Gaya Hidup

Ada Banyak Resipi Che Nom Nak Kongsi Bulan Puasa, Menu Ayam Masak Butter Bikin Ramai Terliur!

Menguji betul tengok video masakan Che Nom sepanjang Ramadan ini! Nampak menyelerakan dan ramai yang terliur. Dikenali sebagai YouTuber masakan popular tanah air, pemilik nama Norma Bakar ini bijak menggunakan teknologi digital masa kini untuk menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.

Anak kelahiran Kedah berusia 41 tahun ini mencipta pengaruh tersendiri apabila kebanyakan video masakan Che Nom meraih jutaan tontonan. Sehingga ke hari ini, Che Nom memiliki hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021.

Menerusi perkongsian terbaharu, media sosial Che Nom menjadi rujukan ramai untuk mendapatkan idea juadah sepanjang bulan puasa ini. Salah satu daripadanya ialah menu Ayam Masak Butter yang mencatat lebih 300 ribu views!

Kredit Instagram @che_nom
Kredit Instagram @che_nom
Kredit Instagram @che_nom

“Hai semua, Selamat Berpuasa. Ayam Masak Butter yang creamy dan pedas kuahnya yang dimasak menggunakan pure butter Anchor yang dibuat dari 100% susu segar New Zealand.

Gaul pula dengan ayam goreng style popcorn, memang sedap dan tak muak kalau kita makan waktu berbuka.

Che Nom guna unsalted butter. Boleh guna salted, cuma kurangkan garam. Korang wajib cuba resipi ni ok!”

Selain aneka juadah lauk-pauk dan hidangan, Che Nom juga tidak ketinggalan berkongsi resipi kuih-muih tradisi antaranya Talam Pandan.

Kredit Instagram @che_nom
Kredit Instagram @che_nom

“Kuih ni sesuai untuk jualan bulan puasa. Sebelum shooting, Che Nom dah try

beberapa kali kuih ni untuk dapatkan talam yang seimbang antara bahagian atas yang masin berlemak dan bahagian bawah yang manis dan harum dari daun pandan.

Nak dapatkan tekstur yang sempurna agak mencabar, semuanya kena seimbang dan tepat, resipi ni adalah juga penambahbaikan dari Kuih Tepung Talam yang Che Nom pernah share sebelum ni, 236 ribu views, dan ramai yang dah cuba dan bagi maklum balas sedap.

Dengan masa yang agak terhad sebab banyak resepi lagi Che Nom nak kena test untuk bulan puasa ni, jadi kalau Che Nom share resipi tu, dinasihatkan ikut sajalah sebiji-sebiji, kadang-kadang tu kita faham ada yang tak makan telur, tak ada tepung tu, suka bahan ni.

Kredit Instagram @che_nom
Kredit Instagram @che_nom

Cuma kalau ditukar atau dikurangkan bahan tertentu rasanya atau final outputnya dah jadi lain dan Che Nom pun tak boleh nak predict apa akan jadi sebab Che Nom tak test

variasi tersebut.

Bagi perhatian betul-betul terutamanya kuih melayu, baking dan pastry, nampak saja senang sebab sekali ngap dah habis, tapi nak buatnya agak susah dan teknikal.”

Che Nom memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkomputeran Matematik dan berkahwin dengan Syed Ridzuan serta dikurniakan tiga cahaya mata.

Suaminya merupakan orang kuat dalam pembikinan video masakan Che Nom yang menjadi jurugambar dan penyunting.

Baca https://www.nona.my/dulu-jurutera-kini-youtuber-berjaya-che-nom-nafi-pendapatan-rm360-ribu-sebulan-seperti-ditular/

IKLAN
Share