Sekitar tahun 90-an dan awal 2000, lima jenama fesyen antarabangsa ini cukup ‘berkuasa’ di pusat-pusat membeli-belah terkemuka. Tapi kini tidak lagi.

Trend online shopping bukan sahaja membunuh pelbagai industri malah melenyapkan kreativiti serta ekonomi para penggiatnya. Terlalu banyak industri yang terkesan dengan pasaran digital yang sedang kita gunakan sekarang, termasuklah lima jenama gergasi ini.

IKLAN

Kelima-lima jenama tersebut adalah Guess, Crocs, Payless Shoesource, Abercrombie & Fitch dan Michael Kors.

Merujuk pelbagai sumber sahih, lima jenama di atas mencatatkan kerugian luar biasa pada tahun 2017. Iklim pasaran yang rapuh serta persaingan online yang sengit membuatkan pemilik-pemilik jenama kesayangan ini seakan tidak mampu lagi meneruskan langkah.

(1) Guess

Nona pasti ramai di antara kita yang membesar dengan jenama ini. Guess cukup hebat suatu waktu lalu namun kini butiknya kian sepi tanpa pelanggan setia.

Pada Mac 2017, CEO Guess iaitu Victor Herrero mengumumkan penutupan 60 butiknya di seluruh dunia. Sumber dari Clark.com pula menyatakan, dijangka jumlah butik yang ditutup akan bertambah antara 100 ke 120 pada tahun 2018 nanti.

Menurut beliau, keputusan penutupan butik Guess turut bergantung pada rundingan sewa semasa. Maklumlah, jika pasaran terus-menerus begini tapi sewa terus dinaikkan, tentulah rugi teruk!

(2) Crocs

Jenama sandal dan flip flop getah ini telah mengumumkan kerugian mereka pada bulan Mac 2017 lalu serta rancangan menutup 158 butik mereka selepas menanggung rugi di seluruh dunia. Menurut sumber footwearnews.com, Crocs bukan saja terancam malah berisiko bankrap tidak lama lagi.

IKLAN

(3) Payless Shoesource

Pernah mempunyai 4,400 butik di 30 buah negara, butik kasut yang menawarkan pelbagai rekaan ini akhirnya menutup 400 butik mereka di Amerika Syarikat dan Puerto Rico. April 2017 lalu, sumber dari businessinsider.sg menyatakan akan ada 1000 lagi butik mereka yang bakal ditutup.

(4) Abercrombie & Fitch

IKLAN
View this post on Instagram

Talk about good jeans.

A post shared by Abercrombie & Fitch (@abercrombie) on

Jenama berpengaruh ini juga akan menutup 60 butiknya di Amerika Syarikat, susulan penutupan beberapa butik fizikal di Hong Kong pada tahun 2016. Mereka merancang untuk menyasarkan pasaran digital sebagai strategi pemasaran akan datang.

(5) Michael Kors

View this post on Instagram

Glamour is served. #Partyof1

A post shared by Michael Kors (@michaelkors) on

Menurut bizjournals.com, Michael Kors bakal menutup 100 daripada 125 butik mereka di seluruh dunia. Proses penutupan ini akan dilakukan dalam tempoh dua tahun tetapi tidak dimaklumkan lokasi yang setepatnya.

Penutupan ini disebabkan kerugian dan saham Kors yang menurun hingga 24% pada tahun 2017. CEO Michael Kors iaitu John Idol sendiri pada Jun lalu telah mengakui bahawa tahun ini adalah tahun yang penuh tentangan kerana mereka terus beroperasi di lingkungan pasaran retail dengan kos promosi yang sangat tinggi. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI