Kembali ke realiti. September ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi negara pulih secara berperingkat dan kebanyakan yang bekerja di rumah kembali bertugas di pejabat. Masa untuk bersinar dan melangkah lebih jauh, ayuh semak dulu persiapan kecantikan terbaharu ni!
Ciptakan semula penampilan yang lebih bertenaga, segar dan muda. Memandangkan SOP pelitup muka terus menjadi norma baharu di tempat kerja, berikan tumpuan lebih kepada bahagian sekitar mata yang kebiasaannya cepat ditandai penuaan.
Tip 1: Buat transformasi kulit ketika tidur
Usah buang masa, mengapa tidak dirawat kulit wajah ketika anda berehat? OLEHENRIKSEN memperkenalkan Dewtopia 20% Acid Night Treatment, serum terbaharu yang berkuasa menyingkirkan kulit kusam dalam satu malam.
Campuran 20% asid terdiri AHA (10%) dan PHA (10%) mampu menjelmakan kulit yang lembut, sekata dan berseri-seri pada waktu pagi.
Magis serum dari rumusan birch sap, cotton water dan aloe juice
Tip 2: Atasi kedutan mata
Serlahkan pandangan yang menawan di sebalik pelitup muka. Setiap hari, oleskan Clarins Double Serum Eye ini untuk melicinkan kedut, mengurangkan sembap bawah mata dan lingkaran gelap sambil melindungi kulit mata yang sensitif.
Ads
Ia juga diperkaya dengan Anti-Pollution Complex untuk membantu melindungi kulit daripada kesan sampingan blue light.
Dirumus dengan 13 ekstrak tumbuhan termasuk wild chervil dan kunyit
Tip 3: Litupan penuh bawah mata
Selepas mengoles serum, jangan lupa litupi dengan Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener. Walaupun mempunyai tekstur ringan, namun ia cukup mampan untuk litupan penuh dan berpanjangan, sekaligus melembap dan mencerahkan daerah bawah mata yang gelap.
Infusi HydraBlend Complex tidak membuatkan bawah mata berkerak
Ads
Tip 4: Bulu mata melentik
Sesuai untuk semua jenis bulu mata, Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara ini sememangnya untuk anda. Menurut pengasasnya iaitu selebriti Selena Gomez, beliau percaya maskara ini adalah ‘starting point’ terbaik.
Formula maskara yang melentik, memanjangkan dan menebalkan bulu mata menjadikan ia sempurna di setiap sudut.
Kombinasi berus maskara ini membantu mengelakkan bulu mata bergumpal
Tip 5: Pakai produk kulit berasaskan berlian
Ads
Apabila mula bekerja, penjagaan kulit harus menjadi keutamaan lebih-lebih lagi yang bekerja di bawah pendingin hawa. Rangkaian ACELABS Lumiere Diamond yang dihasilkan daripada serbuk berlian sebenar ini antara yang efektif untuk kecantikan.
Menariknya, fungsi pintar SMART membantu mengatasi tanda penuaan, mampu meresap jauh ke dasar kulit dan menyerlahkan kompleksi yang muda remaja.
Didatangkan dalam set serum Diamond Drop, pencuci muka, esen, krim dan mask
EKSTRA!
Bagi meningkatkan lagi penjagaan kesihatan anda di tempat kerja, jenama Skin Inc menyarankan anda membawa beg perlindungan COVID yang berisi semua keperluan penting.
Bawa beg perlindungan yang boleh memuatkan semua keperluan ini
Antara yang mesti diisi adalah hand sanitizer, serum muka dan mask liner, selain faceshield, semburan sanitasi, tisu basah dan sebagainya. Lengkap dalam satu beg Skin Inc!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin menginjak dewasa makin terserlah cantik anak gadis bintang Bollywood ini. Tak dinafikan, Nysa Devgan saling tak tumpah mewarisi kejelitaan ibu tersayang. 20 April lalu, puteri kesayangan Kajol dan Ajay Devgan ini genap mencecah usia 22 tahun.
Nysa merupakan anak sulung daripada dua beradik kepada Kajol dan Ajay. Bersandarkan status sebagai anak selebriti, dia tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi Nysa sering tampil dengan imej seorang wanita matang dan seksi.
Tidak sekadar memiliki penampilan yang menawan, dia juga bertuah kerana dikurniakan sepasang mata bundar, rambut ikal, hidung mancung dan paling menarik perhatian ialah senyuman manisnya. Memang boleh buat orang ‘cair’!
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-22, Kajol berkongsi wajah terkini anak tersayang yang memukau dalam persalinan dress rona kuning cair. Terpancar pesona Nysa Devgan!
Titip selebriti berusia 51 tahun berkenaan, “Am I her blueprint or is she mine? Can’t really tell now. So much to learn from you always. May the sun always shine for u and may the wind always blow through your rock star hair in the right way. Love love love you my darling girl!”
