Berita

Anggun Jelita Usia 40an, Emelda Rosemila Aktif Berlakon & Bahagia Di Samping Adlin Aman Ramlie!

Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan Emelda Rosemila. Meniti umur 46 tahun pada Mac lepas, adik kepada pelakon yang juga usahawan Datin Emylia Rosnaida ini kelihatan energetik dan menawan.

Jika kakak tersayang meninggalkan karier seni untuk menceburi bidang perniagaan, Emelda masih setia bergelar anak seni dan aktif mewarnai industri hiburan tanah air hingga ke hari ini.  

Emelda Rosemila Aktif Berlakon

 

Menerusi perkongsian di media sosial, Emelda Rosemila sedang sibuk menjalani penggambaran drama Bayangan Dendam bersama pelakon berbakat, Nadhir Nasar. Sebelum ini, dia turut terlibat dengan drama popular, Madu atau Racun.

Menelusuri kehidupan rumah tangga aktres cantik ini, Emelda Rosemila sah bergelar isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlie pada 22 Mei 2009. Tahun ini mereka meraikan ulang tahun perkahwinan ke-17.  

Sempena ulang tahun perkahwinan dan hari lahir Adlin, figura ini menitipkan ucapan istimewa. 

“Thank you for always being there for me and working so hard to make sure our family stays happy. I appreciate every effort and all the hard work you’ve put in for us.

Tak akan ada kesempurnaan, tapi kita tahu kita melengkapi ketidaksempurnaan itu. Alhamdulillah. Still going strong sampai 22 tahun walaupun badai menimpa.

Thank you jadi Daddy yang terbaik buat Edra. Thank you sebab tak pernah say NO to me. Sampai sekarang pun kita masih belajar mengenal each other.

I doakan you berjaya dunia akhirat, tercapai segala impian you InshaAllah. I selalu doa you jadi manusia, insan dan hambaNYA yang terbaik.

Semoga setiap tutur kata, tingkah laku dan langkah kaki you sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah.”

Rumah Tangga Bahagia Emelda Rosemila

Jarang berkongsi sisi peribadi kepada umum, Emelda atau mesra di sapa Mel dilaporkan mula berkenalan dengan suami tercinta pada tahun 2005 sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.  

Artikel https://www.nona.my/ayu-sayang-shah-15-tahun-usia-perkahwinan-suri-hati-tomok-ayu-abas-syukur-dikurnia-rumah-tangga-bahagia/

Sepanjang perkahwinan, kedua-duanya cukup menjaga privasi dan selesa hidup sederhana. Rumah tangga Emelda Rosemila dan Adlin turut dilengkapi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki iaitu Edra Rafael Adlin yang kini berusia 15 tahun. 

Dalam kesibukan sebagai pelakon, Emelda juga seorang wanita yang mementingkan gaya hidup sihat dan aktif. Buktinya, dia dan suami serta kakak dan abang ipar iaitu Dato’ AC Mizal menyertai sukan pickleball setiap kali ada masa terluang. 

Share
Published by
Suzi