Berita duka mengakhiri operasi menyelamat seorang budak lelaki Maghribi, Rayan Awram, yang terperangkap dalam sebuah lubang perigi sempit sedalam 32 meter.
Lebih menyayat hati, Rayan sebenarnya telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.
Ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, sebelum itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan terus menaiki ambulans tanpa sebarang bicara.
Foto: BBC News
Ibu bapa arwah, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh
Ambulan yang membawa tubuh si kecil
Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya. Berita menggemparkan ini disahkan Istana Diraja Maghribi sebentar tadi.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan paru-paru dan tulang belakang.
Ads
MISI PENYELAMATAN
Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam perigi tersebut sejak malam Selasa lepas apabila mengikut bapanya, Khalid Awram membersihkan kawasan.
Insiden berlaku di Kampung Ighran yang terpencil, terletak di wilayah Chefchaouen di Maghribi.
Ads
Usaha-usaha menyelamat Rayan sebelum ini menarik tumpuan dunia dengan kebanyakan pengguna media sosial menggunakan hashtags #saverayan sebagai tanda prihatin.
Kru penyelamat telah dikerahkan menggali kawasan berdekatan perigi tersebut selain mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan topografi untuk mencari kaedah terbaik dan paling selamat mengeluarkannya.
Ads
Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.
Adik Rayan
Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan.
Selama berhari-hari pasukan perubatan dan anggota keselamatan berada di lokasi untuk mengejarkan Rayan ke hospital sebaik dia dibawa keluar.
Berita menyayat hati ini jelas menyentuh hati majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan misi penyalamatan Adik Rayan di media sosial.
Banyak ucapan takziah dan kiriman doa mengiringi berita memilukan hati itu termasuk pihak pengendali twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden acara sukan tinju Olimpik Paris 2024 di antara atlet Itali, Angela Carini dan petinju kelahiran Algeria iaitu Imane Khelif pada 2 Ogos lalu menjadi bualan di media sosial hingga ke hari ini.
Ia tercetus selepas tindakan Angela yang menyifatkan Imane Khelif seorang lelaki sehingga dia tidak mampu menahan tumbukan terlalu kuat daripada wanita Algeria tersebut semasa di gelanggang dalam tempoh hanya 46 saat.
Meskipun kemenangan berpihak kepada Imane namun dia terpaksa berdepan dengan situasi yang menjejaskan mental dan fizikalnya apabila dihambur dengan kata-kata negatif serta menjadi mangsa siber buli kerana dikatakan membawa jantina lelaki.
Antara yang mengecam penyertaan Imane Khelif dalam Olimpik Paris 2024 ialah penulis novel Harry Potter, J K Rowling.
Bagaimana pun Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, Thomas Bach menegaskan Imane dilahirkan dan dibesarkan sebagai wanita, mempunyai pasport wanita dan telah bertanding sebagai atlet wanita sejak bertahun-tahun lamanya.
Jantina Imane Khelif menjadi persoalan kerana ujian kelayakan gender oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) pada tahun 2023 melaporkan ujian genetik petinju ini menunjukkan kromosom XY.
Menurut pandangan pakar, Imane Khelif mungkin tergolong dalam kategori DSD 46 XY dengan kekurangan hormon 5 alpha-reductase yang ketika dilahirkan mereka boleh mempunyai alat kelamin wanita atau ambiguous kerana itu mereka dibesarkan sebagai wanita.
Namun ketika baligh, level androgen tinggi yang menyebabkan hormon testosterone meningkat menyebabkan mereka mempunyai kelebihan fizikal seperti lelaki.
Menelusuri latar belakang wanita ini, Imane Khelif dilahirkan di Tiaret pada 2 Mei 1999 dan kini berusia 25 tahun. Memiliki ketinggian 178 sentimeter, dia pada 1 Januari lalu dilantik sebagai duta UNICEF Algeria.
“I am very proud to be the ambassador of good intentions for UNICEF here in Algeria with my brother Ismail bin Nasser, where this humanitarian work is an honor for us and our responsibilities towards the children of Algeria and the children of the south, especially the remote areas, since I was raised in this environment and I know it well.
There are many children who need support and we are ready to provide everything that Algeria children need. Thank you to the UNICEF representative in Algeria who gave me this honor.”
Meninjau Instagram Imane Khelif, sehingga kini dia mempunyai lebih sejuta followers di media sosial dan rata-rata mereka menyokong karier sukan tinju atlet ini.
