Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 yang berlangsung pada 25 hingga 30 September 2022.
Baginda diiringkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah bertitah agar Simposium Tekstil Tradisional ASEAN dwitahunan itu akan terus diadakan di negara lain pada masa hadapan dengan menghimpunkan penggiat seni tekstil dari ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.
“Sambutan untuk acara ini amat menggalakkan dengan lebih 300 peserta. Saya berharap semua peserta akan bergembira di sini,” titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka baginda turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Azizah dan pasukannya atas usaha mereka dalam menganjurkan acara dengan jayanya.
“Beta perlu memberitahu bahawa Raja Permaisuri sangat sibuk dalam memastikan simposium ini berjaya. Beta ingin berkongsi bahawa beta melihat betapa mendalamnya minat Raja Permaisuri untuk memastikan kejayaan acara ini, baginda kadang-kadang tidak dapat tidur pada waktu malam,” titah Al-Sultan Abdullah.
Ads
Simposium berkenaan dianjurkan Yayasan Tenun Pahang Diraja, mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik selain teknik pembuatan tekstil warisan Melayu seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Sempena simposium itu, 19 kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar, khususnya untuk membincangkan mengenai pemeliharaan seni dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.
Sementara itu, Tunku Azizah yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha dalam menyokong dan memelihara seni kraf tekstil berkenaan.
“Dari lubuk hati beta, beta ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Terima kasih banyak-banyak. Kita harus memelihara apa sahaja yang kita ada untuk generasi akan datang,” titah Tunku Azizah.
Ads
Tunku Azizah bertitah, Institut Kraf Negara di Rawang, Selangor, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam di Pekan, Pahang, dan program pemulihan penjara oleh Jabatan Penjara, merupakan pencapaian khas hasil inisiatif kerajaan.
Sempena majlis itu, Tunku Azizah turut mengumumkan projek kerajaan Pahang di Kampung Al-Sultan Abdullah di Pekan akan menyediakan tempat tinggal kepada bekas banduan dari seluruh negara dan memberi peluang kepada mereka untuk membina semula kehidupan dalam persekitaran yang bersepadu dan kondusif.
“Di dalam perkampungan seluas 20 ekar tanah yang disediakan kerajaan Pahang ini, beta ingin terus membawa harapan kepada mereka yang datang dari penjara ini mengenai erti kebebasan. Kami mahu memperkasakan insan-insan ini untuk berdikari dari segi kewangan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan dan domestik,” titah Tunku Azizah.
Baginda juga mengumumkan penubuhan Persatuan Artisan Diraja Malaysia sebagai sebuah persatuan untuk mengiktiraf segelintir artisan yang mahir dan hasil usaha mereka yang lampau dan masa depan.
Ads
Berkongsi perjalanan baginda, dalam memelihara dan menghidupkan tradisi budaya, Tunku Azizah bertitah, ia bermula dua dekad lepas dengan memberi tumpuan kepada usaha perkembangan dan penjenamaan semula Tenun Pahang kepada Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi, Pekan.
“Baru-baru ini, kita telah menyertai Minggu Kraf London untuk mempamerkan Tenun Diraja Pahang kepada dunia. Beta berharap dapat mengetengahkan seni dan kraf lain seperti seni Orang Asli dan songket dalam Minggu Kraf London yang akan datang,” titah Tunku Azizah.
Tunku Azizah turut bertitah, baginda juga akan meneruskan lawatan sambil belajar ke negara-negara lain untuk menerokai dan mengenali cara negara berkenaan mengekalkan tradisi lama.
“Apabila pulang ke Pahang, beta akan gabungkan ilmu yang dipelajari ke dalam tekstil tradisional kita. Malah, reka bentuk itu telah diserapkan dalam kesemua enam persalinan pakaian yang beta pakai semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” titah Tunku Azizah.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soalan: Bagaimana seorang wanita Muslimah boleh mengelakkan pembaziran ketika membeli keperluan hari raya? Apatah lagi kini terlalu banyak barangan online dijual di sosial media seperti baju, kasut, beg tangan, dan sebagainya. Apakah tip-tip yang boleh diamalkan agar kita sentiasa beringat dan menjadi seorang Muslimah yang tidak boros, suka bersaing dan menunjuk-nunjuk. Mohon Ustazah berikan pencerahan.
Jawapan: Pembaziran diambil dari kalimah bahasa Arab iaitu “Bazzara, Yubazziru, Tabzira” bermaksud membazir atau boros. Dari sudut syarak bermaksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).
Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’:27)
Tidak dinafikan, zaman kini segala belian hanya dihujung jari. Saya sarankan agar kita menggunakan konsep “BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK”. Biarlah kita menjadi umat sederhana yang tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam semua hal.
Dalam masyarakat Islam, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Sebagaimana kelazimannya apabila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka ramailah yang sibuk membuat persiapan seperti menyediakan keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman serta bermacam lagi.
Walau macam mana sibuk pun, janganlah kita lupa kewajipan terhadap Allah SWT khususnya di akhir Ramadan iaitu membayar zakat fitrah. Ia kewajipan dan pelengkap ibadat puasa serta penutup kecacatan yang berlaku ke atas ibadat puasa yang dilakukan.
Sentiasalah bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan membazir contohnya dalam menyambut Hari Raya. Jangan terlalu ikut hati sehingga berbelanja lebih dari kemampuan dan menyusahkan diri. Jangan jadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran.
5 tip berikut dapat membantu anda agar tidak boros dalam persiapan hari raya:
FAHAMI TUJUAN SEBENAR HARI RAYA – Bagi meraikan kejayaan hamba-hamba Allah SWT yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Maka, sambutan itu biarlah atas landasan agama dan menjadi ibadah.
ELAKKAN PERSIAPAN SAAT AKHIR – Sehingga larut malam menyebabkan ada yang tidak sempat menunaikan solat Subuh dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri kerana tidak terjaga dan keletihan.Persiapan saat akhir menyebabkan kita rambang mata sehingga membeli barang-barang yang tidak perlu.
HIDUPKAN MALAM MENJELANG RAYA DENGAN DOA, ZIKIR & LAUNGAN TAKBIR – Pada malam raya pertama disunatkan untuk melaungkan takbir seterusnya membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
FOKUS PADA PAGI RAYA PERTAMA – Disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri, bukannya mandi seperti hari-hari biasa. Disunatkan juga memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menyarungkan pakaian paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias dan kemas. Sebelum ke masjid disunatkan memakan kurma dengan bilangan ganjil yang merupakan amalan Rasulullah SAW.
AMALKAN ZIARAH – Boleh bertukar juadah bagi menyatukan tali persaudaraan setelah lama tidak berjumpa. Sudah tentu amalan menziarahi kaum keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk bermaafan dan mengeratkan silaturahim.
MENJAGA BATASAN DALAM PERHUBUNGAN – Elakkan daripada dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan hukum syara’ dan berdosa seperti bersalaman dengan bukan mahram, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Ia tidak mendatangkan berkat seterusnya menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima Allah SWT dan mendapat rahmat, keberkatan serta keampunan dari Yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal’alamin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menziarahi keluarga, mangsa serta jenazah yang terlibat dalam tragedi kemalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli.
Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim merangkap Canselor UPSI.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi 9 Jun 2025 di Kilometer 53 JRTB itu mengorbankan 15 nyawa, manakala 24 pelajar UPSI dilaporkan cedera. 22 daripadanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Gerik, dan dua lagi masih dirawat di HRPB.
Amat Dukacita
Baginda berdua menzahirkan rasa amat dukacita atas kehilangan nyawa dalam kejadian menyayat hati itu.
Meskipun kematian adalah takdir Allah SWT, baginda berpendirian bahawa manusia bertanggungjawab untuk berusaha mengelak daripada bencana dan musibah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Haji Meor Hezbullah bin Meor Abd Malik sebagai menjunjung titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, baginda berpandangan banyak langkah preventif boleh dan perlu dilakukan dan menitahkan semua pihak yang berkaitan wajib menjadikan tragedi ini sebagai pengajaran, mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk dilakukan penambahbaikan terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar kejadian kemalangan yang tragik seperti ini dapat dielakkan daripada berulang.
Takziah
Dalam pada itu, baginda berdua turut merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban, khususnya ibu bapa yang kehilangan anak-anak tersayang dalam usia yang masih muda.
Baginda mendoakan agar roh para mangsa dikurniakan keampunan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan solehah, serta memohon agar ahli keluarga diberikan ketabahan dan reda menghadapi ujian berat itu.
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato’ Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri; YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak serta YBhg. Professor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI.
Salur Bantuan
Terdahulu, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad turut memaklumkan Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap waris pelajar yang terlibat.
“Kerajaan Negeri Perak sedia membantu segala perkara yang diperlukan, malah saya juga sudah minta supaya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyumbangkan khemah untuk membolehkan waris berteduh, selain makanan bungkus disediakan untuk waris dan anggota jabatan forensik.”
