Anak Penyanyi Rap Terkemuka, HAILIE JADE MATHERS Jadi Pempengaruh Terkenal di Amerika Syarikat

Cantik dan berpendidikan tinggi! Siapa sangka, penyanyi rap terkemuka, Eminem mempunyai anak gadis yang bijak dan kini menjadi pempengaruh terkenal di Amerika Syarikat.

Foto: @hailiejade

Hailie Jade Mathers,  menggunakan akaun @hailiejade, di mana dia sering berkongsi gambar-gambar mengenai aktiviti hariannya. Hailie juga sering memuat naik selfie dan panduan solekan untuk para pengikut di laman Instagram miliknya. Sehingga kini, Hailie mempunyai jumlah pengikut seramai 3 juta di Instagram miliknya. Hailie juga merupakan hos untuk saluran pod cast @justlittleshadypodcast.

Foto: @hailiejade

 

Ketika di usia bayi, Hailie sering ‘muncul’ di dalam lirik Eminem seperti untuk lagu Mockingbird.

Penyanyi rap itu juga ada menceritakan mengenai hubungan mereka di dalam lagu Hailie’s Song. Sayang betul Eminem pada dia!
Foto:@eminem

Sejak dua dekad lalu, penyanyi rap tersohor dari Amerika Syarikat ini sudah banyak kali menggegarkan dunia dengan muziknya. Eminem yang kini mencecah usia 50 tahun masih aktif dalam industri muzik dan bergelar usahawan dengan mengusahakan sebuah restoran dikenali sebagai Mom’s Spaghetti Restaurant. Selain Hailie, Eminem turut mempunyai dua orang anak perempuan, Whitney Scott Mathers dan Alaina Marie Mathers.

Foto: @hailiejade

Menjengah ke laman Instagram milik Hailie, dia tidak pernah memuat naik foto bersama bapanya itu. Walaupun Hailie tidak pernah berkongsi gambar Eminem, Hailie memberitahu Daily Mail bahawa hubungan mereka sangat rapat.

Foto: @hailiejade

Hailie memilih kerjaya sebagai pempengaruh media sosial selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Psikologi dengan keputusan cemerlang 3.9 (GPA) dari Michigan State University.  Dengan pengikut mencecah 3 juta followers

, tidak hairanlah mengapa gadis cantik ini begitu dikenali apatah lagi perkongsian foto yang cantik mengenai destinasi yang dikunjunginya serta tips solekan yang menjadi kegemarannya.

 

Foto: @hailiejade

Hailie Jade Mathers kini bergelar tunang kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan Scout, Evan McClintock. Gadis berusia 27 tahun itu mengesahkan perkara tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram.

Foto: @hailiejade

Antara yang dikongsikan adalah gambar cincin pertunangan yang tersarung pada jari wanita berusia 27 tahun itu.  Dia dan Evan merupakan graduan Michigan State University.

Foto: @hailiejade

Pasangan itu mula menjalin hubungan istimewa sejak 2016, namun sebelum ini menyembunyikan status percintaan mereka dan jarang berkongsi kemesraan di media sosial. Pasangan itu dilaporkan mengikat tali pertunangan pada 4 Februari lalu selepas mula menjalinkan hubungan sejak 2016.

Foto: @hailiejade
IKLAN
Share