Macam tak berubah muka Cheryl Samad! Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara. Cukup berstamina, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan personaliti ini disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Namun ramai peminat bagai tidak menyangka figura ini sudah pun mencecah usia 42 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Kredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamad
Bahkan penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl ialah anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula Eurasian keturunan Portugis.
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Ads
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, nama Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Malah, dia melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan Muzik-Muzik.
Kredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamadKredit Instagram @cherylsamad
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Ads
Tanggal 30 April lalu genap 11 tahun Cheryl bergelar isteri kepada pengusaha KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping sebelum ini merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
Malah dia pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi. Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melangsungkan ijab kabul, pada 30 Ogos lalu, mualaf dan selebriti media sosial Clara Shinta dan suami, Muhammad Alexander Assad atau dikenali sebagai Lxa mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama.
Menariknya, majlis pasangan ini mengangkat tradisi masyarakat Batak. Adat mangulosi dilakukan di mana kedua-dua mempelai diselubungi dengan kain khas.
Clara Shinta kembali meraih kebahagiaan selepas sah bergelar isteri. Malah, anak lelakinya daripada perkahwinan terdahulu turut hadir melengkapkan hari bahagianya itu.
Doa serta nasihat turut dititipkan oleh kedua orang tua mereka agar rumah tangga yang dibina sentiasa rukun dan damai.
Kegembiraan Clara dan suami lengkap dengan kehadiran sahabat-sahabat mereka.
Gaun Indah Rekaan Ivan Gunawan
Pada majlis resepsi tersebut, Clara tampil manis menyarungkan gaun indah rekaan pereka fesyen tersohor Ivan Gunawan.
Terserlah seri pengantin Clara dalam rona serbaa putih. Biarpun rekaannya kelihatan ringkas namun tetap nampak eksklusif.
Ucapan Tahniah
Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di akaun media sosial Clara Shinta dan suami. Mereka mendoakan agar pasangan ini mengecap kebahagiaan sampai syurga.
Apatah lagi, Clara Shinta dan suami sama-sama melalui perkahwinan kedua. Tahniah buat pasangan pengantin baharu ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar tahun 2013 Nona pernah menemu ramah pereka fesyen berbakat besar bernama Alia Alizar ni sempena ‘Edisi Platinum, Nona 3 Dekad’. Memang cantik orangnya. Sampai ke hari ini pun masih ingat lagi raut wajah manis dan keramahan Alia.
Meskipun sudah lima tahun berlalu, namun persona yang dimiliki ibu berusia 33 tahun ini tetap sama seperti dulu. Bahkan sejak bergelar ibu, terserlah jiwa penuh kelembutan Alia. Mengimbas kembali temubual bersamanya, Pengarah Kreatif YADOTSA ini nyata terbuka berkongsi sisi peribadi. Malah, tak lokek membongkar rahsia cantiknya!
Citarasa fesyen anda?
Saya seorang yang ringkas. My personal fashion style would be just jeans and plain top. Styling myself with a bold colour scarf, funky sandals, cardigan and a handbag that goes with my outfit of the day!
Label fesyen kesukaan …
Givenchy, and Proenza Schouler.
Kerjaya?
Selaku Pengarah Kreatif YADOTSA, saya bertanggungjawab menyediakan rekaan, jenis fabrik dan warna bagi koleksi terkini ready to wear (RTW) YADOTSA. Jika sebelum ini kami hanya fokus kepada pakaian RTW, namun kini YADOTSA turut menawarkan perkhidmatan busana perkahwinan kepada bakal pengantin, pengapit dan flower girls. Mostly garments are sketched and designed to attend weddings and event.
Sumber inspirasi anda ialah …
Bapa saya. Beliau adalah sumber inspirasi saya dalam pelbagai perkara. A persistent, strong and positive person in facing challenges and obstacles. Dalam industri fesyen pula, saya mengagumi McQueen, Stella McCartney & Ricardo Tisci. Koleksi mereka sentiasa tampak relevan dan indah.
Petua kekal cantik?
Rutin harian yang saya amalkan demi penjagaan kulit dan tubuh badan adalah dengan memastikan minum air putih selepas bangun dari tidur. Selain itu saya juga gemar menikmati minuman campuran buah Avocado dan telur.Ia adalah resipi kesihatan turun-temurun keluarga kami yang diamalkan sehingga ke hari ini.
Anda adalah seorang yang …
Pemalu, kuat berimaginasi, penyayang dan gemar melihat perkara yang unik dan pelik yang boleh memberikan inspirasi dalam kerjaya saya.
Suasana percutian yang diimpikan?
Tenang dan mendamaikan. Maldives adalah destinasi impian saya untuk bercuti.
Kini, Alia sedang sarat hamil cahaya mata kedua dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sherfeelea Jahan.
Kredit foto: Instagram Alia Alizar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tagline ‘1 Minit Dah Lentik?’ cukup melekat di fikiran, apatah lagi ia kerap terpampang di dada-dada billboard utama di Malaysia. Iklan ikonik 1Minute Miracle itu juga mencetus fenomena, sekaligus mengangkat kehebatan produk maskara tempatan yang diasaskan oleh Ain Fatin Liyana, setanding dengan produk jenama terbaik lain di rantau ini.
Tidak lokek berkongsi cabaran dan pengalaman bisnes. Kisah hebat 1Minute Mascara hingga digelar sebagai ‘maskara paling best di dunia’ membuktikan kemampuan Ain dalam dunia perniagaan.
