Anak Lelaki Ahmad Dhani & Maia Estianty Nikah, Mas Kahwin Mata Wang Pound & Cenderahati Kepingan Emas Raih Perhatian!

Kira-kira 10 bulan selepas anak sulung Maia Estianty dan bekas suami, Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al-Ghazali mendirikan rumah tangga, kali ini giliran anak kedua mereka pula menamatkan zaman bujang.

El Rumi atau nama penuhnya Ahmad Jalaluddin Rumi selamat bergelar suami kepada penyanyi yang juga pelakon cantik Indonesia, Syifa Hadju pada 26 April lalu.  

Anak Ahmad Dhani & Maia Estianty Kahwin

Majlis pernikahan putera kesayangan Maia Estianty ini berlangsung secara tertutup dan intim di Hotel Raffles Jakarta. Upacara akad nikah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak termasuk ibu El Rumi iaitu Maia Estianty serta suaminya yang juga ahli perniagaan, Irwan Mussry.  

Hanya dengan sekali lafaz di hadapan petugas Pejabat Hal Ehwal Agama (KUA) Kecamatan Setiabudi di Jakarta Selatan, El Rumi dan Syifa selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah.  

Jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat menjadi saksi pernikahan indah selebriti popular Indonesia berkenaan. Pada majlis itu, pasangan mempelai tampil anggun dan segak dalam persalinan berkonsepkan Jawa.  

Sebelum pernikahan, El Rumi dan Syifa yang menjalin hubungan cinta selama hampir dua tahun menjalani beberapa adat termasuk acara bersiram dan pengajian bermula pada 24 April lalu.  

Artikel https://www.nona.my/ahmad-dhani-maia-estianty-bakal-dapat-cucu-anak-sulung-al-ghazali-umum-isteri-kini-hamil/

Cenderahati Emas Buat Tetamu Majlis Nikah Anak Ahmad Dhani

Istimewanya, tetamu jemputan dilaporkan membawa pulang cenderahati berupa emas seberat 0.2 gram yang dikatakan sebagai simbol memulakan keluarga dengan pelaburan jangka panjang.  

Bukan itu saja, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan juga menarik perhatian apabila Syifa Hadju berusia 25 tahun menerima mata wang pound bernilai 2,026 simbol tahun ini yang bersamaan RM10,870 serta perhiasan emas.  

Anak kedua daripada tiga beradik ini melamar Syifa dalam suasana romantis di Lauterbrunnen, Switzerland. Mereka bagaimana pun mengikat tali pertunangan pada 21 Januari 2026.

Turut kelihatan meraikan hari bahagia El Rumi dan Syifa Hadju ialah ibu tiri yang juga isteri Ahmad Dhani iaitu Mulan Jameela.  

Share
Published by
Suzi