
Terpesona dengan aura dan keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud ketika berangkat ke ibu pejabat Siti Khadijah di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Mei lalu.
Turut mengiringi DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ialah anakanda Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Tampil menawan dalam persalinan kurung batik dan berhijab, gaya sederhana dan elegan Tuanku Aishah Rohani berkenan mencemar duli merasmikan Galeri Pelawat Siti Khadijah nyata menarik perhatian khalayak.
Aura DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
Pastinya tanggal 8 Mei menjadi lakaran sejarah bagi jenama Siti Khadijah kerana menerima kunjungan dan sokongan daripada Baginda Tuanku Aishah.
Keberangkatan tiba DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan bersama para tetamu kehormat dan kenamaan disambut mesra pengasas Telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn Bhd iaitu Mohammad Munzir Aminuddin.
Galeri berkonsepkan ‘One-Stop Centre’ ini merangkumi pelbagai elemen yang memperkaya pengalaman pengunjung.
Ia mempersembah kisah sejarah penubuhan dan perjalanan Siti Khadijah sepanjang 15 tahun dari sebuah jenama sederhana hingga menjadi ikon keanggunan, ketelitian dan kekuatan nilai tradisi.
Antara tarikan utama di galeri berkenaan termasuk ruang pameran rekaan bentuk muka telekung, makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sudut interaktif yang memberi peluang kepada para pengunjung merasai sendiri kualiti fabrik.
Artikel https://www.nona.my/makin-cantik-macam-ibu-nysa-devgan-buah-hati-kajol-ajay-cecah-usia-22-tahun/
Selain itu, rombongan Tuanku Aishah Rohani turut dibawa melawat ke kilang penghasilan telekung Siti Khadijah. Majlis turut diserikan dengan demonstrasi eksklusif menjahit sejadah mini di ruangan ‘Experience Centre’ oleh kakitangan Siti Khadijah, Puan Zaidah Abu Bakar.