Low profile isteri kepada bekas jaguh badminton negara ini. Meskipun Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek merupakan seorang lagenda sukan tanah air namun Datin Azehan Abdul Halim selesa dengan gaya sederhana. Sebagai status isteri kepada public figure, pastinya Datin Azehan tidak terlepas daripada perhatian khalayak.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan suami isteri romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-21 mereka pada 21 Mac lalu. Lebih sedekad berkongsi hidup suka dan duka, Datuk Rashid dan Datin Azehan Abdul Halim matang menempuh dugaan perkahwinan.
Apatah lagi Datuk Rashid yang kini berusia 56 tahun dan merupakan anak bongsu kepada Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah ini seorang family man.
Datuk Rashid menerusi video temu bual bersama Majalah Keluarga tidak lama dulu mendedahkan dia mula mengenali isteri tercinta sejak wanita tersebut berusia belasan tahun.
“Isteri ialah anak saudara kepada arwah isteri Datuk Misbun Sidek. Saya kenal dari usia dia 13 tahun. Kami mula serius umur saya 34 tahun dan isteri 23 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.
Ads
Diaju sisi peribadi suami sepanjang berkahwin, Datin Azehan menjelaskan dia memahami kerjaya suami sebagai atlet dan jurulatih serta reda hanya sempat bertemu suami enam bulan dalam setahun disebabkan kesibukan Datuk Rashid.
“Alhamdulillah kami jarang berselisih faham. Mungkin sebab Datuk berusia 11 tahun lebih berumur dan dia tahu apa yang terbaik untuk family, saya akan ikut. Saya seorang yang suka bercakap, dia pula mendengar. Tapi bukan berleter ya. Bagi saya komunikasi kami baik, tak ada masalah.”
Datuk Rashid Sidek mempunyai lima beradik iaitu Rusitah, Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Jalani dan Rahman. Kesemua adik-beradik lelaki Datuk Rashid terlibat dalam arena badminton antarabangsa dan mendapat pendedahan serta bimbingan daripada bapa mereka.
Melakar pelbagai kejayaan era 90an, selain pernah memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia Datuk Rashid Sidek juga memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel, Auckland, Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria, Juara Perseorangan Piala Asia, Juara Perseorangan Terbuka Malaysia dan banyak lagi.
Pada tahun 1995 hingga 2005, populariti adik-beradik atlet ini melonjak dan dikenali ramai selepas komik autobiografi jaguh badminton negara iaitu Anak-Anak Sidek diterbitkan. Malah, kisah hidup mereka juga disiarkan dalam siri animasi Anak-Anak Sidek.
Selain itu, Datuk Rashid juga pernah membintangi filem Cinta 200 Ela pada tahun 2002.
Legenda badminton negara yang berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam kelmarin berlangungnya majlis penutup temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang diraikan penuh gilang gemilang di mana menyaksikan Johor muncul juara Sukma buat kali pertama selepas mengutip 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa pada temasya dwi tahunan itu.
Upacara yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu turut menyaksikan kehadiran jaguh lumba basikal tanah air, Datuk Azizulhasni bersama-sama legenda badminton, Datul Lee Chong Wei serta ratu skuasy, Datuk Nicol David diberi penghormatan untuk menyerahkan trofi kepada atlet terbaik lelaki, wanita serta juara keseluruhan edisi kali ini iaitu kontinjen Johor.
Menerusi hantaran di Instagramnya tadi, Azizul memanjatkan kesyukuran dan berkongsi rasa gembira dan bangga apabila pertama kali berdiri di pentas sama dengan dua legenda sukan negara, Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Nicol David.
“Malam tadi saya berkesempatan berkongsi pentas dengan dua lagi legenda sukan Malaysia @nicoldsquash @leechongweiofficial pada majlis penutup Sukma. Sentiasa seronok dapat melihat dua rakan saya ini dan kami sempat berbual bersama.
“Tahniah kepada Johor kerana menjadi juara keseluruhan untuk edisi kali ini dan saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada negeri lain untuk bekerja lebih gigih dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
“Kepada semua pemenang, syabas, terus bekerja keras dan kekal konsisten. Kepada mereka yang tidak berjaya mendapat sebarang pingat, lakukan perubahan yang diperlukan, jangan berputus asa dan berusaha untuk menjadi lebih baik,” katanya di laman sosial miliknya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menitipkan kata dan rasa bangga mereka apabila melihat ketiga-tiga legenda sukan yang berbeza disatukan dalam satu gambar serta pentas yang sama. Perkara sama turut dikongsi Lee Chong Wei di laman sosialnya yang turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang menyertai edisi Sukma kali ini.
Wow, terbeliak mata tengok deretan jongkong-jongkong emas yang tersusun di rak sebuah gudang istimewa ini!
Ibarat jumpa harta karun, gudang simpanan emas yang dipercayai milik Bank of England ini dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 bilion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00!
Bukan hanya himpunan jongkong emas itu saja yang menarik perhatian, malah struktur gudang juga diperbuat dengan cukup rapi dan dijaga dengan kawalan ketat.
Berdasarkan gambar yang dikongsi dari Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan itu, gudang simpanan emas berkenaan dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London.
Kredit foto Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan
Ia turut dilaporkan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of England’s City of London.
Keluasannya juga membuatkan ramai yang terpegun apabila ia dikatakan lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya, perpindahan Bintang Portugal Cristiano Ronaldo ke Arab Saudi baru-baru ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang pemain bola sepak berstatus jutawan apatah lagi dengan dilengkapi tempat tinggal bertaraf seperti seorang raja!
Bayangkan, kediaman pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi mempunyai 17 bilik dan berharga £250,000 (RM1.33 juta) sebulan! Kediaman itu memberikannya pemandangan terbaik ibu kota dalam persekitaran paling mewah di Riyadh. Cristiano Ronaldo meluangkan sedikit masa dalam memastikan dia dan keluarganya diterima secara meriah di ‘tanah air’ baharu mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.
Bekas bintang Manchester United itu telah menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Al-Nassr dengan pakej bernilai lebih £400 juta (RM2.12 bilion) kini menginap di Kingdom Tower, salah sebuah bangunan tertinggi di negara itu.
Bangunan Kingdom Tower itu menempatkan sebuah Hotel Four Seasons. Ia merupakan bangunan tertinggi di Riyadh iaitu pada ketinggian 302 meter, 41 tingkat dibuka tahun 2004. Ia merupakan rekaan khas sebagai “iconic symbol of Saudi Arabia”.
Dia ditempatkan di salah sebuah suite terbaik yang boleh ditawarkan oleh Riyadh di salah satu daripada 17 bilik yang diduduki oleh rombongannya termasuk keluarga, rakan dan pasukan keselamatannya.
Ronaldo ditempatkan di dalam suite bersaiz gergasi selama sebulan dan Suite Kingdom salah satu yang terbaik di bangunan 99 tingkat itu terbentang hingga dua tingkat.
Harga suite itu tidak disenaraikan dan ia perlu ditempah secara peribadi, begitu juga Royal Suite yang terletak bersebelahan dengannya. Namun, Suite Presiden yang lebih kecil boleh ditempah secara dalam talian dan kos untuk satu malam ialah £3,300 (RM17,530).
Dianggarkan bil hotel untuk Ronaldo dan rombongannya akan melebihi £250,000 (RM1,328,101) apabila dia mendaftar keluar dan menemui sebuah rumah tetap untuk pasangannya, Georgina Rodríguez dan lima anak mereka. – Agensi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!