan susu segar. Pukul dengan garpu sehingga sebati. Masukkan garam dan lada hitam. Ketepikan. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang sampai naik wangi dan agak lembut. Masukkan telur dan kecilkan api. Kacau sedikit dan biarkan lapisan bawah sedikit masak. Letakkan keju dan lipat telur menjadi setengah iaitu keju di tengah-tengah. Terbalikkan telur dan masak sebentar sehingga bahagian dalam masak. Hidangkan bersama kentang goreng dan salad.

PANKEK STRAWBERI

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum

½ camca teh serbuk penaik

Secubit garam

½ cawan susu segar

Sedikit air

1 biji telur ayam

2 sudu besar gula melaka (diparut)

Sedikit minyak masak

BAHAN HIASAN:

2 biji strawberi segar

Jem strawberi

CARA MEMBUAT:

Campurkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk. Masukkan susu segar, sedikit air dan telur ayam.  Kacau sehingga sebati. Masukkan gula melaka dan kacau lagi sehingga hilang ketul-ketul. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan masak setiap bahagian selama 2 minit dengan api sederhana. Susun di atas pinggan. Letakkan jem strawberi dan strawberi segar.

 

ROTI PITA KEJU

BAHAN-BAHAN:

10 gram yis roti

Sedikit air

1 liter susu segar

Gula dan garam secukup rasa

2 sudu besar minyak zaitun

500 gram tepung gandum

200 gram keju mozarella

CARA MEMBUAT:

Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.  Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.

 

TELUR SCRAMBLE DENGAN BACON DAGING

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur ayam

50 ml susu segar

Garam dan lada sulah secukup rasa

Mentega

Roti toast

Bacon daging

CARA MEMBUAT:

Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.

6.TORTILA KELEDEK MANIS

BAHAN-BAHAN:

Doh roti pita

1 biji keledek sederhana besar (direbus)

1 biji kentang (direbus)

½ biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 tangkai daun kari

2 biji cili merah (dihiris nipis)

Sedikit biji sawi

Sedikit serbuk kunyit

½ sudu besar serbuk cili

½ sudu besar serbuk ketumbar

Hirisan daging siap masak

CARA MEMBUAT:

Ambil sebiji dok roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.

 

 

IKLAN
Share