Sumber: FB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun Zubaidi Amir Qushairi Malik atau lebih dikenali sebagai Amir pada 29 Januari lalu benar-benar meruntun hati banyak pihak. Ramai meluahkan rasa sayu, sebak dan menangisi pemergian Amir tidak hanya dalam kalangan masyarakat bahkan selebriti dan para pemimpin. Tidak terkecuali, ia turut menarik perhatian bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Selaku individu yang pernah diberi tanggungjawab menjaga kebajikan golongan wanita, keluarga dan orang awam, perkhabaran ini nyata mengusik emosi bekas pemimpin wanita ini. Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, Tan Sri Shahrizat berkongsi rasa sedih dan berharap situasi luar jangkaan ini diselesaikan dengan segera.
“Saya harap siasatan kes penderaan yang teramat kejam hingga membawa maut ke atas kanak-kanak Zubaidi Amir Qusyairi Malek umur hanya tujuh tahun ini dipercepatkan. Sesiapa yang bertanggungjawab mesti diadilkan tidak kira ibu ke bapa tiri ke atau sesiapa. Apa pun tragedi seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang lagi.
Apa dia sebenarnya berlaku yang boleh membawa maut kejam seperti ini. Every life is precious. Kita hidup bermasyarakat. Jangan kita ahli keluarga mahupun masyarakat setempat diam membisu apabila kita nampak ada tanda-tanda penderaan terutama ke atas kanak-kanak. They are powerless.”
Kanak-kanak dipercayai mangsa dera, Zubaidi Amir Qusyairi MalekTan Sri ShahrizatKenangan turun padang bertemu masyarakatJiwa prihatin Tan Sri Shahrizat sewaktu bergelar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
Sambil memuatnaik gambar Amir yang termenung di jeriji tingkap rumah, Tan Sri Shahrizat menambah, “Setidaknya boleh maklum kepada mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat atau polis. Atau pemimpin masyarakat. Saya tahu wanita Umno di peringkat akar umbi jika mereka dimaklumkan akan membantu setidaknya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Terlalu menyayat hati membaca kes ini. Ya Allah Ya Rabb didoakan semoga roh kanak-kanak Zubaidi Amir disemadi di Jannatul Firdaus. Kanak-kanak yang suci.”
Mengikut kronologi kes, Amir telah dibesarkan oleh keluarga angkatnya selama enam tahun sebelum keluarga tersebut bersetuju untuk menyerahkan kanak-kanak bijak itu kepada ibu kandungnya sekitar Oktober tahun lalu. Namun hanya tiga bulan berada di samping ibu kandung, Amir ditemui meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa dera berdasarkan penemuan kesan lebam di tubuh badan kanak-kanak berkenaan.
Tan Sri Shahrizat di samping suami tercinta
Sementara itu, pada 17 Januari lepas Tan Sri Shahrizat turut berkongsi kegembiraannya sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Menteri pertama menerajui kementerian tersebut pada tahun 2001.
“Selamat menyambut 20 tahun penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Happy 20th Anniversary Ministry of Women, Family and Community Development. Saat yang amat bersejarah kerana dengan penubuhannya bermulalah perjuangan wanita dan keluarga secara tersusun dalam kerajaan. People change but legacies and memories remain.”
Bagaikan sudah sebati dengan kerja kebajikan, baru-baru ini Tan Sri Shahrizat dilihat turun padang membantu menghulurkan bantuan untuk Misi Bantuan Banjir di Pahang. Walau tidak lagi bergelar Menteri namun jiwa prihatin terhadap nasib masyarakat masih menjadi keutamaan.
Turun padang bantu agihan sumbangan misi banjirTurun padang bantu agihan sumbangan misi banjirMelayan karenah cucu tersayangTaman mini di kediaman Tan Sri Shahrizat
Tan Sri Shahrizat mengumumkan persaraan dari dunia politik pada Jun 2018 dengan melepaskan semua jawatan dalam peringkat parti, cawangan, bahagian dan pusat selepas 39 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan.
Selepas bersara dari arena politik, wanita berusia 66 tahun ini banyak menghabiskan masanya dengan beriadah bersama keluarga selain rajin menghias taman mini di perkarangan rumah. Beliau juga dilihat kerap berkongsi aktiviti bersama tiga cucu kesayangan.
Malah, kini Tan Sri Shahrizat juga makin rancak bercucuk tanam dan mempunyai pelbagai jenis tanaman segar. Antaranya tanaman terung, tomato, limau kasturi dan sebagainya. Itu belum lagi kira pokok-pokok bunga yang ada di kediaman beliau.
Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail dan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronok tengok hubungan akrab keluarga Dida Sinclair. Jelas terserlah kebahagiaan mereka meskipun salah seorang anak tersayang Dida iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair tiada lagi di sisi. Walau masing-masing sibuk dan sudah pun berkeluarga namun tetap ...