
Genap seminggu penyanyi dan pelakon cantik, Wani Kayrie berada di tanah suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.
Wani Kayrie meluahkan kesyukuran apabila segala urusan dan perjalanan ibadah berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Selesai umrah pertama. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan kami sekeluarga. Terima kasih semua yang mendoakan kami.”
Pengalaman pertama menunaikan ibadah umrah pastinya meninggalkan kenangan manis buat penyanyi berusia 25 tahun ini.
Terserlah seri di wajahnya yang polos. Tenang dan sejuk mata memandang.
Memetik beberapa momen perjalanan umrah Wani Kayrie baru-baru ini.
Salah satunya momen terindah buat Wani Kayrie ialah berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW di Mekah.
BACA JUGA: Tahun Akhir Pengajian WANI KAYRIE Terus Cemerlang, Raih Anugerah Dekan Lagi. Inspirasi!
Kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan apatah lagi ketika melakukan umrah kali pertama.
“Syukur untuk berada di sini pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW. Salam Maulidul Rasul.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat menitipkan kesyukuran dan memuji raut wajah Wani yang kelihatan berseri-seri.
Ada juga yang mengharapkan agar Wani kekal istiqamah dan kekal dengan imej bertudung.
“Bersyukur tengok Wani dapat rezeki ke sana… Allahuakbar… sempurna tengok Wani.”
“Alhamdulillah…. Berseri-seri hajah wani ni…”
“Alhamdullilah syukur bila balik umrah jaga berhijab istiqamah inshaAllah adik.’
This website uses cookies.