Nama Bruce Jenner sememangnya popular dalam arena sukan dan juga hiburan di Amerika Syarikat. Sebelum terlibat dalam siri ‘Keeping Up With The Kardashian’ yang melibatkan beliau, bekas isteri, dua anak kandung dan juga empat anak tirinya, Bruce merupakan seorang yang dihormati di dalam area sukan di Amerika Syarikat. Beliau yang memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik bagi acara decathlon pada tahun 1976 dianggap sebagai ‘All-American Hero’ kerana bagi memenangi pingat ini beliau perlu melalui beberapa cabaran sukan. Ekoran kemenangannya dia menjadi selebriti terkenal lantas terlibat dengan program-program televisyen yang mengangkat lagi namanya.
Bruce Ketika Muda
Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan kesemuanya berakhir dengan penceraian. Isterinya yang terakhir adalah Kris Jenner yang merupakan ibu kepada selebriti terkenal Kim Kardashian yang juga merupakan anak tirinya. Melalui perkahwinan ini mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Kendall Jenner dan Kylie Jenner. Melalui dua perkahwinannya yang terdahulu Bruce memiliki empat lagi anak kandung iaitu Cassandra Marino, Burton Jenner, Brandon Jenner dan Brody Jenner.
Bruce Bersama Anak Lelakinya Dari Dua Perkahwinan Pertama. Dari Kiri, Burton, Bruce, Brody & BrandonBersama Isteri Dan Anak Tiri Serta Anak kandungnya
Perubahan kepada Bruce mula dilihat di dalam siri ‘Keeping Up With The Kardashian’ lagi menerusi perubahan muka dan juga pembedahan plastik yang dilakukannya. Akhirnya pada bulan April 2015, lelaki yang dilahirkan pada tahun 1949 ini mengumumkan proses penukaran jantinanya dan sekaligus menukar nama secara rasmi kepada Caitlyn Marie Jenner. Jom kita lihat gambar-gambarnya selepas menjalani transformasi dan juga pembedahan jantina.
Gayanya Di Pertunjukan Fesyen Victoria Secret
Perubahan yang dilakukan olehnya sangat mengejutkan dunia apatah lagi beliau sebelum ini memang terkenal dikalangan wanita ketika zaman kegemilangannya. Namun menurutnya, konflik yang berada di dalam dirinya ini telah lama di pendam dan sudah tiba masanya dia menjadi diri sendiri. Kini dia merupakan seorang aktivis transgender terkenal. Terkejut bukan? -Fiezreen Ahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, macam tak percaya buah jambu batu mengandungi vitamin C paling tinggi berbanding buah-buahan lain. Selama ini kalau nak cepat dapat vitamin C memang makan buah limau saja. Rupa-rupanya, ada lagi buah yang lebih hebat kandungan vitamin C. Buah tempatan pula tu! Terima kasih kepada Prof Dr Imelda Balchin sebab merungkaikan misteri buah jambu batu yang pastinya ramai masih tak tahu.
Sebagai pengetahuan bersama, vitamin C merupakan vitamin penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan. Antara sebab anda perlu mendapatkan vitamin ini adalah disebabkan 6 hal berikut.
Pembentukan protein untuk membuat kulit, tendon, ligamen dan saluran darah
Menyembuhkan luka dan memulihkan parut
Memperbaiki dan mengekalkan tulang dan gigi
Ia juga penting sebagai anti oksidan yang berperanan menyekat kerosakan sel tubuh setelah terdedah kepada bahan kima berbahaya seperti asap rokok atau radiasi
Tanpa anti oksidan, proses penuaan jadi semakin pantas, penyakit jantung, arthritis (penyakit sendi) dan kanser
Tubuh manusia TIDAK dapat menghasilkan vitamin C secara semula jadi. Oleh itu ia perlu diserap melalui sumber tertentu terutamanya daripada buah-buahan
Buah Jambu Biji
KHASIAT JAMBU BATU
Selain buah jambu batu, buah-buahan tempatan lain yang kaya dengan vitamin C adalah betik, tembikai, nanas dan mempelam
Sebagai contoh, setiap 100 gram jambu biji memberikan 380 % daripada keperluan harian vitamin C
1 per 4 jambu batu sudah cukup untuk menampung keperluan vitamin c harian yang diperlukan tubuh
Mudah sebenarnya nak dapat vitamin C. Lagi pun harga bagi sebiji jambu batu berharga dalam lingkungan RM1.50 ke RM 2 saja.
Sumber: Facebook Prof Dr Imelda Balchin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!