Sementara itu, Ajay Devgan turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan manis buat anak tersayang sambil memuat naik gambar mereka ‘selfie’ bersama.
“Selfies only happen because Nysa wouldn’t take no for an answer. Thank you for always capturing memories…Happy Birthday, my baby! Love you endlessly.”
Aura Nysa Devgan
Meskipun populariti Nysa sebagai anak kepada selebriti terkenal tidak seglamor anak Shah Rukh Khan, namun rata-rata peminat di sana terpikat dengan ciri-ciri yang dimiliki wanita ini.
Melihat Nysa sahaja sudah mengingatkan peminat kepada kecantikan asli ibunya. Dia juga sering kelihatan di majlis-majlis hiburan dan kebajikan yang disertai kedua-dua ibu bapa.
Pelakon Kuch Kuch Hota Hai ini berkahwin dengan Ajay pada 24 Februari 1999 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa dan seorang anak lelaki yang diberi nama Yug Devgan.
Nysa dilahirkan pada 20 April 2003 dan ketika masih di dalam kandungan, Ajay memasang hasrat untuk menamakan bayi perempuan mereka dengan nama Nysa yang bermaksud ‘Goddess of purity’.
Ketika Nysa dilahirkan, Kajol memberi tumpuan penuh terhadap perkembangan anaknya itu dan menolak sebarang tawaran berlakon memandangkan dia pernah mengalami keguguran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum komitmen pemain tenis, Elina Svitolina terhadap kerjaya. Mana tidaknya, baru enam bulan bersalin anak sulung dia dikhabarkan sudah kembali aktif ke gelanggang dan menyertai kejohanan dunia.
Lebih mengagumkan, penampilan pemain tenis profesional kelahiran Ukraine ini meraih pujian peminat sukan apabila dia kembali langsing selepas melahirkan anak.
Melihat susuk tubuh Elina, pasti ada yang tak percaya jaguh sukan ini sudah pun bergelar ibu. Sebagai atlet pastinya dia lebih memahami cara untuk menurunkan berat badan dan kekal berstamina.
Elina selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Skai Monflis pada Oktober 2022 hasil perkahwinannya bersama Gael Monfils yang juga pemain tenis profesional kelahiran Perancis.
Wanita ini juga mendedahkan suaminya melakukan tugas mengurus anak mereka apabila dia menyertai kejohanan. Ini selepas Gael mengalami kecederaan kaki ketika Canadian Open dan direhatkan selama tujuh bulan.
Kemunculan Elina bukan hanya dinanti-nantikan bahkan pada 11 Julai lepas dia berjaya menewaskan pemain tenis wanita nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam misi memburu kemenangan Wimbledon.
Memetik kenyataan Elina dalam portal Inquirer Sports, perjuangannya di gelanggang kali ini membawa maksud lebih besar untuk anak tersayang dan juga negara tercinta, Ukraine yang dilanda perang dengan Rusia sejak Februari 2022 hingga sekarang.
Dia sebelum ini pernah menduduki ranking ketiga kini berada di tangga ke-76 selepas berehat untuk berkahwin dan hamil.
Nak hidup sihat dan ceria, kena rajin bersenam! Amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Julie Rhee yang juga isteri Jehan Miskin ini memang patut dijadikan panduan. Tidak hairanlah wanita kelahiran Korea Selatan ini sentiasa tampil sihat dan ramping.
Malah, dia juga tidak lekang dengan senyuman. Sekaligus membuatkan Julie atau nama sebenarnya Julie Camelia Rhee dilihat seorang wanita yang ceria, mudah didekati dan berfikiran positif.
Agak lama tak dengar khabar dan tonton lakonan pelakon kacak, Jehan Miskin di kaca televisyen.
Bagaimana pun di laman media sosial, Jehan kelihatan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata lelaki mereka.
Menerusi perkongsian Jehan, dia sekeluarga dan ibu mentua menyambut 1 Syawal lalu di Thailand dan menikmati percutian di Pai, Thailand.
Terserlah wajah bahagia seisi keluarga ini melancong ke negara Gajah Putih berkenaan yang sarat dengan keindahan alam semula jadi. Meskipun sedang bercuti, Julie tetap aktif melakukan rutin yoga.
Difahamkan Julie merupakan guru yoga di Kuala Lumpur dan bertugas sebagai krew pakaian sukan Korea iaitu Xexymix Malaysia. Dia juga ‘Legacy Ambassador’ bagi jenama Lululemon.
Ibu kepada seorang anak ini berusia 39 tahun dan bergelar isteri Jehan Miskin pada Mei 2013. Tahun ini usia perkahwinan Julie dan Jehan bakal melangkau 11 tahun.
Pasangan ini dilaporkan menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat dan menerima kehadiran anak sulung yang diberi nama Axel Nova Rhee pada 20 Februari 2021.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.