Gaya Hidup

AMITABH & JAYA BACHCHAN Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 50, Ini Rahsia Kebahagiaan Mereka!

Pasangan pelakon legenda Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 hari ini, 3 Jun 2023. Kedua-dua mereka melangsugkan perkahwinan pada tahun 1973.

Pada ulang tahun hari penuh istimewa ini, anak perempuan mereka Shweta Bachchan memuat naik potret lama Amitabh dan Jaya dirakam dalam set salah satu filem gandingan mereka. Dalam gambar vintaj itu, Jaya dilihat memakai sari, manakala Amitabh Bachchan memakai baju bercorak dan seluar putih.

Sehingga kini, perkahwinan mereka kekal bahagia dan terhindar daripada gosip dan khabar angin. Apa agaknya rahsia kebahagiaan rumahtangga mereka?

Shweta mendedahkan “Apabila ditanya apakah rahsia perkahwinan yang kekal lama, ibu saya menjawab: rasa cinta yang tak berbelah bagi, dan ayah saya pula menjawab: isteri sentiasa betul.”

Gambar yang dimuat naik Shweta mendapat maklum balas dan kata-kata manis daripada saudara mara artis dan serta netizen. Ramai diantara mereka mengucapkan tahniah dan turut mengirimkan doa untuk pasangan suami isteri kesayangan Bollywood itu agar kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Pasangan selebriti Bollywood ini sudah lama menjadi idola dan kekal menjadi salah satu pasangan inspirasi di India.

Amitabh Bachchan bertemu dengan Jaya ketika mereka berdua terlibat cinta lokasi dalam sebuah film Bollywood yang berjudul Do Anjaane (1976).

Amitabh dan Jaya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Abhishek Bachchan dan Shweta Bachchan Nanda dan kini mereka memiliki tiga orang cucu iaitu Agstya Nanda, Navya Naveli Nanda, dan Aaradhya Bachchan.

Tak hairanlah, setelah 50 tahun melayari bahtera perkahwinan,  rumah tangga Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan kekal hingga ke saat ini.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share