Gaya Hidup

7 Selebriti Ini Dikurniakan Anak Kembar, Ada Yang Seiras & Ada Yang Tak Seiras

Selebriti juga manusia biasa yang hidup berkeluarga dan mempunyai anak. Tidak semua orang beruntung dikurniakan anak tapi kalau dapat anak kembar memang BONUS. Siapa yang tak gembira jika berpeluang mendapat anak kembar. Tapi membesarkan anak-anak kembar sejak lahir hingga dewasa hanya mereka yang memiliki anak kembar sahaja yang memahamimya.

1. Datin Seri Zizie Izette
Datin Seri Zizie Izette selamat melahirkan anak kembar pada 29 Disember 2017 menerusi kaedah pembedahan. Pasangan kembar lelaki ini telah diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Datin Seri Zizie Izette telah berkahwin dengan Datuk Seri Bung Mokhtar pada tahun 2009 dan kini memiliki 5 orang anak.

2. Datin Paduka Eina Azman
Datin Paduka Eina Azman telah selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Pasangan kembar lelaki dan perempuan ini lahir pada tahun 2016 dan sering mendapat perhatian dek kerana kecomelan mereka. Datin Paduka Eina Azman telah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014.

3. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos telah berkongsi kegembiraan mereka apabila melahirkan anak kembar pada 27 Julai 2017. Lebih indah apabila pasangan kembar ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ayah mereka. Bayi lelaki yang lahir secara normal ini telah diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

4. Ziana Zain
Penyanyi lagu Putus Terpaksa ini telah melahirkan anak kembar pada tahun 2009 ketika berusia 41 tahun. Ziana beruntung kerana dikurniakan pasangan kembar berlainan jantina. Ziana telah memberi nama kepada anak kembarnya, Muhammad Ariel Armin Zaharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin.


5. Sazzy Falak
Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus yang telah mendirikan rumahtangga pada Novermber 2006 dikurniakan anak kembar perempuan yang diberi nama Iman Lily dan Tiara Rose. Pasangan kembar ini telah dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada tahun 2011.

6. Azhar Sulaiman
Pelakon Azhar Sulaiman juga mempunyai sepasang anak kembar yang kini sudah meningkat dewasa. Berusia 17 tahun, Kasih Iris Leona dan Andika Ress Pahamin semakin jelita dan kacak. Azhar Sulaiman telah berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada tahun 1996.

7. Zarina Zainuddin
Ketabahan Zarina Zainuddin menguruskan anak kembar autistiknya sering mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang mengagumi ketabahannya membesarkan anak kembarnya, Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang kini sudah berusia 23 tahun.

IKLAN
Share