Ibu bapa muda yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sering mengeluh sukar untuk memberi ruang mendidik anak-anak mereka yang masih kecil.
Terkesan dengan dunia pendidikan era persekolahan yang semakin mencabar sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ibu bapa kini.
Namun, kepesatan era dunia digital telah membawa kemudahan kepada ibu bapa moden mendidik anak-anak. Pelbagai inovasi dalam perisian dan teknik mendidik anak-anak telah tercipta.
Buku Solat Interaktif 3D AR Yang Pertama Di Malaysia
Tugas mendidik anak-anak mendirikan solat tidak boleh dilepaskan kepada ustaz dan ustazah di sekolah sahaja. Sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk mengajar anak-anak rukun-rukun dalam solat.
Tugas menerangkan dan mengajar anak-anak tentang solat yang betul lebih mudah dengan kehadiran dua buah buku iaitu Belajar Solat Bersama Ummi; Panduan Lengkap Solat Lelaki dan Belajar Solat Bersama Ummi; Panduan Lengkap Solat Perempuan.
Buku terbitan Kids Prima dengan kerjasama Hud-Hud Media menampilkan buku Belajar Solat Bersama Ummi iaitu buku solat eksklusif yang menggunakan teknologi 3D Augmented Reality (AR) yang pertama di Malaysia. Buku belajar solat ini sesuai dijadikan bahan bacaan atau rujukan untuk kanak-kanak.
Buku belajar solat ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara berwuduk dengan sempurna, bacaan di dalam solat berserta terjemahan dan pergerakan solat secara terperinci daripada permulaan solat hingga selesai solat. Penerbitan buku ini telah disemak oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Karangkraf.
Ads
Istimewa sekali, dengan elemen 3D AR membolehkan pembaca melihat sekali gus mendengar dengan jelas bacaan dan pergerakan solat di dalam buku ini. Buku belajar solat ini mempunyai elemen 3D AR untuk bahagian rukun solat.
Ibu bapa hanya perlu memuat turun Aplikasi Jom Belajar Solat Bersama Ummi secara percuma di Play Store atau App Store. Arahan ringkas disertakan di dalam buku ini.
Paling istimewa, jika peranti mudah alih pembaca berada dalam mode offline, aplikasi ini masih boleh digunakan. Aplikasi ini tidak memerlukan data internet untuk digunakan bersama buku.
Selain itu, dalam aplikasi Jom Belajar Solat Bersama Ummi, turut diselitkan info Belajar iaitu penerangan secara ringkas mengenai wuduk dan solat. Bahagian solat pula terdapat info mengenai waktu-waktu solat dan rukun solat berserta audio.
Buku Belajar Solat Bersama Ummi ini berharga RM20.00 untuk Semenanjung dan RM23.00 untuk harga di Sabah dan Sarawak. Boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau secara online di Karangkraf Mall.
Ads
Siri Didi & Friends
Buku cerita bergambar Didi & Friends ini juga adalah buku cerita eksklusif yang pertama menggunakan aplikasi 3D Augmented Reality (AR) di Malaysia.
Buku terbitan Kids Prima dengan kerjasama Digital Durian dan Astro mempunyai empat judul iaitu Mon Ke Sekolah & Main Dengan Buku, Hari Sukan & Lembu Pak Atan, Terima Kasih Bintang & Bobot Belajar Menari dan Ikan Nana & Kwek Dalam Bahaya.
Menerapkan tagline ‘Baca, Belajar dan Bermain’ membolehkan ibu bapa menerapkan minat suka membaca dan belajar sambil bermain dengan aplikasi AR.
Ads
Melalui kehadiran suara Didi, Nana dan Jojo dengan audio yang jelas membuatkan buku ini semakin menarik. Melodi yang rancak turut dijadikan pilihan permainan interaktif untuk buku ini. Buku ini menampilkan dua cerita di dalam satu buku.
Arahan ringkas disertakan di dalam buku. Pembaca hanya perlu memuat turun Aplikasi Didi & Friends PlayBook secara percuma di PlayStore atau AppStore.
Terdapat 6 logo untuk permainan interaktif 3D AR yang bersesuaian dengan setiap jalan cerita. jika peranti mudah alih pembaca berada dalam mode offline, aplikasi ini masih boleh digunakan. Aplikasi ini juga tidak memerlukan data Internet untuk bermain.
Aplikasi Didi & Friends Playbook juga menawarkan pembelian buku cerita bergambar Didi & Friends secara online iaitu terus ke link Karangkraf Mall. Terdapat juga senarai cerita berserta sinopsis ringkas yang tertera pada aplikasi ini.
Setiap buku ini berharga RM15.00 untuk Semenanjung dan RM18.00 untuk harga di Sabah dan Sarawak. Anda boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran atau secara online di Karangkraf Mall.
Perlu diingatkan kepada pembaca dan pengguna aplikasi Didi & Friends Playbook, perlu mengemas kini (Update) aplikasi untuk bermain pada setiap keluaran buku terbaharu. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang mendalam buat seluruh dunia. Malah ramai selebriti yang cukup prihatin dengan penularan wabak ini sekaligus menyalurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.
