
Anak Datuk Rashid Sidek Tamat Pengajian
Tahniah Datuk Rashid Sidek atas kejayaan anak sulung menamatkan pengajian di menara gading baru-baru ini. Macam baru saja tengok anak lelaki kesayangan legenda badminton tanah air berkenaan tamat persekolahan, pejam celik Ikhwan sudah pun bergelar graduan universiti.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Rashid Sidek memuat naik foto di samping Ikhwan ketika majlis graduasi permata hati sulungnya itu. Difahamkan Ikhwan merupakan salah seorang graduan Heriot-Watt University Malaysia.
Sebagai bapa pastinya suami Datin Azehan Abdul Halim ini syukur dan bangga menyaksikan momen indah tersebut.
“Today you wear your graduation gown, tomorrow you’ll wear even greater achievements. Bismillah for the next chapter.”
Pesan Datuk Rashid lagi, “Terbanglah setinggi langit, namun jangan pernah lupa di mana kita bermula. Semoga setiap langkah sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Allah. Congratulations Ikhwan. Babah so proud of you.”
Pencapaian akademik Ikhwan yang menamatkan pengajian ibarat ‘hadiah terindah’ buat bapa kepada empat anak ini apabila beliau menyambut ulang tahun kelahiran ke-58 pada 8 Julai lepas beberapa hari selepas majlis graduasi Ikhwan.
Ujarnya, “Fifty-eight years of life’s twists and turns – filled with every shade of joy, sorrow, triumph, and trial. Yet I am deeply grateful for every blessing and every moment Allah has bestowed upon me.
Alhamdulillah atas setiap aturan, setiap ujian, dan setiap kurniaan. Semoga langkah yang masih berbaki terus dipimpin dengan rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah. Aamiin.”
Datuk Rashid mendirikan rumah tangga dengan Datin Azehan pada 21 Mac 2003. Tahun ini usia perkahwinan mereka mencecah 23 tahun.
Sepanjang pembabitannya dalam arena sukan, bekas jaguh badminton tanah air ini pernah menjulang Piala Thomas 1992.
Hasil perkongsian hidup selama 23 tahun, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.
Legenda badminton negara ini dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.
Semoga perkahwinan yang dibina Datuk Rashid Sidek dan Datin Azehan kekal bahagia sampai ke syurga di samping anak-anak tersayang.
This website uses cookies.