Giat Aktif Dalam Misi Kemanusiaan, MIZZ NINA Dianugerah Ikon Aktivis Bersempena Maulidur Rasul

Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini yang disambut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Kredit Foto: Harian Metro

Selebriti berkenaan yang nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.

Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria bersama-sama dengan peminat dan pengikutnya di media sosial Berita baik itu turut dikongsikan dalam laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hari ini menerusi hantaran di Instagram @myjakim.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon yang terpilih. Meninjau Insta Story Mizz Nina, Mizz Nina dilihat turut memuat naik paparan senarai anugerah di samping menulis potongan ucapan terima kasih kepada semua termasuk pihak Jakim, peminat serta rakan-rakan selebriti.

 

IKLAN
Share