6 Resepi Biskut Kacang Dhal Rangup Dan Enak!

Kacang dhal dikatakan sebagai salah satu makanan yang paling sihat di dunia. Walaupun saiznya kecil, tetapi ia sangat kaya dengan vitamin dan mineral.

1. Dhal amat kaya dengan serat laut yang membentuk bahan seperti gel dalam saluran penghadaman.
2. Membantu dalam menghapuskan dan mengurangkan paras kolestrol dalam darah.
3. Kacang dhal dapat mengurangkan sembelit.
4. Kacang dhal mempunyai kandungan flavones dengan cirri-ciri antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
5. Yang paling PENTING kacang dhal sangat terbukti untuk kesihatan jantung kerana ia menghalang masalah koronari jantung. Serat dalam dhal mengurangkan tahap kolestrol darah dan membentuk plak pada dinding arteri yang dapat menghapuskan risiko strok atau lain-lain penyakit kardiovaskular.
6. Dhal meningkatkan tahap tenaga dengan menambahkan semula kandungan zat besi.
7. Dhal mengandungi asid folik dan magnesium yang penting untuk mengurangkan tahap berbahaya untuk jantung dan arteri dinding. Ia juga mengalakkan pengaliran darah serta peredaran oksigen dan nutrien ke organ-organ badan.
8. Kacang Dhal juga kaya dengan Vitamin E yang bagus untuk kesihatan.
* Namun ada individu yang tidak sesuai untuk makan kacang dhal dan ada yang boleh terimanya dengan baik.

Selain daripada kita buat kuah kari untuk di makan bersama roti canai, apa kata cuba buat biskut pula dengan menggunakan kacang dhal. Sesuai untuk hidangan Raya Haji nanti…

BISKUT KACANG DHAL MINYAK JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang dhal | digoreng tanpa minyak dan kisar halus
1 cawan gula halus
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh garam
1 biji kuning telur untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang dhal,gula halus dan garam hingga sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
3. Canai adunan setebal 1cm dan terapkan dengan acuan bulat.
4. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper.
5. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

BISKUT OAT KACANG DHAL
BAHAN A:
300gm tepung gandum
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
150gm oat
100gm cip coklat

BAHAN B:
1 biji telur

BAHAN C:
150gm mentega
100gm shortening
170gm gula perang
100gm kacang dhal | yang direbus & lenyek sedikit

CARA MEMASAK:
1. Ayak Bahan A. Ketepikan.
2. kemudian pukul bahan B sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul sebentar.
3. Masukkan Bahan A. Gaul sehingga rata. Bentukkan adunan dan susun di atas dulang pembakar.
4. Bakar 170C selama 15-20 minit atau sehingga biskut kekuningan.

BISKUT KURMA KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
50gm gula kastor
200gm tepung gandum
60gm tepung jagung
30gm badam kisar
1 sudu teh esen vanilla
Buah kurma secukupnya |dicincang halus dan dihiris
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung , badam kisar, kurma cincang dan esen vanilla. Uli hingga sebati.
3. Canai doh mengikut ketebalan yang bersesuaian dan potong saiz empat segi. Hiaskan dengan hirisan kurma.
4. Susun biskut diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
4. Setelah biskut sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

BISKUT BADAM LEMON DHAL
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
50gm gula ising
1 biji telur
150gm tepung gandum
80gm badam kisar
1 sudu teh esen lemon
1/2 sudu teh parutan kulit lemon
Jem strawberi secukupnya
100gm kacang dhal | yang direbus & lenyek sedikit

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentegdan gula ising sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kesemua telur, esen dan parutan kulit lemon. Gaul rata.
3. Kemudian campurkan tepung gandum serta badam kisar. Uli hingga sekata.
4. Ambil doh dan leperkan sedikit. Sudukan inti kacang dhal dengan secukupnya. Bentukkan bujur.
5. Susun biskut di dalam dulang pembakar dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170C.
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan jem strawberi mengikut kreativiti anda.

BISKUT DHAL KUNING
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
75gm gula ising
150gm tepung gandum | diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
25gm dhal kuning
Sedikit kelapa kering | hiasan
Sedikit kacang dhal | hiasan

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanilla diikuti tepung gandum.
3. Masukkan juga dhal oren. Uli hingga sebati.
4. Canai dan balut doh menggunakan tracing paper. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
5. Terap doh menggunakan acuan pilihan dan susun diatas dulang pembakar.
6. Hiaskan dengan kacang dhal dan kelapa parut. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit.

BISKUT MENTEGA DHAL
BAHAN A:
150gm mentega
125gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla
50gm susu pekat
1 biji telur
Secubit garam

BAHAN B:
200gm tepung gandum
50gm tepung beras
30gm tepung jagung
30gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan kacang dhal

BAHAN HIASAN:
Biskut pretzel secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, telur dan gula ising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, susu pekat dan garam. Pukul lagi hingga sebati.
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan bahan A sedikit demi sedikit. Gaul sekata.
4. Canai doh dan terap acuan berbentuk bulat. Hiaskan dengan biskut pretzel.
5. Bakar pada suhu 165C selama 20 minit.

IKLAN
Share