Anak Bekas Guru, Datuk Nicol David Kagum Semangat Ibu Kerja Demi Keluarga, “I Have The World’s Best Mother!”

Ketika kecil Datuk Nicol David terinspirasi dengan semangat ibunya yang berjuang membesarkan anak-anak dan membantu keluarga. Enggan menyusahkan kedua-dua ibu bapa, bekas ratu skuasy ini nekad memberikan yang terbaik kepada mereka di samping menjadi seorang anak yang membanggakan.  

Sepanjang bergelar atlet skuasy, pelbagai kejayaan diraih anak jati kelahiran Pulau Pinang ini. Malah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.  

Artikel https://www.nona.my/datuk-dr-nicol-ann-david-genap-usia-42-tahun-kini-bahagia-nikmati-waktu-bersara-lahirkan-pelapis-negara/

Kehidupan Datuk Nicol David

Meskipun sudah bersara daripada arena sukan skuasy namun nama Datuk Nicol David terpahat kemas dalam lipatan sejarah negara. Jika dihitung pencapaian bekas jaguh sukan ini memang tak terkira banyaknya.

Pun begitu, figura yang merangkul gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia ini tidak pernah mendabik dada. Sebaliknya kekal merendah diri dan berperibadi positif. 

Jarang berkongsi kisah peribadi, Datuk Nicol sempena Hari Ibu yang lalu mendedahkan kegembiraannya apabila ratu hati kesayangan iaitu Ann Marie David meluahkan rasa bangga terhadapnya.  

Dalam temu bual yang dikongsikan di media sosial, wanita berusia 42 tahun ini cuba mendapatkan reaksi ibu mengenai dirinya.  

Datuk Nicol David Kagum Semangat Ibu

“Sejak kecil, saya sentiasa mahu menjadi anak yang baik. Saya melihat betapa kuatnya ibu bekerja sebagai seorang guru sekolah awam sambil membesarkan saya dan adik-beradik perempuan saya. Jadi, saya hanya cuba menjadi yang terbaik supaya dapat meringankan bebannya.

Tetapi saya tidak pernah benar-benar mempunyai keberanian untuk bertanya sama ada beliau bangga dengan saya. Saya juga ingin tahu sama ada beliau lebih bangga dengan saya yang dahulu ketika seorang pemain skuasy atau bangga dengan saya sekarang yang mempunyai yayasan sendiri.

Jawapan beliau membuatkan saya sedar bahawa saya mempunyai ibu terbaik di dunia, yang lebih bangga dengan diri saya sebagai seorang insan berbanding apa yang saya miliki.” 

20 Disember depan, usia perkahwinan ibu bapa Datuk Nicol David iaitu Desmond David dan Ann Marie David mencecah 51 tahun.  

Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai tiga anak perempuan termasuk Nicol David, Lianne Marie dan Cheryl Therese. 

Share
Published by
Suzi