Hampir enam bulan melayari alam perkahwinan, pasangan selebriti popular Indonesia iaitu Ahmad Al Ghazali dan Alyssa Daguise menerima perkhabaran gembira apabila mereka bakal timang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Pendedahan tersebut dibuat anak sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu di media sosialnya pada hujung November lepas.
Bagi Al Ghazali dan isteri tercinta, mereka teruja dan amat menanti-nantikan kehadiran cahaya mata berkenaan sebagai penyeri rumah tangga. Sambil memuat naik video istimewa, penyanyi yang juga DJ ini menzahirkan rasa syukur.
“We’ve shared many chapters in this life together but becoming parents is by far the most beautiful one. Bébé ALs on the way. Alhamdulillah!”
Ads
Ternyata video tersebut meraih lebih 15 juta tontonan dan rata-rata kenalan rapat serta peminat mendoakan kesihatan bakal ibu yang juga model jelita, Alyssa Daguise.
Menerusi salah satu hantaran pula memperlihat pasangan romantis ini berpakaian sedondon putih di pantai dengan jelas kelihatan ‘baby bump’ Alyssa.
Titip Al Ghazali, “The best mom to be. Terima kasih sudah menjadi rumah terhangat buat aku dan anak kita. Duniaku.”
Ads
Lebih istimewa, selebriti ini turut membawa ratu hati kesayangan menikmati percutian ‘baby moon’ di destinasi percutian terkenal, Krabi di Thailand.
Al Ghazali Anak Ahmad Dhani & Maia Estianty
Ahmad Al Ghazali ialah anak lelaki sulung kepada vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani hasil perkahwinannya dengan Maia Estianty.
Ads
Rumah tangga yang dibina selama 12 tahun bagaimana pun berantakan dan mereka dilapor bercerai. Dua lagi cahaya mata Ahmad Dhani dan bekas isteri, Maia Estianty ialah Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Al Ghazali dan Alyssa sah bergelar suami isteri pada 16 Jun 2025 di The St. Regis, Jakarta Selatan. Majlis diadakan secara tertutup hanya dihadiri keluarga, saudara terdekat dan beberapa rakan terpilih.
Upacara akad nikah dilakukan mengikut adat Sunda dan diwalikan oleh adik lelaki Alyssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mulia sungguh hati Ainina Ahmad B yang memilih untuk keluar dari senarai penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak syurganya, Allahyarham Nur Ara Elisya pada 22 Jun lalu.
Khabarnya tujuan Ainina memohon bantuan tersebut sebelum ini adalah untuk membiayai kos perubatan anak tersayang yang juga anak istimewa (OKU).
Kemuliaan hati Ainina diketahui umum selepas perbualan Whatsappnya dengan salah seorang pegawai LZS tular di media sosial. Malah, ia turut dimuat naik di akaun rasmi LZS.
“Kami terima mesej ini daripada seorang insan seni yang pernah menerima bantuan zakat demi rawatan anaknya yang menghidap penyakit masalah tulang belakang.
Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, beliau memilih untuk keluar sendiri dari senarai penerima bantuan supaya bahagiannya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan, dunia dan akhirat. Inilah antara kisah luar biasa yang berlaku hasil zakat anda semua.
Terima kasih kepada semua pengeluar zakat. Anda bukan sekadar membantu, anda sedang membina semula kehidupan.”
Tindakan Ainina Ahmad B ini nyata meraih pujian dan wajar menjadi ikutan masyarakat.
Ainina yang juga aktres popular era 90an pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Mega iaitu Rahmad. Namun berpisah pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Arieana dan Nur Ara Elisya.
Difahamkan anak kedua mereka meninggal dunia akibat sindrom Prader Willi. Allahyarham dilapor menjalani pembedahan spinal untuk meluruskan tulang belakang yang membengkok disebabkan sindrom berkenaan atau penyakit jarang berlaku yang muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku.
Allahyarham Nur Ara Elisya kembali ke pangkuan ilahi selepas empat hari menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16.
Ainina yang kini berusia 56 tahun dikhabarkan akan kembali berlakon demi menyara kehidupannya bersama anak sulung.
Selain berlakon, dia pernah terlibat dengan kerja di belakang tabir, suara latar dan alih bahasa.
Walau bergelar ibu tunggal namun Ainina sentiasa tampil positif dan ceria di samping anak-anak.
Allahyarham bapanya, Ahmad B menghembuskan nafas terakhir pada 2 Jun 2004 dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohamad, Ainina, Omar Baki dan Abdul Rahman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang kecur liur dibuatnya tengok hidangan jualan kek dan bakeri air tangan isteri Pekin Ibrahim ini. Bijak bereksperimen dengan sajian manisan, perusahaan Mona Allen dilihat semakin maju dan memenuhi selera ramai. Malah ada pelbagai seleksi perisa kek yang ditawarkan buat penggemar dessert!
Difahamkan bisnes kek yang diusahakan ini sudah pun bermula sejak tahun 2019 lagi. Antara menu butter cake by Mona Allen ialah Classic, Orange, Pandan Kelapa, Chocolate Belgium dan Cempedak.
Terbaharu, dia turut kreatif menghasilkan Banana Chocolate Blackout dan cookies menyelerakan.
Ratu hati Pekin Ibrahim ini pada 4 Jun lepas selamat melahirkan bayi lelaki kedua. Terdahulu Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Ketika menyambut kelahiran anak kedua, selebriti ini memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. BismillahirRahmanirRahim. Baby adik is born on 4th June 2024.
Diberi nama Persia Pekin. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak kami.
Thank you semua yang text DM dan doakan kami. Much love from us.”
Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.
Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.
Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.
LAHIRKAN ANAK SENI
Jika masih ingat nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar.
Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.
Tidak ketinggalan, naib juara bagi edisi terdahulu serta barisan finalis lain juga telah berjaya mengukuhkan nama dalam industri seni dan bidang karier lain.
Ini termasuklah Ar. Azhar Sulaiman, Norman Hakim, Wan Shahlim, Zawen Anuar, Fizo Omar, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Ben Ali sehinggalah ke hero generasi baharu seperti Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Ikmal Amry, Nabil Aqil, Safwan Nazri, Adam Yusuf, Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah, Hazeeq Deen, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
CABARAN PANDEMIK
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program Hero Remaja 2021…
“Selepas hampir dua tahun mendepani krisis COVID-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.
Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.
Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.”
Mengulas lanjut mengenai penganjuran Hero Remaja 2021, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Majalah Remaja berkata…
“Hero Remaja merupakan sebuah jenama yang banyak melahirkan individu-individu berbakat dan terkenal tanah air sejak tahun 1990 lagi. Tidak kiralah jika sekarang mereka bergelar seorang pelakon, penyanyi, model, hos, DJ radio ataupun usahawan, pertandingan ini dilihat sebagai satu titik mula dalam merealisasikan impian mereka untuk melangkah lebih maju di dalam kehidupan terutamanya di dalam bidang seni menerusi populariti yang mereka kecapi.”
MENDEBARKAN
12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).
Program pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap. Sebelum ini, beliau pernah menggalas tanggungjawab itu semasa program pencarian Hero Remaja 2020. Kali ini, Scha akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor.
Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara final.
Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini. Bagi mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Madhuri Dixit berkongsi rahsia kulit mulus pada usia 59 tahun melalui penggunaan rose water, Vitamin C, pelembap dan sunscreen dalam rutin penjagaan kulit hariannya.