Aktor terkenal Hollywood James McAvoy juga tirut tidak terlepas memberi derma wang sejumlah £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.
Bintang filem X-Men itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.
Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.
McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram miliknya. Mulia betul hati actor kacak ini. Semoga bantuan beliau dapat meringankan beban pihak yang terlibat dan sekaligus mengurangkan wabak berbahaya ini yang sedang melanda seluruh dunia, insyaallah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos kerana mendapat rezeki untuk timang cahaya mata kembar sekali lagi. Apatah lagi kelahiran kali ini cukup istimewa kerana mereka dikurniakan sepasang kembar perempuan dan lelaki. Alhamdulillah, tanggal 20 November lepas Datin Dr Halina telah selamat melahirkan kedua-dua bayi comel berkenaan secara pembedahan.
Di sebalik keterujaan menyambut kehadiran anak kembar, kelahiran ini juga merupakan kali pertama Datin Dr Halina bersalin secara pembedahan. Beliau terpaksa akur menjalani pembedahan caesarean memandangkan kedudukan salah seorang bayi kembar tersebut dalam keadaan songsang. Walau sebelum ini keempat-empat anak beliau dilahirkan secara normal namun Datin Dr Halina seorang wanita yang kuat dan positif. Memang kagum tengok semangat beliau!
Dalam kecekalan Datin Dr Halina ‘berjuang’ di hospital, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dilihat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan sebaiknya. Sepanjang isteri ditahan di wad beberapa hari sebelum melahirkan anak, angkasawan negara inilah yang menyediakan segala persiapan menyambut ketibaan bayi kembar termasuk menguruskan keperluan empat anak yang lain. Kesungguhan mereka menjadi ibu bapa yang terbaik wajar dicontohi!
Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang sering berkongsi video dan perkembangan terkini isteri tercinta turut memaklumkan anak kembar mereka selamat lahir dengan jarak kelahiran satu minit. Bayi lelaki lahir pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26 kg sementara bayi perempuan pula dilahirkan pada jam 9.48 pagi seberat 2.17 kg. Terbaharu, ibu dan anak kembar ini dibenarkan keluar dari hospital selepas jaundice yang dialami bayi tersebut semakin pulih.
Dr Sheikh Muszaphar bersama anak kembar yang dilahirkanDr Halina di samping anak selepas dibenarkan keluar hospitalBilik nurseri bayi kembar hasil sentuhan Dr Sheikh Muszaphar
Kongsi Datin Dr Halina, “We are excited to start our new chapter in life.. as parents of 6!!! I have to pinch myself sometimes. It feels surreal. I’m pretty sure my husband will make video on his IG soon. I will probably be sleeping / breastfeeding / pumping milk.”
Datuk Dr Muszaphar dan isteri memang terkenal sebagai antara individu yang dikagumi ramai di negara ini kerana sangat berfikiran positif dalam mendidik anak-anak. Tidak hairanlah, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mampu menerbitkan buku sulung bertemakan keibubapaan ‘My Way of Parenting’ pada 15 Julai lepas.
Bersama buku yang dihasilkan
Sebelum ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengungguli senarai World’s Most Admired 2020 Malaysia Edition kategori lelaki. Tahun ini merupakan tahun ke-13 beliau bergelar angkasawan negara dan meniti 10 tahun usia perkahwinan bersama Datin Dr Halina. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabela, 9 tahun; Sophea Natasha, 7 tahun; dan kembar Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Bagaimana pun nama bagi bayi kembar terbaharu ini masih belum diumumkan.
Kredit foto: Instagram Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Produk kecantikan terkenal di Malaysia, Ainaa Beauty, meraikan ulangtahun ke-5 baru-baru ini dalam suasana gilang gemilang.
Pengasasnya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab atau dikenali sebagai Syafiqah Aina, ditemani oleh rakan kongsi merangkap suaminya, Hafiz Mahamad, serta Norazura Posdzi. Majlis diadakan di Marriot Putrajaya.
Turut diperkenalkan set lengkap produk penjagaan kulit berwajah baharu yang bakal menembus pasaran bermula 25 Mei 2022. Set yang terdiri daripada serum, pencuci muka, pelembap, pelindung matahari dan skrub ini didatangkan dengan reka bentuk botol yang lebih moden, inovatif serta mempunyai ‘aura’ tersendiri.
Tema biru dipilih oleh Ainaa bBeauty selaras dengan warna korporat klinik estetik dan klinik perubatannya, Ainaa Clinic, yang baru dilancarkan dan beroperasi pada April lalu.
Turut diraikan pada majlis tersebut ialah malam penghargaan buat para usahawan Ainaa Beauty yang berjaya mencapai hasil jualan tinggi pada tahun 2021. Antara hadiah yang dimenangi oleh usahawan-usahawan tersebut ialah sebuah kereta Proton X50, dua buah kereta Perodua Axia, lebih 40 buah iPhone 13 Pro Max serta beberapa set barang perhiasan emas.
Satu anugerah penghargaan istimewa turut diberikan kepada dua orang usahawan yang telah berjaya membina kerjaya di dalam platform perniagaan Ainaa Beauty iaitu ‘Anugerah Lelaki & Wanita Inspirasi’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.