Sejuk perut ibu mengandung bila pengorbanannya dibalas oleh kejayaan anak-anak, tidak kiralah dalam karier mahupun akademik. Atlet terjun wanita negara Ng Yan Yee mendedikasikan pingat emas yang baru dimenanginya pada Sukan SEA ke-31 buat ibu tercinta. Ia sebagai ‘hadiah’ paling bermakna bersempena Hari Ibu tahun ini.
Menurut Yan Yee, ibunya antara insan terpenting serta ‘tulang belakang’ kepada perjalanan kariernya sebagai seorang atlet.
Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) jurusan pemakanan ini menyatakan, pencapaian yang dilakarnya itu juga dikhaskan kepada semua ibu seluruh dunia yang banyak berkorban demi melihat anak mereka berjaya.
TEPATI RAMALAN Temasya Sukan SEA ke-31 berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional Vietnam. Atlet berusia 29 tahun ini menepati ramalan menewaskan tujuh pencabar lain untuk membawa pulang emas, sementara rakan senegara Ong Ker Ying meraih pingat perak dan gangsa milik wakil Singapura Fong Kay Yian.
Yan Yee menyumbangkan pingat emas kelima kontinjen negara. Ia adalah emas kedua peribadinya di temasya sukan dwitahunan itu selepas menjuarai acara 3m papan anjal seirama bersama gandingan Ker Ying.
Yan Yee dinobatkan juara apabila mengumpul keseluruhan 270.60 mata menerusi lima terjunannya, diikuti Ker Ying (242.40 mata). Malaysia menyasarkan menyapu bersih lapan pingat emas acara terjun yang ditawarkan pada Sukan SEA kali ini, untuk mengulangi pencapaian edisi 2019 di Filipina yang menyaksikan kem terjun membolot kesemua empat pingat emas dipertandingkan
Yan Yee berkata beliau belum memikirkan perancangan pascatemasya Sukan SEA ke-31, namun telah memikirkan mengenai persiapan menghadapai Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary bulan depan dan Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang dijadual bermula dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
“Saya akan teruskan latihan dan belajar macam biasa. Kita lihat bagaimana sebab pandemik semuanya berubah dan Sukan Asia 2022 juga ditangguhkan. Jadi, selepas ini kita hanya berlatih untuk Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia.”
Kredit: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyampaian Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sentiasa ‘melekat’ di hati pendengar dan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Ternyata beliau memiliki aura tersendiri!
Terkenal dengan kepetahan dan lontaran suara penuh kelembutan, Ustazah Datuk Dr Norhafizah menjelaskan penglibatan beliau di pentas dakwah dan motivasi bermula sejak hampir 25 tahun yang lalu sejurus pulang dari Jordan.
Waktu itu beliau sedang mengikuti perlatihan korporat sebagai master trainer dan bernaung di dua buah syarikat iaitu Airborne Discovery dan DMA Training & Consultant.
Faktor utama yang membuatkan beliau terdetik untuk menceburi bidang ini adalah kerana minat. “Alhamdulillah, minat dan keazaman untuk menyebarkan ilmu memang tinggi dari awal lagi. Saya memang suka tengok orang memberi inspirasi dan ceramah. Ia buat saya turut rasa ada idea untuk bercakap.
Saya juga didorong dengan rasa kasih dan ingin membantu. Saya percaya kata-kata boleh jadi hikmah yang membina azimah, bukan setakat kata-kata tapi solusi untuk membantu cara berfikir yang baik dan membina keyakinan yang sahih dalam diri.
Dari situ, semuanya akan terus mendaki kepada perkara lebih baik. InsyaAllah. Saya juga suka membaca, kalau pergi kedai buku rasa macam-macam buku nak beli. Juga suka dengar ceramah para sheikh dalam Youtube.
