Khabar duka dari Kota Jakarta apabila pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi tadi, Selasa (18 Februari 2020). Ashraf meninggalkan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Pelakon yang berusia 40 tahun ini merupakan abang ipar kepada penyanyi, Yuna.
Ads
Ucapan takziah daripada artis dua negara Malaysia dan Indonesia membanjiri posting terakhir Ashraf di laman Instagram miliknya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri. Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengah hari tadi.
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Selain berita menggembirakan ini, setinggi-tinggi kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT apabila tanggal 31 Januari lalu mencatat ulang tahun ke-3 Seri Paduka Baginda bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan sebagai Ketua Negara.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Allah SWT terus menganugerahkan Seri Paduka Baginda keafiatan, kebijaksanaan dan keberkatan bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan.
Semoga Malaysia, di bawah naungan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara, sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita sedar tentang kepentingan penampilan diri lebih-lebih lagi apabila bekerja di sektor korporat. Tugas yang banyak berjumpa dengan pelanggan atau tokoh korporat menjadikan penampilan sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri dan menjaga reputasi syarikat. Salah satu cara untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menyertai kursus.
September lalu, Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Unit Latihan Ibu Pejabat JKDM telah menganjurkan ‘Bengkel Pemantapan Imej Korporat Bersama Majalah Nona’ bertempat di Putra Lounge, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat JKDM, Presint 2 Putrajaya. Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai kanan kastam seramai 60 orang.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam mengenal pasti imej yang bersesuaian dengan majlis atau situasi. Selain itu, peserta juga dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja dan organisasi serta dapat mengamalkan gaya keterampilan profesional yang disenangi ramai. Para pegawai juga dapat memenuhi keperluan untuk berhubung dengan orang lain dengan lebih efisien.
Antara slot yang telah diadakan adalah ceramah mengenai ‘Etika Membina Perhubungan Profesional’ yang telah disampaikan oleh Editor Majalah Nona iaitu Kiffy Razak. Slot ‘Tutorial Hijab’ telah diajar oleh Bee Ramza manakala ilmu menata rias telah disampaikan oleh jurusolek artis terkenal iaitu Ayang Kamell dengan kerjasama Avon yang menaja peralatan alat solek untuk para peserta. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas ulang tahun hari keputeraan ke-60 pada 22 Julai lalu.
Genap meniti usia 60 tahun, Tunku Puteri Intan Safinaz dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan kasih sayang yang melimpah ruah daripada insan sekeliling. Menerusi perkongsian di media sosial, Tunku Temenggong Kedah ini memuat naik momen indah meraikan ulang tahun hari keputeraan.
Jelas terserlah wajah ceria kerabat diraja ini saat diraikan ahli keluarga dan sahabat handai dengan hiasan belon berwarna-warni. Meriah!
Antara pemberian yang diterima termasuklah pulut kuning, jambangan bunga dan beberapa biji kek.
Kongsi Tengku Puteri Intan, “I was blessed to celebrate my 60th birthday at home in Alor Setar, Kedah. The day was filled with balloons, cakes and flowers from family, friends and colleagues!
I am truly grateful for all the well wishes. Ulang tahun saya yang ke-60. Syukur alhamdulillah. Truly blessed birthday. Thank you to everyone!”
Tunku Puteri Intan Safinaz diputerakan pada tanggal 22 Julai 1966. Beliau merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Abdul Halim dan Almarhum Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Menelusuri latar belakang personaliti diraja ini, Tunku Puteri Intan dibesarkan dalam keluarga diraja Kedah dan Negeri Sembilan.
Difahamkan ayahanda dan ibunda beliau sangat mengutamakan pelajaran dan mahu puteri kesayangan mendapat pendidikan yang sempurna agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Hasilnya, Tunku Puteri Intan Safinaz berjaya menamatkan pengajian di universiti luar negara dan bergelar graduan University of Oxford dan Nottingham University.
Tunku Temenggong Kedah ini juga ialah cucu kepada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman.
Tunku Puteri Intan juga mendapat sokongan penuh daripada ayahanda dan ibunda terhadap isu melibatkan komuniti dan masyarakat seperti menyempurnakan majlis graduasi, lawatan ke sekolah atau aktiviti belia dan sukan.
Penyertaan aktif Almarhum ayahanda dan ibunda terhadap aktiviti kemasyarakatan selama ini berjaya menonjolkan sisi kepimpinan terpuji dan contoh tauladan terbaik kepada Tunku Puteri Intan. Mewarisi sikap terpuji itu, beliau kini aktif memperkasa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Puteri Sultan Kedah ke-28 ini dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan BSMM sejak Julai 2018 menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman, sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui BSMM.
Pada tahun 2022, beliau juga menyertai organisasi kemanusiaan terbesar dunia iaitu Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) mewakili Asia Pasifik.
Beliau turut menyandang tugas sebagai Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.
Selain itu, Tunku Puteri Intan cukup meminati seni dan mengamalkan gaya hidup aktif. Berdasarkan posting di media sosial miliknya, Tunku Puteri Intan menunjukkan bakat bermain dram dan beriadah dengan pelbagai jenis sukan.
Semoga Allah lanjutkan usia Tunku Puteri Intan Safinaz dan terus menabur bakti untuk masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan.
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz. Industri seni tanah air pada 5 Ogos lalu kehilangan seorang bintang berbakat besar dikenali sebagai Cik Man yang telah lama mewarnai dunia hiburan sejak 40 tahun lepas.