Tak dinafikan masyarakat di negara ini cukup risau kalau hendak ambil minuman berais. Mana tidaknya, macam-macam dakwaan negatif timbul terutamanya bila melibatkan kesihatan wanita. Lebih-lebih lagi yang sedang menyusukan anak dan sedang mengalami menstruasi. Bila minum air berais, ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan kesihatan anak yang masih menyusu dan ‘menyekat’ kitaran haid seseorang.
Terpanggil untuk menjelaskan perkara tersebut, Prof Dr Imelda Balchin yang merupakan Profesor Sakit Puan di Universiti Malaya berkongsi info berikut di laman Facebook miliknya.
“Tak payah bimbang kalau anda nak minum air ais semasa waktu datangnya haid. Air ais tidak menyebabkan darah beku dan air ais tidak menyebabkan kanser rahim. Malas bergerak, kehidupan tidak cergas, obesity, pemakanan yang tidak sihat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang meningkatkan risiko kanser rahim.”
Tambahnya lagi, “Pilihlah buah-buahan segar yang kaya vitamin dan serat untuk makanan snek petang anda, bukan biskut manis cicah Milo manis. Tambahan gula dalam minuman anda itu sangat berbahaya untuk kesihatan anda, tidak kira minuman itu panas atau sejuk. Jangan salahkan ais.”
Sambil berkongsi info bergambar yang memaparkan kadar penyakit kanser rahim di seluruh dunia, Prof Dr Imelda berkata penduduk di negara sejuk dilihat lebih terdedah menghidap penyakit tersebut meskipun kurang gemar menikmati minuman berais.
Ads
“Rakyat negara sejuk yang tak suka minum ais (sebab negara sejuk, mereka lebih suka minum teh panas dan kopi panas), terdapat lebih banyak pula kejadian kanser rahim daripada rakyat negara panas (sebab negara panas, rakyat lebih suka minum cendol ais, teh ais, kopi ais).
Risiko mereka di negara barat adalah lebih tinggi kerana masalah obesiti. Jangan salahkan ais. Kalau anda nak minum air ais, minum sajalah. Tetapi elaklah minum air ais yang tinggi kandungan gula berproses. Air kosong ais lah yang terbaik.”
Prof Dr Imelda pun aktif bersukan
Dalam pada itu, untuk memastikan masyarakat khususnya kaum wanita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat… Prof Dr Imelda menyarankan agar melakukan aktiviti bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Ads
“Bersenam mengurangkan risiko kanser. Bersenam boleh mengimbangkan hormone badan anda dan menguruskan haid yang tidak teratur. Bersenam juga mempercepatkan pergerakan usus dan inilah cara detox yang terbaik untuk usus anda.
Walaupun anda kurus, anda tiada alasan, dan anda mesti bersenam juga untuk kesihatan jangka masa panjang. Tujuan bersenam ialah untuk kesihatan, bukan untuk kurus saja. Teruskan bersenam walaupun anda kurus. Kehidupan cergas itu lebih baik untuk kesihatan usus dan boleh melindungi anda dari kanser usus.
Bersenam tu boleh buat dengan percuma saja. Tak payah pun beli produk overclaim mengarut,” jelasnya.
Ads
Jadi, lepas ni bolehlah minum air ais tanpa rasa bersalah. Cuma ingat, jangan ambil keterlaluan sebab apa-apa makanan yang diambil secara keterlaluan pun akan mendatang mudarat kepada kesihatan. Moga bermanfaat!
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersentuh tengok telatah comel dan momen istimewa Datuk Mastura Yazid di samping cucu kesayangan, Wan Khair Amir. Bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan berkeluarga, pastinya cucu menjadi ‘buah hati’ kebanyakan nenek mahupun datuk. Tidak terkecuali bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Putera sulung Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar ini tentunya menjadi cucu kesayangan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid. Apatah lagi, Wan Khair Amir adalah cucu sulung!
Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Mastura ada saja ‘terselit’ foto dirinya di samping Wan Khair Amir. Malah dalam salah satu posting, ibu tunggal empat anak ini meluahkan rasa kasih terhadap cucu tersayang.
“My love for you is infinite, my dear Khair Amir.”
Sejak pemergian suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura menggalas tanggungjawab arwah suaminya.
Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif menempuh hari-hari mendatang.
Malah, ke mana saja dia pergi pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah kemelut rumah tangga yang pernah berlaku dalam perkahwinan Rita Rudaini dan Elly Mazlein pernah mendapat liputan yang luas suatu ketika dahulu selepas bercerai dengan suami masing-masing.
Namun kini, dua nama besar dalam industri hiburan tanah air ini semakin bahagia dengan kehidupan masing-masing bersama anak tercinta.
“Selepas dapat anak, saya dah tak kisah pasal baju raya. Harapkan baju orang bagi hadiah. Kadang-kadang pakak apa yang ada je,“ luah Rita Rudaini di laman instagramnya.
Apa yang menyentuh hati seorang ibu tunggal ini ialah anak-anaknya itu langsung tidak kisah dan tidak meminta-minta.
“Mungkin tuhan nak bagi saya dengan cara yamg macam ni,“ tambahnya lagi.
Dalam pada masa yang sama, Rita sempat meninggalkan pesan untuk rakan artisnya, Elly Mazlein agar sentiasa tabah dan bersabar mengharungi kehidupan yang sama sepertinya.
“Buat Elly Mazlein, tak perlu hairan kalau ayah mereka tak bagi baju raya. Doa banyak-banyak supaya kita anak beranak dijauhi manusia munafik dan didiklah anak kita sebaik-baiknya.
Bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal dan pada masa yang sama membesarkan anak-anak seorang diri. Namun, Rita Rudaini dan Elly Mazlein mampu membuktikan diri mereka mampu untuk memikul tangunggjawab yang besar ni.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Segala teka teki berhubung keretakan rumahtangga pelakon dan pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof akhirnya terlerai apabila beliau akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya, Ira Kazar, hari ini. Selepas lama berdiam diri, dia mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan dan bernikah secara sah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran.
Kredit foto: Berita Harian
Malah Syamsul menjelaskan spekulasi berhubung pernikahan itu berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya menerusi video itu.
Difahamkan, Syamsul kini berada di Thailand. Syamsul berkata, Puteri Sarah Liyana masih isterinya yang sah meskipun terdapat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh aktres berkenaan sebelum ini.
Kredit foto: Berita Harian
Meninjau laman Instagram Puteri Sarah pula, dia turut memberikan komen berhubung penjelasan Syamsul Yusuff yang sudah berkahwin dengan Ira Kazar. “But apa-apa pun, TAHNIAH sebab akhirnya mengaku dan berdaftar. Selepas dah berbulan nikah di Thailand kan.”
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.