Bukan sekadar publisiti, tapi setiap produk keluarannya diyakini pembeli kerana jaminan kualiti. Maklum sahaja, Ain cukup teliti soal pembuatan produk. Kilang mereka harus bertaraf GMP. Harus punya sijil ISO dan diperakui halal.
Rahsia pemasaran itu menjadi mukadimah bicara superwoman yang menerima pengiktirafan Nona Best Cosmetic Brand Award ini.
“Asalnya produk kami bermula dengan warna eksklusif iaitu hitam putih. Tapi selepas meninjau pasaran, kami dapati penampilan produk sebegitu kurang sesuai dan tidak menarik perhatian.
Jadi kami pun ubah, lancarkan packaging yang comel pada harga berpatutan dan mampu milik. Teknik ini berjaya kerana secara emosinya produk yang berwarna-warni menepati sasaran golongan B40 dan usia pelanggan kami iaitu 13 ke 45 tahun.” Ain Fatin Liyana
Berusia 32 tahun, wanita yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang seni bina ini rupa-rupanya memang minat berniaga.
“Sebelum ini kami suami isteri bekerja makan gaji. Suami sebagai jurutera JKR, sementara saya pula pembantu arkitek di sebuah firma swasta di Pulau Pinang.
Kami tekad menubuhkan perniagaan sendiri pada tahun 2013 kerana punya visi dan misi untuk membantu keluarga. Sambil itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.”
Memulakan perniagaan pertama di bawah syarikat Aiefy Global Beauty, Ain dan suami, Nor Afifullah Bin Md Isa kemudiannya menukar nama bisnes mereka selepas foundation yang dikeluarkan meledak di pasaran.
“Produk pertama kami adalah foundation yang dicipta pada tahun 2014. Tapi disebabkan kami tidak mendapat formulasi yang tepat, proses R&D berlarutan sehingga tahun 2015.
Akhirnya lahirlah foundation 1Minute Miracle yang seterusnya memberi ilham untuk kami tubuhkan syarikat bernama 1Minute Miracle Sdn Bhd. Pada tahun 2015, kami cuma keluarkan foundation sebanyak 5,000 unit.
Tiba-tiba sambutan melonjak hingga menjadi 50,000 unit dan sekarang produk foundation yang sama masih kekal di pasaran dengan jualan 150,000 unit sebulan.
Ini diikuti dengan pelancaran 1MM Xtreme Mascara pada tahun 2017. Kehebatannya kekal sampai sekarang malah ia telah terjual sebanyak 1.2 juta sejak dilancarkan.” Ain Fatin Liyana
Tak percaya rasanya bila pengasas solekan viral ini bercerita, beliau sebenarnya belajar mekap selepas menjadi usahawan. Seperti wanita lain, Ain juga mahukan sesuatu yang cantik tapi ringkas dan cepat.
“Ramai orang merungut kalau terpaksa habiskan masa berjam-jam di depan cermin. Saya tak sanggup pakai bedak berlapis-lapis… Nak oles primer, calit concealer, kemudian bedak asas dan bedak tabur. Banyak sangat!
Maka dari situlah saya terfikir nak mencipta all-in-one foundation. Dalam tu semua telah diringkaskan. Senang, supaya orang yang tak pandai mekap macam saya pun boleh pakai.”
Ditanya kenapa memilih bidang kosmetik, tenang Ain menjawab kerana faktor strateginya yang lebih mudah dijual serta memberi instant result. Ia amat berbeza dengan usahawan daripada bidang penjagaan kulit atau suplemen.
Usahawan bidang itu harus berpengetahuan luas dalam bidang kesihatan kerana produk mereka melibatkan dalaman manusia.
MESRA PENGGUNA
Selain tampil sebagai wajah utama dan digelar ‘Makcik Pondesyen’ untuk jenama 1Minute Miracle, Ain juga turut menggunakan pengaruh influencer mekap terkenal seperti Muabellaz.
Pastinya ramai yang pernah melihat iklan-iklan 1Minute Miracle, khususnya 20 papan tanda utama yang berada di sepanjang lebuh raya serta bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
Selain maskara, 1Minute Miracle turut memasarkan beberapa produk mekap lain yang hangat di pasaran. Antaranya 1MM Foundation, Eyebrow Have Have, Kitty Blush, Harum Maneh Sponge, StayGlow Face Spray, Xtreme Mascara dan sebagainya.
Seramai lebih 2,000 ejen turut dilantik bagi membantu mengembangkan lagi empayar syarikat.
“Jujur kami banyak belajar daripada kesilapan lalu. Saya yakin bahawa sehebat apapun sesuatu jenama itu, aktiviti promosi dan marketing tak boleh berhenti.
Kesilapan yang buat kami jatuh dulu pun kerana kami fikir dah cukup buat marketing. Tapi tidak. Justeru masa produk tengah naik pun sebenarnya marketing mesti diteruskan.”
Baca artikel perjuangan bisnes 1Minute Miracle bersama penerima Nona Best Cosmetic Brand Award, Ain Fatin Liyana ini dalam naskhah edisi khas Nona Superwoman 2022 di pasaran Januari 2023.
Penulis: Norzalina Mohd Alias
Konsep: Azniza Aziz
Arahan Seni: Kiffy Razak
Foto: Azfarina Sulaiman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.