Penghargaan yang diterima Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid di IDEA Awards 2025 bukan sahaja meraikan pencapaian peribadi beliau, malah turut mengangkat jenama Hotel TEEDO sebagai simbol kejayaan wanita Muslimah dalam bidang keusahawanan. TEEDO yang membawa maksud “The Essence of Daily Oasis”, menjadi manifestasi usaha gigih beliau dalam membina jenama hospitaliti yang bukan sahaja menawarkan keselesaan, malah memberi nilai tambah dari aspek pengalaman dan spiritual.

Terima Pengiktirafan Dalam Bidang Keusahawanan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Seru Wanita Berani Keluar Dari Zon Selesa!

Hotel TEEDO menonjol dengan pendekatan mesra Muslim seperti penyediaan kemudahan solat, arah kiblat yang jelas, serta persekitaran penginapan yang bersih dan patuh syariah. Selain penginapan, hotel ini turut menawarkan kemudahan acara seperti majlis perkahwinan, seminar, dan pelancaran produk, menjadikannya destinasi pilihan pelbagai segmen.

Dalam ucapan penghargaan, Datuk Nurulhidayah menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan TEEDO yang berdedikasi. Beliau turut menyeru lebih ramai usahawan wanita untuk berani melangkah keluar dari zon selesa dan memanfaatkan peluang dalam industri yang semakin berkembang ini.

Ads

Terima Pengiktirafan Dalam Bidang Keusahawanan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Seru Wanita Berani Keluar Dari Zon Selesa!

Terima Pengiktirafan Dalam Bidang Keusahawanan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Seru Wanita Berani Keluar Dari Zon Selesa!

Ads

Dengan strategi pemasaran digital yang kukuh, lokasi strategik, dan pendekatan pengurusan yang sistematik, Hotel TEEDO dijangka terus berkembang pesat dan menjadi antara pemain utama dalam sektor hospitaliti berkonsepkan Islam di Malaysia.

Ads

Anugerah IDEA Awards 2025 mengiktiraf perusahaan yang menonjol dalam inovasi, kecemerlangan perniagaan, dan pematuhan kepada nilai-nilai Islam, seperti kejujuran dan tanggungjawab sosial. Pengiktirafan ini menegaskan komitmen Nurulhidayah dalam memajukan perniagaan yang beretika dan berimpak sosial. Antara VVIP yang hadir ialahYAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Negeri Sembilan Darul Khusus dan YBhg. Datuk Seri Hajjah Dr. Zurainah Musa Pengerusi KNKV Group.

Terima Pengiktirafan Dalam Bidang Keusahawanan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Seru Wanita Berani Keluar Dari Zon Selesa!

Anugerah yang dinanti-nantikan kembali untuk mengangkat martabat usahawan Islam di persada antarabangsa. Edisi ke-2 Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 dianjurkan oleh KNKV Group dan diiktiraf secara rasmi oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders, dengan sokongan padu daripada CTOS Data System selaku rakan semakan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai rakan strategik akademik, firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) sebagai rakan guaman rasmi, serta Yayasan Mihrab sebagai rakan kebajikan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI