
Anggunnya isteri Dato’ Hattan ini! Kalau tengok penampilan dan rupa paras Datin Arianie Abidin pasti ada yang tidak menyangka dia sudah pun mencecah usia 53 tahun. Tidak sekadar bertuah kerana dikurniakan wajah awet muda. Tetapi Datin Arianie juga memiliki keperibadian menyenangkan dan mesra orangnya.
Bersandarkan gaya dan aura positifnya, tidak hairanlah suri hati Dato’ Hattan ini sentiasa tampil ceria dan muda bertenaga.
4 Julai lepas, genap 53 tahun usia Datin Arianie dan cantik dalam kelas tersendiri. Apatah lagi dia merupakan bekas ketua pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Pastinya Datin Arianie cukup arif dalam soal penampilan diri dan bergaul dengan orang ramai memandangkan pengalamannya mengurus penumpang tatkala bertugas di awan biru dulu.
Tanggal 21 Ogos merupakan ulang tahun kelahiran satu-satunya cahaya mata Datin Arianie dan Dato’ Hattan. Anak lelaki tunggal yang diberi nama Adam Eiman berkenaan kini menginjak umur 27 tahun.
Bersempena ulang tahun hari lahir Adam dan sebagai ibu, Datin Arianie tidak ketinggalan menitip ucapan buat anak tersayang.
Titipnya, “Embrace this new chapter and know that brighter days are ahead. We love you. Happy birthday, Adam Eiman.”
Datin Arianie sah bergelar isteri Dato’ Hattan pada tahun 1996. Rumah tangga mereka kemudian dilanda badai sebelum kedua-duanya memutuskan untuk bercerai pada tahun 2005.
Ibarat kata pepatah, kalau sudah jodoh takkan ke mana. Mereka akhirnya ditakdirkan bersatu dan kembali bergelar suami isteri pada Julai 2013. Kini, Adam turut mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam industri muzik.
Difahamkan Adam Eiman ialah graduan dari Taylor’s University dan selamat bergraduasi pada Mac 2022.
Mengimbas kembali temu bual Nona bersama Datin Arianie sekitar tahun 2017, dia menyifatkan Adam seorang anak yang mendengar kata.
“Sebagai emak, saya banyak nasihatkan Adam. Alhamdulillah, dia anak yang ikut cakap. Balik dari universiti pun, dia akan terus masuk bilik dan buat hal dia sendiri.
Kalau keluar dengan kawan-kawan, dia akan maklumkan kepada saya dulu dan jenis yang suka bercerita tentang aktivitinya kepada kami berdua.
Tapi biasalah, anak lelaki pasti ada sikap degil dan nakal. Paling penting jangan terlalu mengongkong anak,” ujar Datin Arianie sambil mengakui kerap mengingatkan Adam tentang masa depan dan bijak mengatur hala tuju hidup.
Adam bergiat aktif sebagai komposer dan penulis lirik serta pernah memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) menerusi anugerah Album Terbaik album penyanyi Yonnyboii berjudul Deluxe Version.
Cantik hitam ikal mayang rambut Datin Arianie, jaga kesihatan ‘mahkota’ wanita ini dengan mengamalkan serum rambut yang berkesan. Klik sini.
This website uses cookies.