
Patutlah Aishah Sinclair sentiasa tampil jelita dan bertenaga! Aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersenam orangnya. Meniti usia 40an, penampilan penyampai radio dan pengacara popular ini yang langsing dan anggun sentiasa menjadi perhatian khalayak.
Ditambah pula dengan rupa paras cantik yang dimiliki Aishah, tak puas mata memandang.
Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Mohamed Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu.
Adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini mendirikan rumah tangga dengan Shaikh Abdul Shahnaz pada 8 Januari 2006. Tahun ini genap 19 tahun usia perkahwinan pasangan romantis berkenaan.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-19 yang lalu, Aishah menitipkan rasa syukur terhadap suami tercinta.
“19 years older and hopefully wiser. Happy anniversary Shaikh Shahnaz, everyday is a blessing with you in it.”
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
15 Ogos lalu, Aishah menerusi media sosial berkongsi foto dirinya di samping anak sulung bersempena ulang tahun kelahiran permata hati kesayangan yang ke-15.
Wajah comel Soraya yang meningkat usia remaja menjadi tumpuan warga maya khususnya dalam kalangan followers Aishah.
Daripada gambar yang dikongsikan, gadis ini seorang yang periang dan suka tersenyum. Ternyata, Soraya mewarisi sikap ibu tersayang.
Selain Allahyarham Ashraf, Aishah juga mempunyai seorang lagi adik lelaki iaitu Adam Sinclair yang merupakan suami penyanyi Yuna.
Difahamkan Aishah gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu.
Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai pelbagai aktiviti marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun.
Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp.
This website uses cookies.