Kalau zaman dulu saya beli CD dan kaset. Jadi rasa nak sangat sharing dengan orang ramai apa yang kita tahu, kita fahami dan kita dengar. Macam mana semua itu membantu saya untuk menjalani kehidupan, demikian jugalah saya harap orang lain akan dapat manfaat.”
Allahu, ‘cantiknya’ hati dan niat murni Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Pendek kata, apa sahaja ilmu yang diperoleh beliau mahu berkongsi kebaikan tersebut dengan lebih ramai orang.
“Jiwa seni dalam diri saya agak kuat. Dari kecil lagi dah suka dengan seni suara. Masuk nasyid, qasidah, berzanji, musabaqah tilawah Al-Quran hingga kebangsaan dan alhamdulillah masa Tingkatan 3, saya menjadi juara kebangsaan kategori menengah perempuan.
Saya suka mengamati sesuatu. Mungkin dek sebab itu mudah rasanya menulis lirik lagu. Jadi minat pula mencipta lirik, Menyusun melodi lagu. Alhamdulillah.
Tapi taklah beriya sangat. Cuma baru ni, saya buat program online, Mihrab Coaching. Jadi setiap course ada tema yang berlainan. Jadi lahirlah lagu-lagu tema seperti Mihrabku, Ku Seru NamaMu, Qalbun Saleem, Till Jannah, Kerinduan Ya Rasulullah dan lagu Madinatul Huffaz juga. Bila dengar lagu atau nasyid, saya nak dengar kedalaman liriknya diadun dengan keindahan melodi.”
Yang pasti, individu paling banyak memberi pengaruh besar dalam hidup Ustazah Datuk Dr Norhafizah sehingga berjaya hari ini ialah kedua-dua ibu bapa beliau sendiri. “Mak abah sentiasa bagi galakan.
Dari kecil saya dah dibiasakan menyertai macam-macam pertandingan termasuklah pertandingan bercerita, baca berita, nasyid, syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab. Memang stress masa kecil dulu sebab asyik duduk depan orang ramai.
MashaAllah, rupa-rupanya itu latihan dan didikan terbaik untuk saya. Mak abah akan sentiasa bimbing saya untuk berada di hadapan khalayak. Malah mengajar doa untuk tenangkan hati dan tak putus-putus bagi nasihat serta teguran positif.”
Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua pasti sudah mengenali Harnaaz Sandhu yang dinobatkan Miss Universe pada tahun lepas. Dan untuk tahun 2022, India tidak terkecuali menghantar wakilnya seperti tahun-tahun sudah. Apatah lagi rekod prestasi India sudah pun memenangi pertandingan Miss Universe itu sebanyak 3 kali sepanjang penglibatannya.
Dan untuk tahun ini, apakah wujud peluang sama untuk India mengulangi kejayaan Harnaaz Sandhu? Ini semua terletak pada bahu gadis 23 tahun, Divira Rai yang baru-baru ini dinobatkan Miss Universe India dan akan bersaing dengan negara-negara lain bagi merangkul mahkota yang diidamkan.
Namun siapakah Divita Rai? NONA singkapkan beberapa fakta menarik tentang dirinya.
1. Divita Rai merupakan seorang arkitek dan model yang lahir di Karnataka, India.
2. Divita telah menukar sekolahnya selama enam kali kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja.
3. Divita juga merupakan seorang yang aktif bersukan, dan meminati sukan badminton dan bola jaring.
5. Divita pernah melanjutkan pelajaran di Sir J. J. College of Architecture di Mumbai, salah satu kolej senibina terkemuka di India.
6. Divita juga seorang yang suka mencabar diri dan menyertai perlbagai pertandingan ratu cantik, malah pernah menyertai pageant bersama-sama dengan Harnaaz di pertandingan Miss Diva 2021, di mana dia mendapat tempat ketiga.
Semoga maju jaya diucapkan kepada Divita. Kongsikan dengan kami, anda rasa mampukah Divita mengulangi kejayaan Harnaaz? Sama-sama kita nantikan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!