Ads

“Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia!

Ayu Abas Bahagia Di Sisi Tomok, Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun
Ayu Abas Bahagia Di Sisi Tomok, Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun

Lebih sedekad hidup bersama nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya pelbagai kisah suka dan duka dilalui Ayu Abas dan suami tercinta, Tomok sepanjang melayari alam perkahwinan. Tanggal 1 Julai lalu genap 15 tahun pasangan ini berkongsi hidup sebagai suami isteri.  

Lebih istimewa, sambutan ulang tahun perkahwinan tahun ini dirai dengan penuh makna apabila Ayu dan Tomok selesai menunaikan ibadah haji sekitar Jun lepas. Sekaligus bergelar Haji dan Hajjah!  

Artikel https://www.nona.my/ibu-bawa-saya-pergi-pertandingan-nyanyian-tomok-kenang-memori-waktu-kecil-cetus-impian-jadi-penyanyi/

Ayu Abas & Tomok Rai Anniversary

“Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia! “Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia! “Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia!

Mensyukuri setiap nikmat dan kurniaan Allah SWT, Ayu Abas menerusi perkongsian di media sosial miliknya sempena ulang tahun perkahwinan ke-15 menitipkan rasa bertuah mempunyai keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah.  

Kongsinya, “Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-15 + 8 (uninclude). It was a long journey, but we made it together. Every moment was worth it. Dan masih panjang lagi perjalanan dan langkah kita bersama. 

“Dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum: 21).” 

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ayu_abas

Tambah Ayu lagi, “Alhamdulillah atas setiap nikmat yang Allah berikan. Terima kasih kerana sentiasa ada dalam setiap suka dan duka.  

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rasa kasih dan sayang serta kebahagiaan yang berpanjangan dan menjadikan setiap langkah yang kita lalui bersama sebagai jalan menuju reda-Nya buat kita bersama anak-anak.  

Hingga ke Syurga – Ayu sayang Shah, 1 Julai 2011 with love.” 

Ads

Kehidupan Bahagia Ayu Abas

“Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia! “Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia! “Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia! “Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia!

Ayu atau nama penuhnya Siti Rahayu Abas sah bergelar isteri Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok pada 1 Julai 2011. 

Masih segar lagi momen resepsi indah pasangan romantis ini saat bergelar pengantin baharu. Seri dan pesona Ayu Abas waktu itu sangat terserlah dan kecantikan wajahnya menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Tomok. 

15 tahun hidup bersama membuatkan Ayu dan Tomok lebih matang menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan juga ibu bapa.  

Ads

“Ayu Sayang Shah,” 15 Tahun Usia Perkahwinan Suri Hati Tomok, Ayu Abas Syukur Dikurnia Rumah Tangga Bahagia!

Hasil perkongsian hidup, Ayu dan Tomok dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah. 

Tomok meniti usia 42 tahun pada 17 Mei lalu. Sementara Ayu pula bakal menginjak umur 47 tahun.  

Sebelum ini Ayu Abas pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra namun perniagaan yang sudah diusahakan selama lima tahun berkenaan terpaksa dihentikan pada tahun 2020. 

Tomok pula selain aktif dengan karier seni, dia turut mempunyai cabang bisnes F&B. Selain menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM).  

Kesungguhan Ayu Abas mendidik ketiga-tiga anak sentiasa menjadi perhatian dan inspirasi kaum ibu. Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia sampai ke syurga. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Waiz Wahid Anak Wahid Senario Selamat Bernikah

Wahid Senario & Isteri Terima Menantu, Waiz Wahid Selamat Bergelar Suami...

Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga Wahid Senario! 25 Julai lepas merakam kenangan indah buat keluarga pelakon, penyanyi dan pelawak ini apabila anak sulungnya iaitu Waiz Wahid selamat mendirikan rumah tangga.